Kevin Ramalingam: “Lesen Kelab, Buat! Atau Tidak Boleh Bermain Liga Super!”

Dalam hebahan di laman sesawang FAM semalam, Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam telah memberikan amaran keras kepada 11 pasukan Liga Super yang masih belum ada lesen kelab.

Dipetik dari sumber Bernama; menurut Kevin, hanya pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) telah memperoleh pelesenan kelab seperti yang disyaratkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Langkah pro-aktif ini diambil oleh FMLLP untuk memastikan hasrat penswastaan Liga Malaysia pada musim hadapan dapat direalisasikan.

Dalam artikel yang dikeluarkan semuanyaBOLA pada 12 April 2017, kami telah menerangkan terperinci kriteria yang diperlukan untuk penswastaan berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP.

Anda boleh rujuk artikel kami bertajuk Penswastaan Pasukan Liga Malaysia: Apa Maksudnya, Apa Syaratnya & Apa Status Terkini?

Kevin Ramalingam menyatakan ada perkembangan positif pada tahun ini. Dimana sebahagian besar pasukan di kelab di Liga Super sudah berada di tahap 60% sehingga 80% untuk mencapai perlesenan.

Beliau menambah:

“Cuma ada beberapa pasukan sahaja lagi yang dilihat bersikap sambil lewa dalam mendapatkan pelesenan kelab yang merupakan antara inisiatif kita dalam memartabatkan kualiti Liga Malaysia.”

Namun Kevin enggan mendedahkan pasukan-pasukan sambil lewa tersebut. Tetapi beliau berharap pasukan-pasukan tersebut lebih serius dalam hal ini.

Bagi pasukan yang gagal memiliki Lesen Kelab sebelum tarikh tutup pada Oktober pula, mereka masih boleh mengemukakan rayuan kepada FMLLP.

FMLLP akan mempertimbangkan rayuan dan jika layak, mereka akan diberikan lesen sementara.

Bagi pasukan Liga Perdana pula, mereka wajib memiliki lesen pada 2019 untuk bermain dalam liga musim 2020.

Baca juga: PKNS FC Bakal Jadi Pasukan Kedua Liga Malaysia Peroleh Lesen Kelab AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN