Previu Piala Malaysia 2016 (Matchday 2): Derbi Negeri Sembilan-Melaka Jadi Tumpuan

Piala Malaysia 2016 akan diteruskan lagi. Untuk perlawanan kedua yang akan dilangsungkan malam ini dan esok.

Tumpuan pastinya terarah kepada perlawanan seteru sejiran (derby) antara Negeri Sembilan dengan Melaka di kumpulan C.

Berikut adalah previu kami untuk perlawanan malam ini:

  • JDT II vs Sarawak
  • Kuala Lumpur vs Pahang
  • Negeri Sembilan vs Melaka
  • Perak vs PKNS

JDT II vs Sarawak FA

jd

Kedudukan dalam Kumpulan A

[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
Kedah,1,1,0,0,4,3,3
JDT II,1,0,1,0,2,2,1
T-Team,1,0,1,0,2,2,1
Sarawak,1,0,0,1,3,4,0
[/table]

Prestasi semasa (5 perlawanan terakhir)

JDT II jdt2

Sarawak sarawak

Rekod 5 pertemuan terakhir

JDT II menang: 2 (40%)
Sarawak menang: 3 (60%)
Seri: 0 (0%)

Fakta Perlawanan

  • JDT II masih belum tewas dalam 12 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan
  • JDT II sentiasa menjaringkan gol dalam 12 perlawanan terakhir
  • JDT II menang dalam 6 pelawanan terakhir di tempat sendiri
  • Sarawak hanya pernah menang 2 daripada 11 perlawanan tempat lawan pada 2016
  • Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Johor, Sarawak kalah 5-2 kepada JDT II

Sebelum wisel

Perlawanan ini nampak seimbang. Pasukan Sarawak ada kekuatan yang baik di bahagian serangan namun seringkali berdepan dengan isu gagal bertahan dengan baik.

JDT II berada dalam prestasi terbaik buat masa ini dan mereka sudah pasti mahu meneruskan rentak kemenangan.


Kuala Lumpur vs Pahang

pf

Kedudukan dalam Kumpulan B

[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
Kelantan,1,1,0,0,1,0,3
Selangor,1,1,0,0,1,0,3
Kuala Lumpur,1,0,0,1,0,1,0
Pahang,1,0,0,1,0,1,0
[/table]

Prestasi semasa (5 perlawanan terakhir)

Kuala Lumpur KL

Pahang pahang

Rekod 5 pertemuan terakhir

KLFA menang: 2 (40%)
Pahang menang: 1 (20%)
Seri: 2 (40%)

Fakta Perlawanan

  • Pahang gagal menjaringkan gol dalam 4 perlawanan terakhir menentang KLFA sama ada di away ataupun home.
  • Tidak ada pasukan dalam pertemuan ini menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam 6 pertemuan terakhir
  • 2 perlawanan terakhir KLFA v Pahang pada 2011 agak seimbang dengan masing masing mencipta kemenangan 2-0 di tempat lawan.
  • 10 perlawanan terakhir Pahang di tempat lawan merekodkan 2 kemenangan, 1 seri dan 7 kekalahan.
  • Kuala Lumpur menang 7 kali dan kalah 3 kali dalam 10 perlawanan terakhir di tempat sendiri. Perlawanan terakhir mereka di Kuala Lumpur tewas 1-2 kepada Melaka United

Sebelum wisel

Rekod buruk pasukan Pahang di tempat lawan adalah kerisauan terbesar mereka. Pahang berjaya menang ke atas Sarawak dalam Liga Super sebelum ini. Ia adalah tonik beharga.

Kuala Lumpur perlu meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk menang dalam perlawanan menentang pasukan dari divisyen lebih tinggi.


Perak vs PKNS

pk

Kedudukan dalam kumpulan C

[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
PDRM,1,1,0,0,2,1,3
JDT,1,0,1,0,2,2,1
PKNS,1,0,1,0,2,2,1
Perak,1,0,0,1,1,2,0
[/table]

Prestasi semasa (5 perlawanan terakhir)

Perak perak

PKNS pkns

Rekod 5 pertemuan terakhir

Perak menang: 1 (20%)
PKNS menang: 1 (20%)
Seri: 3 (60%)

Fakta Perlawanan

  • Perak gagal menang dalam 6 perlawanan terakhir di home dan away dengan 5 kekalahan dan 1 seri
  • Perak tewas 4 perlawanan terakhir berturut-turut
  • Perak tewas dalam 3 perlawanan berturut-turut di Ipoh
  • PKNS cuma kalah sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka
  • PKNS cuma kalah sekali daripada 5 perlawanan terakhir di tempat lawan iaitu di Larkin (vs JDTI)
  • Sejak 2014, perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan gagal melakukan clean sheet
  • PKNS menang 1-2 di Ipoh dalam pertemuan terakhir mereka.

Sebelum wisel

Ini bukan kali pertama Perak melayan kunjungan PKNS di Stadium Perak, Ipoh. Kali pertama adalah ketika separuh akhir kedua Piala FA 2016 yang menyaksikan Perak tumbang 1-2 di depan ribuan penyokong mereka sendiri.

PKNS pula berada dalam prestasi terbaik selepas berjaya mengikat pendahulu Liga Super, JDT 2-2 di Larkin semasa perlawanan kumpulan pertama.

Menentang Perak yang bergelut mencari kemenangan pertama sejak April 2016.


Negeri Sembilan vs Melaka United

mufff

Kedudukan dalam kumpulan D

[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
Felda United,1,1,0,0,3,1,3
Melaka United,1,1,0,0,2,1,3
Terengganu,1,0,0,1,1,2,0
Negeri Sembilan,1,0,0,1,1,3,0
[/table]

Prestasi semasa (5 perlawanan terakhir)

Negeri Sembilan N9

Melaka Malacca

Rekod 5 pertemuan terakhir

Negeri Sembilan menang: 3 (60%)
Melaka menang: 1 (20%)
Seri: 1 (20%)

Fakta Perlawanan

  • 3 kemenangan Negeri Sembilan ke atas Melaka daripada 5 perlawanan adalah dengan jaringan 3-1.
  • Melaka masih gagal menang dalam 4 pertemuan dengan Negeri Sembilan. Perlawanan terakhir seri tanpa jaringan.
  • Melaka dalam prestasi terbaik menang 4 perlawanan terakhir berturut-turut
  • Negeri Sembilan pula tewas dalam 2 perlawanan terkahir beruturut turut
  • Negeri Sembilan masih tidak tewas dalam 9 perlawanan terakhir di tempat sendiri
  • Melaka menang 4 daripada 6 perlawanan terakhir di tempat lawan

Sebelum wisel

Melaka sedang terbang tinggi. Namun lawan mereka adalah pasukan yang kerap menjadi badi kepada mereka.

Pertarungan 2 pasukan ini pastinya menarik dengan kualiti pemain import yang mereka miliki. Kedua-dua pasukan masing masing ada keyakinan untuk menang perlawanan ini.

Ia dijangka akan menjadi perlawanan yang terbuka.

Baca juga: 4 Hero Tidak Didendang Dalam Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN