Previu Piala FA: Chelsea, Man Utd Mahu Elak Kempunan Trofi Kejuaraan Musim Ini

Perlawanan akhir Piala FA Inggeris. Siapakah yang selayaknya akan membawa pulang trofi untuk pertandingan tertua di dunia pada awal pagi nanti?

Perlawanan akhir Piala FA Inggeris 2018, menemukan Chelsea dan juga Manchester United. Menariknya, ini bukan sekadar peluang untuk kedua-dua pasukan daripada mengakhiri musim ini tanpa sebarang kejuaraan.

Ia juga pertemuan melibatkan dua pengurus yang sering bertelagah sepanjang dua musim ini.

Ikuti previu dari kami.

Chelsea

Tiada isu buat Jose Mourinho untuk terus membimbing Manchester United untuk musim ketiga pada musim hadapan.

Sebaliknya berlaku kepada Antonio Conte apabila masa hadapannya bersama kelab London itu terus menjadi sebutan pengamal media di serata dunia.

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Musim ini segalanya serba tidak menjadi buat Conte bersama Chelsea. Sejak tewas 3-2 di hari pembukaan kepada Burnley di Stamford Bridge, tekanan terus dirasai sejak dari awal musim.

Ini diikuti dengan kegagalan menempah kedudukan teratas di pertandingan UEFA Champions League yang akhirnya menyaksikan mereka terpaksa berhadapan dengan Barcelona, sebelum tersingkir.

Selepas itu, mereka gagal bersaing dengan Arsenal di separuh akhir Piala EFL, dan mengakhiri saingan di EPL di tangga ke-5, dengan petanda jelas kemerosotan berbanding musim sebelumnya setelah mengutip 23 mata lebih sedikit.

Thibaut Courtois
(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Walaupun dengan memenangi Piala FA, ianya bukan jaminan untuk Conte kekal di London. Dan ianya adalah kerana sama ada Conte enggan, ataupun kerana pemilik kelab, Roman Abramovich sudah mempunyai perancangan lain.

Jika Conte dan Chelsea ingin mencari inspirasi menuju perlawanan ini, maka mereka harus kembali kepada tempoh lebih sedekad lalu.

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Empat daripada tujuh kejuaraan Piala FA milik Chelsea tiba dalam tempoh 11 tahun yang lalu. Kejuaraan kali ini juga mungkin menjadi penyelamat buat Conte, sekaligus memberi peluang bekas jurulatih Itali itu membina pasukan yang baharu pada musim hadapan.

Ataupun kejuaraan Piala FA kali ini bakal menjadi hadiah selamat tinggal buat Conte, sekaligus menambah koleksi kejuaraan di England buat pengendali berusia 48 tahun itu.

Manchester United

Jose Mourinho mungkin berkata beliau telah berjaya membawa penambahbaikan kepada Manchester United.

Musim lalu United meduduki tangga ke-6 liga. Namun demikian, mereka mengakhiri musim dengan dua trofi.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Musim sebelumnya, Louis Van Gaal menghadiahkan penyokong United dengan kejuaraan Piala FA.

Untuk itu, Mourinho harus sedar bahawa ukuran kejayaan di kelab seperti Manchester United bukanlah jumlah jaringan gol ataupun kedudukan liga yang diperbaiki melainkan trofi kejuaraan.

Menamatkan kejuaraan liga sebagai naib juara, tetapi berada 19 mata di belakang juara, Manchester City juga merupakan perkara yang jauh dari membanggakan.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Jika Mourinho berjaya memastikan Piala FA pada awal pagi nanti milik United, ia sekurang-kurangnya mampu menyatukan sokongan penyokong terus di belakang beliau menuju musim hadapan.

Pertemuan lalu

Ini merupakan pertembungan kelapan diantara kedua-dua pasukan di Wembley. Namun ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Wembley sejak perlawanan Piala Komuniti yang menyaksikan United menewaskan Chelsea 3-1 pada 2010.

Perjumpaan terakhir di saingan Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan menyaksikan jaringan tunggal oleh N’golo Kante menyingkirkan United di peringkat suku akhir pada musim lalu.

(Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Manakala di peringkat liga, keputusannya agak seimbang. Anak buah Conte menang 1-0 dalam perlawanan pertama di Stamford Bridge pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, Mourinho memastikan kemenangan memihak kepada United apabila pasukan bimbingannya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford.

Isu semasa

Mourinho pasti resah mengenangkan tahap kecergasan penyerang utama, Romelu Lukaku.

Penyerang antarabangsa Belgium itu hanya menyertai latihan pada Selasa lalu setelah mengalami kecederaan buku lali dua minggu yang lalu.

Tanpa pemain itu, United hanya mampu menjaringkan satu gol dari tiga perlawanan sebelum ini. Selain daripada Lukaku, United turut mungkin akan tanpa Anthony Martial dan juga Marouane Fellaini yang dilaporkan mengalami kecederaan kecil.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Bagi Conte, masalah utama Chelsea pastinya ialah barisan serangan. Kehadiran Olivier Giroud dilihat menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada penyerang utama, Alvaro Morata sejak tiba pada Januari lalu.

Masalah membabitkan dua pemain ini bukan sekadar untuk menjawab siapakah di antara keduanya yang lebih layak. Ia turut melibatkan taktikal pasukan.

Adakah Conte akan mempertaruhkan tiga pemain serangan di barisan hadapan?

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Ataupun akan menggunakan kelebihan seorang pemain di bahagian tengah, dengan Willian atau Pedro akan berebut posisi di bahagian sayap untuk bergandingan dengan Eden Hazard.

Bekas graduan akademi Manchester United yang kini bersama Chelsea, Danny Drinkwater sah tidak akan dapat beraksi kecederaan otot betis. Manakala pemain pertahanan, David Luiz masih bergelut dengan kecederaan lutut sejak awal musim.

Barisan kemungkinan

Chelsea: Courtois; Rudiger, Christensen, Azpilicueta; Moses, Kante, Fabregas, Alonso; Hazard, Willian; Giroud

Man Utd: De Gea; Valencia, Bailly, Rojo, Young; Herrera, Matic, Pogba; Sanchez, Lukaku, Mata

Penutup

Manchester United berada di dalam misi menyamai rekod 13 kejuaraan Piala FA milik Arsenal.

Manakala Chelsea pasti tidak mahu berputih mata dan mahu menamatkan musim ini dengan sesuatu yang positif.

Siapakah di antara kedua-dua pasukan yang akan memenangi hak untuk bermegah sebagai juara Piala FA?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN