Chelsea Tewaskan Man United Untuk Julang FA Cup Buat Kali Ke-8

Chelsea merakamkan pengakhiran musim bola sepak kali ini dengan nota kejuaraan apabila berjaya menjulan gelaran FA Cup di Wembley.

Menentang pesaing utama dari Premier League, Chelsea berjaya memenangi kejohanan bola sepak tertua dunia itu dengan jaringan 1-0.

Gol tersebut terhasil menerusi Eden Hazard yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-22 separuh masa pertama permainan.

Sepakan penalti tersebut terhasil selepas Hazard dijatuhkan oleh Phil Jones dalam kotak penalti dikala beliau hampir saja untuk melepaskan rembatan ke gawang Manchester United.

Penalti tersebut dengan mudah disempurnakan oleh Hazard untuk menjadi satu-satunya gol yang terhasil pada perlawanan akhir ini.

Kemenangan Chelsea dalam saingan FA Cup musim ini telah memberikan gelaran ke-8 buat kelab tersebut dalam kejohanan ini.

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Gary Cahill of Chelsea lifts the Emirates FA Cup trophy following his sides victory in The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Penyelamat musim

Bercakap kepada BBC Sport selepas kemenangan ini, kapten Chelsea Gary Cahill cukup lega dengan kejuaraan yang dimiliki mereka.

Menurut beliau, kejuaraan FA Cup ini telah menyelamatkan musim mereka yang disifatkan sebagai mengecewakan terutamanya dalam saingan Premier League dan juga UEFA Champions League.

“Apa yang berlaku hari ini sukar untuk dipercayai, ia amat bermakna buat kami dan juga para peminat.”

“Kemenangan ini telah menyelamatkan musim kami. Namun ia bukan bermakna kami memperoleh musim yang cemerlang.”

Cahill turut berkata adalah sukar untuk mempertahankan kejuaraan yang telah dimiliki.

“Bukan mahu untuk berlagak tetapi kami merupakan pasukan yang lazimnya memenangi kejuaraan.”

“Sukar untuk memenangi kejuaraan seperti Premier League dan FA Cup, apatah lagi cuba untuk memenanginya secara berturut-turut.”

Apa-apa pun, tahniah buat Chelsea kerana berjaya memenangi kejuaraan FA Cup!

Leave a Reply