Previu Piala AFF 2016: Tidak Ada Alasan Untuk Malaysia Tidak Menang!

Malaysia akan memulakan kempen mereka menentang Kemboja pada 4.30 petang ini. Selaku naib juara edisi sebelum ini, Malaysia sudah pastilah pasukan pilihan.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan menjelang pertemuan pertama ini.

1. Rekod Pertemuan

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasujan pernah bertemu 13 kali. 10 kemenangan milik Malaysia, 1 keputusan seri.

2 kemenangan dimiliki Kemboja pada 1956 dalam Piala AFF dan pada 1970 dalam Piala Asia, di mana Kemboja menggunakan nama Republik Khmer.

7 pertemuan terakhir adalah milik 100% Malaysia dengan 7 kemenangan. 36 gol dijaringkan Malaysia dalam 7 aksi terakhir tersebut dan hanya 8 direkodkan oleh Kemboja.

2. Penyakit Perlawanan Pertama Malaysia

Malaysia masih belum pernah menang dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki sejak 2008.

Pada edisi 2010, Malaysia dibelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan pembukaan. Edisi yang sama menyaksikan Malaysia membalas dendam dengan menang perlawanan akhir timbal balik menentang Indonesia dengan 4-2.

mas1

Pada edisi 2012, di mana Malaysia menjadi tuan rumah bersama Thailand, pasukan negara kita ditewaskan Singapura 3-0 dalam perlawanan pertama.

Pada edisi 2014, Malaysia diikat 0-0 oleh pasukan Myanmar. Jadi dalam 3 edisi terakhir Malaysia tewas 2 kali dan seri sekali dalam perlawanan pembukaan.

Sekadar menjaringkan 1 gol dan bolos 8 kali.

3. Kekuatan Misteri Kemboja

Pasukan ini mungkin antara salah satu pasukan di Asia Tenggara yang menunjukkan peningkatan yang signifikan walaupun kualiti mereka masih di belakang negara lain.

camb1

Rekod 5 perlawanan terakhir mereka adalah dengan 4 kemenangan dan 1 kekalahan. Sebelum ini kita melihat sukarnya pasukan kita menewaskan Timor Leste dan Singapura.

camb

Pasukan ini ada rekod 3 kemenangan ke atas 2 pasukan tersebut (2-Timor Leste, 1-Singapura) dalam 11 perlawanan terakhir mereka tahun ini.

Mereka diberikan label pasukan paling lemah dalam kumpulan B. Ini bukan bermakna skuad negara kita ada jaminan untuk menang mudah ke atas mereka.

Beraksi dengan tekanan yang rendah, akan membantu Kemboja untuk bermain bola sepak lebih semula jadi.

4. Taktikal Datuk Ong Kim Swee

HARIMAU MALAYSIA / ONG KIM SWEE

Buat masa ini, Datuk Ong masih belum ada formasi dan taktikal yang dominan. Diharap beliau dan anak-anak buahnya mampu memberikan output dengan perancangan mereka.

Sebelum ini Datuk Ong Kim Swee menggariskan isu itu berlaku kerana wujud beberapa isu. Contohnya kesukaran untuk mengumpulkan kesebelasan terbaik dalam masa yang diharapkan beliau.

Dalam beberapa perlawanan ujian sebelum ini, skuad Malaysia mencuba beberapa formasi asas termasuk 4-1-1-4, 4-3-3 dan 4-4-2.

Cabaran seterusnya adalah, pasukan yang dibentuk Datuk Ong boleh dikatakan agak bergelut untuk membentuk keserasian.

Kali ini, pasukan ini amat berbeza dengan sebelum ini selepas beberapa tonggak utama negara kita sudah pun bersara. Diharap pemain yang ada akan dapat memberikan aksi terbaik dan keputusan positif.

5. Pemain Tumpuan

Chan Vathanaka adalah pemain yang harus diberikan tumpuan. Pemenang kasut emas Liga Kemboja pada 2015 pada usia 21 tahun ini adalah pemain yang sangat meningkat naik dalam pasukan ini.

Chan Vathanaka. - kredit gambar : FourFourTwo Malaysia
Chan Vathanaka. – kredit gambar : FourFourTwo Malaysia

Beliau menjadi asas kekuatan pasukan Kemboja. Beliau sudah merobek gawang Singapura, Hong Kong dan Timor Leste sebelum ini.

Untuk pasukan Malaysia, kami merasakan Baddrol Bakhtiar adalah pemain yang akan menjadi nadi pasukan Malaysia kerana Datuk Ong Kim Swee jelas menjadikan beliau sebagai titik fokal kepada taktikal.

Kerap dikritik kerana aksi beliau yang lemah ketika bertahan dan terlalu banyak melakukan hantaran jauh. Kami percaya, kepimpinan dan pengalaman Baddrol amat penting dalam pasukan kebangsaan yang ada.

Beberapa musim kebelakangan ini, beliau banyak beraksi di sayap kanan dan juga kiri ketika bermain di bawah sistem Tan Cheng Hoe.

baddrol

Namun begitu, dalam skuad kebangsaan, Baddrol adalah pilihan utama untuk menggalas posisi di tengah. Kerapkali beliau bermain di posisi tengah bertahan.

Pada pendapat kami, beliau lebih efektif bermain box to box berbanding dengan defensive midfielder.

Sebelum Wisel

Ini adalah perlawanan penting untuk Malaysia dan misi wajib menang. Agak menarik untuk menunggu senarai kesebelasan utama skuad negara kita dan bagaimana formasi mereka.

Pada masa yang sama, kita juga sudah pasti mahu melihat potensi yang ada pada skuad Kemboja dalam perlawanan ini.

Baca juga : 5 Gol Terbaik Yang Pernah Dijaringkan Pemain Malaysia Di Piala AFF

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN