Previu Piala AFF 2016: Malaysia vs. Vietnam, Siapa Yang Menang Akan Mara!

Berdasarkan tekanan sebelum perlawanan ia, mungkin boleh dikatakan seimbang setelah kedua-dua pasukan menang dalam perlawanan pembukaan.

1. Rekod Pertemuan

Kali terakhir kedua-dua bertemu adalah di Vietnam, dengan kemenangan Malaysia 2-4. Sekaligus mengatasi aggregate kelebihan 1 gol yang dibawa oleh Vietnam dari Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, kedua-dua pasukan pernah bertemu 16 kali. 8 kemenangan memihak kepada skuad negara kita, 6 lagi milik Vietnam dan 4 adalah seri.

h2hd

2. Prestasi Semasa

Kedua-dua pasukan berjaya mencatatkan keputusan positif dalam beberapa perlawanan terakhir mereka termasuk perlawanan pembukaan.

prestasi

3. Pemain Tumpuan

Amri Yahyah (Malaysia)

amri

Kali ini kami memilih kapten Malaysia sebagai pemain tumpuan setelah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan pembukaan. Mampukan Amri menjelmakan watak penuh inspirasi beliau sekali lagi?

Nguyen Van Quyet (Vietnam)

nguyen

Lupakan sebentar Le Cong Vinh kerana pemain ini antara watak penting dalam kemenangan Vietnam sebelum ini Pemain lincah ini memiliki kaki dan larian yang pantas.

4. Fakta Perlawanan

  • Vietnam masih belum tewas dalam 8 perlawanan antarabangsa terakhir mereka selepas tewas 3-0 di tangan Thailand pada kelayakan Piala Dunia, Oktober lalu.
  • Selepas tewas 3-0 di tangan Indonesia, skuad negara kita masih belum tewas dalam 4 perlawanan berikutnya setakat ini.
  • 10 gol dihasilkan dalam 3 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan
  • Kemenangan pada Malaysia dalam perlawanan terakhir menentang Vietnam adalah yang pertama selepas tewas 4 kali berturut-turut sebelum itu.

5. Sebelum Wisel

Pemenang dalam perlawanan ini akan layak ke pusingan seterusnya. Vietnam bukan lawan yang mudah berdasarkan kualiti semasa pasukan tersebut.

Ong Kim Swee harus menurunkan kesebelasan utama yang betul untuk menghadapi perlawanan ini.

pos

Dalam perlawanan berhadapan Kemboja tempoh hari terdapat isu dari segi kefahaman taktikal dan peranan. Bahagian tengah bertahan harus fokus dalam perlawanan ini.

Baca juga : Hak Penyiaran Liga Turki Akan Bernilai $600 Juta Setahun, Ke-6 Tertinggi Di Eropah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN