Previu Liga Super 2017: 5 Lagi Perlawanan Pembukaan

5 lagi perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2017 akan berlangsung malam ini. Berikut adalah previu ringkas setiap perlawanan.

1. Perak vs Pahang

Perak akan menantikan kunjungan Pahang di Ipoh. Berdasarkan persediaan pra-musim, Pahang kelihatan lebih bersedia dalam perlawanan ini. Ini adalah perlawanan Liga Super pertama Dollah Salleh sejak meninggalkan Pahang pada 2013.

Sejak beberapa musim perlawanan Perak vs Pahang tidak sehebat dahulu kerana perbezaan kualiti pasukan. Namun kali ini kami merasakan ia akan mempertemukan Perak dan Pahang yang sebenar.

2. Kelantan vs. Melaka

Melaka menjadi pendatang baru Liga Super musim ini. Tugasan pertama mereka adalah menentang Kelantan.

Kedua-dua pasukan memiliki cerita yang berbeza sepanjang pra-musim. Kelantan dilaporkan berjaya mendaftarkan kesemua pemain import mereka di saat-saat akhir.

Ini juga perlawanan kompetitif pertama Eric Williams dalam kancah Liga Malaysia. Manakala untuk Zahasmi Ismail, beliau kembali mengemudi Kelantan selepas disingkirkan musim lalu.

sumber foto: FB Melaka United

3. Selangor vs. Pulau Pinang

Ashley Westwood dan P. Maniam akan memulakan tugasan pertama mereka untuk Liga Super musim ini.

Tumpuan terarah bagaimana agaknya permainan pasukan Selangor yang berhadapan dengan pelbagai masalah di pra musim.

Perlawanan ini juga menyaksikan pemenang Puskas 2016, Faiz Subri akan beraksi dengan status pemenang anugerah FIFA buat pertama kali sekiranya bermain.

Selangor hilang ramai tonggak mereka musim lalu. Andik Vermansyah masih lagi berehat panjang.

Menarik untuk menyaksikan taktikal kedua-dua pasukan. P. Maniam dikatakan cuba bermain 3-4-3 dalam perlawanan Selangor sebelum ini ketika pra musim.

Ashley Westwood pula dikenali dengan in-game management yang sangat baik.

4. Felda United vs. PKNS FC

Felda turun dengan status naib juara musim lalu. Banyak rombakan skuad mereka musim ini. Inilah perlawanan pertama Safee Sali untuk PKNS FC.

Setelah pelbagai spekulasi melanda PKNS FC, akhirnya mereka kekal menjadi PKNS FC. Misi mereka adalah untuk menjadi pasukan no.1 di Selangor musim ini dan berada di 5 teratas.

Felda United memiliki skuad yang agak baik. Namun, mereka harus mencabar diri mereka untuk mencapai prestasi musim lalu. Azmi Mohamed adalah protege kepada Irfan Bakti. Beliau menggalas tugas berat musim ini.

5. Sarawak vs. T-Team

Perlawanan yang seimbang dari segi kualiti pemain dan pasukan. Rahmad Darmawan pastinya mencari formula baru setelah kehilangan beberapa tonggak penting musim ini.

Sarawak pula sudah menekan butang reset dek kegagalan projek mega mereka musim lalu. David Usop bergantung kepada ramai muka baru teramsuk mempromosi pemain muda ke dalam pasukan utama.

Perlawanan pertama yang penting untuk kedua-dua pasukan dalam mencari bayangan skuad utama musim ini.

Baca juga:
Kedah Juara Piala Sumbangsih 2017, Menang Penentuan Penalti Ke Atas JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN