Kedah Juara Piala Sumbangsih 2017, Menang Penentuan Penalti Ke Atas JDT

Kedah dinobatkan juara Piala Sumbangsih 2017 dan membawa pulang hanya 1 mata dari Larkin. Ia sekaligus menamatkan penantian sejak 1994. Ia juga trofi ketiga Tan Cheng Hoe dalam masa 3 tahun.

Kedah menang menerusi sepakan penalti dengan kemenangan 4-5.

Separuh masa pertama

Benjamin Mora menggunakan pendekatan 4-2-3-1 dengan pemain import baru mereka Brian Fereirra terus diberikan tempat dalam kesebelasan utama. Tan Cheng Hoe jelas mengejutkan ramai pihak dengan pemilihan kesebelasan utama.

Perlawanan agak agresif pada 20 minit pertama. Banyak bentesan keras daripada kedua-dua pasukan.

JDT mulai menguasai perlawanan dengan asakan banyak dari sebelah kanan. Bek kanan pasukan Kedah agak gugup pada awal perlawanan ini.

Pada minit ke-40, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Brian Ferreira dijatuhkan oleh Syawal Nordin di dalam kotak penalti.

Safiq Rahim menyempurnakan sepakan tersebut menewaskan Abdul Hadi. Bola dihala laju ke sudut bawah sebelah kanan penjaga gol. Hadi dapat membaca namun sepakan penalti itu sangat baik dan sukar diselamatkan.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, S. Kunanlan dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang. Pengadil menarik sepakan penalti selepas atas nasihat penjaga garisan. Ia keputusan yang tepat untuk tidak memberikan penalti.

Separuh masa pertama, perlawanan bearkhir 1-0 memihak kepada JDT.

Separuh masa kedua

Bermula pada separuh masa kedua, JDT menukar formasi kepada 4-4-1. Kedah bermain lebih baik daripada separuh masa pertama dan lebih banyak menyerang.

JDT mengambil pendekatan lebih defensif dengan 10 orang pemain.

Pada minit ke-64, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar melakukan cubaan dari luar kotak penalti. Sepakan slice beliau menewaskan Farizal Marlias.

JDT hampir-hampir mendahului pada minit ke-80, namun cubaan Jeronimo Baralles diselamatkan oleh penjaga gol Kedah.

Kedah hampir menjadi pemenang dalam tempoh 90 minit namun Fakri Saarani gagal melakukan cubaan.

Tama 90 minit dengan 1-1 dan kedua-dua pasukan mendapat hanya 1 mata dalam Liga Super.

Penentuan penalti

Perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. Brian Ferreira gagal menyenpurnakan sepakan ke-3. Liridon menjadi hero apabila menyempurnakan penalti kemenangan.

Ini kali kedua Kedah memenangi trofi menerusi penentuan sepakan penalti.

[table]
JDT,,Kedah,,
Baralles,✓,Farhan,✓,
Antonio,✓,Akram,✓,
Cabrerra,✓,Ilso,✓,
Brian,X,Baddrol,✓,
Safiq,✓,Liridon,✓,
[/table]

Tahniah Kedah!

Teruskan bersama kami untuk analisis penuh perlawanan ini!

Baca juga: Previu Piala Sumbangsih 2017: JDT Mahu Kekalkan Trofi, Kedah Sedia Merampas!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN