Previu MSL2019: Skuad Berwajah Baharu Selangor Sedia Hadapi FELDA United

Info perlawanan

  • Selangor lawan FELDA United
  • Lokasi: Stadium Shah Alam
  • Sepak mula: 9.00 malam
  • Pengadil perlawanan: Suhaizi Sukri

Selangor bakal memulakan kempen Liga Super 2019 (MSL2019) dengan melayan pendatang baharu liga iaitu FELDA United.

Kedua-dua pasukan hadir dengan reputasi yang berbeza apabila Selangor mahu bangkit dari musim yang tidak begitu baik apabila menduduki kedudukan pertengahan-bawah (lower mid table) liga.

Sementara itu, FELDA United hadir sebagai juara Liga Premier 2018.

Namun itu cerita musim lalu, pra-musim kali ini telah pun menyaksikan kedua-dua pasukan seolah melupakan kisah silam mereka itu.

Selangor berusaha keras dalam membentuk semula skuad dengan membawa pelbagai nama ke dalam pasukan.

Faiz Nasir, Michal Nguyen, Taylor Regan dan Antonio German antara nama-nama utama yang dibawa masuk selain mereka masih mengekalkan tonggak seperti Rufino Segovia dan Syahmi Safari.

Gambar: FA Selangor

Sementara bagi FELDA United, mereka hadir dengan karektor pasukan muda.

Mereka hanya ada 6 pemain yang berusia 30 tahun dan ke atas:

  • Jaycee John – 33 tahun
  • Kei Ikeda – 32 tahun
  • Thiago Junio – 35 tahun
  • Norazlan Razali – 34 tahun
  • Jasazrin Jamaludin -33 tahun
  • Christie Jayaseelan – 33 tahun

Sementara bagi Selangor, mereka mempunyai 7 pemain berusia 30 tahun ke atas.

Era bermula

Perlawanan ini bakal menandakan bermulanya era bagi kedua-dua pasukan.

Selangor akan memulakan era transformasi luar dan dalam padang mereka selepas Raja Muda Selangor (RMS) mengambil alih pentadbiran pasukan.

Sementara bagi FELDA United, era bermula buat Nidzam Jamil sebagai jurulatih pasukan Liga Super apabila perlawanan malam ini merupakan saingan pertama beliau dalam liga ini untuk jawatan itu.

Perlawanan ini turut menyaksikan kembalinya Norazlan Razali untuk menghadapi bekas pasukannya selepas beliau tidak lagi diperlukan oleh Selangor.

Pemain pilihan

Malam ini, harapan menggunung penyokong Selangor pastinya terarah kepada mesin gol mereka iaitu Rufino Segovia untuk sekali lagi mengukirkan senyuman kepada mereka.

Beliau yang menjaringkan 19 gol liga pada musim lalu pastinya diharapkan untuk meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim ini.

Rufino Segovia

Tugas berat menanti B. Satianathan untuk memastikan prestasi pemain itu tidak menurun dikala pemain disekeliling beliau di atas padang malam nanti pastinya berbeza pada musim lalu berbanding musim ini.

Untuk FELDA United, tumpuan boleh diberikan kepada Jaycee John.

Pemain naturalisasi Bahrain itu mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam aksi di Asia Tenggara apabila pernah beraksi untuk Bangkok United & Air Force Central di Thailand.

Ketika prestasinya memuncak, John menghasilkan 19 gol untuk Bangkok United dan ini harus diberikan perhatian kepada pertahanan Selangor untuk merantai pergerakan beliau.

Sebelum sepak mula

Perlawanan pertama jelas merupakan aksi yang misteri kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi.

Di atas kertas, Selangor jelas merupakan pasukan pilihan untuk mendapatkan 3 mata jika dilihat dengan nama-nama besar dalam skuad mereka berbanding FELDA United yang dibarisi ramai pemain muda.

Menarik untuk disaksikan bagaimana Nidzam untuk mencongak taktikal menentang jurulatih berpengalaman iaitu Satianathan pada malam ini.

Untuk rekod, Nidzam merupakan jurulatih termuda dalam MSL2019 musim ini pada usia 39 tahun – setahun lebih tua berbanding Amri Yahyah yang masih lagi bermain.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN