Dinafikan Sepakan Penalti, PKNP FC Buat Aduan Isu Pengadil Kepada FAM

Nampaknya, satu dari pelbagai drama mengenai pengadil Liga Malaysia sudah bermula dan Manjung menjadi garis pemulanya.

Pasukan PKNP FC bakal melakukan aduan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pengadil gagal memberikan sepakan penalti kepada mereka.

Menurut laman Bernama, pasukan PKNP FC yang tewas kepada Kedah dengan jaringan 0-2 dinafikan insiden itu selepas bola terkena tangan pemain Kedah ketika hendak menghalang rembatan pemain tuan rumah.

Insiden itu memberikan reaksi dari kalangan pemain PKNP FC dan juga penyokong mereka yang mahukan sepakan penalti diberikan.

Namun begitu, ianya tidak diendahkan oleh pengadil Razlan Joffri Ali semalam.

Gambar: Kedah FA

Kejadian itu berlaku semasa kedudukan perlawanan masih lagi pada 0-1, dan jika penalti itu diberikan semestinya dapat mengubah cerita perlawanan tersebut.

Ianya turut diakui oleh jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim ketika bercakap kepada Ahmad Shahrul Azhar selepas perlawanan.

“Mengenai penalti itu, ada pemain Kedah sendiri kata kepada saya yang itu ialah penalti. Jika diberikan, kedudukan pasti boleh menjadi 1-1.”

Insiden tersebut merupakan sebahagian daripada malam tidak bernasib baik buat PKNP FC.

Mereka tewas kepada Kedah dengan jaringan 0-2 hasil penyudah dari Shakir Hamzah dan juga Jonathan Bauman.

Ia memberikan 3 mata pertama buat Aidil Shahrin dalam perlawanan pertama kompetitif beliau sebagai ketua jurulatih Kedah.

Anda boleh baca laporan perlawanan semalam dengan klik di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN