Kedah akan menanti kunjungan Pahang dalam aksi Liga Super – yang besambung selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Prestasi semasa
Pahang berada di tangga ke-2,dengan mengutip 26 mata daripada 14 perlawanan.
Manakala pasukan Kedah berada di tangga ke-3, dengan 22 mata daripada 15 perlawanan.
Pahang dalam 5 perlawanan liga yang terkahir hanya menang 2 kali, kalah 2 kali dan seri sekali. Lantas, Dollah Salleh pastinya bimbang dengan isu konsistensi pasukan beliau.
Pasukan Kedah pula, dalam 5 perlawanan terakhir lebih merisaukan dengan 1 kemenangan, 2 seri dan 2 kalah. 4 perlawanan liga terakhir mereka tanpa kemenangan.
Rekod pertemuan
Dalam 5 pertemuan terakhir mereka – dalam semua pertandingan – Pahang lebih unggul dengan 3 kemenangan dan seri sekali. Manakala Kedah hanya menang sekali.
Perlawanan terakhir mereka dalam Liga Super sebelum ini milik Pahang dengan kemenangan 1-0.
Fakta perlawanan
- Tiada pasukan menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam pertemuan ini – dalam 5 perlawanan terakhir
- Pahang gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan terakhir – dalam semua pertandingan
- Sebagai perbandingan, Kedah hanya gagal menjaringkan gol dalam 1 perlawanan untuk tempoh yang sama
- Kali terakhir Pahang menang di Darul Aman adalah pada 3 Ogos 2016
Sebelum wisel
Pahang dan Kedah pastinya mengharapkan para pemain kebangsaan mereka cergas sepenuhnya dalam perlawanan ini. Hal ini kerana mereka dalam mood yang baik selepas perlawanan antarabangsa.
Aidil Sharin dan Dollah Salleh juga sedar, pasukan mereka bergelut dengan isu konsistensi.
Siapakah yang akan menang dalam aksi malam ini?