Quantcast

BERITA

Eden Hazard Diperkenalkan Sebagai Pemain Real Madrid, Dapat RM2.1 Juta Seminggu

Real Madrid semalam memuktamadkan perjanjian dengan Eden Hazard. Hazard lulus pemeriksaan medikal dan terus diperkenalkan kepada umum dalam majlis besar di Santiago Bernabeu – sehari selepas majlis pengenalan Luka Jovic.

Dilaporkan seramai 50,000 penyokong Real Madrid hadir ke stadium untuk majlis tersebut.

Hazard menyatakan bahawa Real Madrid merupakan kelab idaman beliau sejak kecil. Menyertai Real Madrid ibarat impian menjadi kenyataan.

Eden Hazard dibeli untuk memperbaiki skuad Real Madrid – selepas musim yang agak teruk pada musim lalu.

Eden Hazard setuju dengan terma peribadi yang ditawarkan oleh Real Madrid. Durasi kontrak Eden Hazard adalah 5 tahun.

Dilaporkan Eden Hazard mendapat gaji 2 kali ganda daripada yang beliau dapat di Chelsea. Hazard menerima £400,000 seminggu bersamaan dengan RM2.1 juta seminggu.

Ketika di Chelsea Hazard menerima £200,000 seminggu.

Real Madrid dilaporkan setuju membayar £88 juta kepada Chelsea dengan pakej tambahan pelbagai bonus mencecah £42 juta – boleh diterima Chelsea selepas ini. Ini menjadikan penjualan Hazard membolehkan Chelsea berpotensi mendapat £130 juta secara keseluruhannya.

Ini menjadikan Eden Hazard sebagai pembelian kedua termahal dalam sejarah Real Madrid.

Satu perjanjian yang baik untuk pemain yang hanya ada 1 tahun dalam kontrak dan 6 bulan lagi boleh menjadi ejen bebas.