Previu MSL 2019: ‘Taktikal’ Nidzam Jamil Jadi Tumpuan Pertembungan Felda United & JDT

JDT

Adakah perlawanan Felda United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu ke-12 Liga Super Malaysia (MSL) 2019 malam nanti akan berlangsung hangat sebagaimana perlawanan minggu ke-9 sebelum ini yang menyaksikan JDT menang 3-1 di Larkin?

Ia malam yang penuh kontroversi dengan keempat-empat gol dalam perlawanan tersebut hanya mula terhasil pada minit ke-88 sehinggalah ke minit ke-98 selain insiden layangan 3 kad merah oleh pengadil buat pemain Felda United.

Pertemuan yang pastinya menjanjikan aksi panas antara kedua-dua pasukan biarpun Felda United berada di kelompok bawahan liga bersama PJ City FC dan Kuala Lumpur. Ini kerana, pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil bukanlah ‘biasa-biasa’.

‘Taktikal’ Nidzam Jamil Jadi Fokus

“Hanya Van Gaal yang mampu turun ke sini untuk menyerang JDT”. Itu antara ungkapan pengendali Felda United selepas menyaksikan skuadnya tumbang dalam situasi yang amat tegang.

Jelas sekali, Nidzam Jamil ketika itu hanya memburu keputusan seri menentang skuad ampuh seperti JDT. Malam ini turun di laman sendiri, The Fighters pastinya turun dengan persembahan ‘taktikal tersendiri’ dalam misi mahukan keputusan positif sambil mengelak tragedi sama berulang dan mengganggu permainan.

Felda United kini sudah melalui 6 perlawanan tanpa kemenangan selepas kali terakhir merekodkan kemenangan sebulan yang lalu menewaskan PJ City dengan keputusan 1-0 – sebaris dengan Kuala Lumpur dan PKNP FC (6 perlawanan tanpa kemenangan).

3 Mata Mudah Buat JDT?

Dengan rekod tanpa kalah dan menerajui liga dengan 27 mata, dua mata di depan pencabar, Pahang, Harimau Selatan pastinya pasukan pilihan untuk perlawanan malam ini. Di atas kertas, ia bolehlah dikatakan 3 mata yang mudah buat JDT.

Namun, jika aksi pertama kedua-dua pasukan di Larkin sebelum ini dijadikan ukuran, JDT berjaya disekat lawan selama hampir 90 minit perlawanan tanpa jaringan sebelum Gonzalo Cabrera membuka akaun perlawanan dengan meledak gol di minit ke-88.

Luciano Figueroa pastinya sudah fasih mengenai taktikal yang bakal digunakan oleh lawannya itu dan mereka tidak boleh lagi memandang rendah akan kemampuan lawan. Adakah JDT bakal mempertaruhkan barisan terbaik mereka malam ini?

Azim Rahim dan Gonzalo Cabrera

Ketiadaan kapten, Hadin Azman yang dikhabarkan mengalami kecederaan membuka ruang buat seorang lagi pemain tempatan Felda United untuk mencipta nama, Azim Rahim yang akan dibantu oleh pemain sayap lincah, Christee Jayaseelan dan S. Chanturu.

Azim Rahim kelihatan masih segar dengan dua gol peribadi ketika saingan suku akhir Shopee Piala FA 2019 menentang Kuala Lumpur tempohari. Adakah pemain muda ini akan terus memberi impak positif buat jentera serangan skuad The Fighters?

Biarpun Diogo Santo adalah penyerang utama JDT, namun fokus sentiasa akan diberikan kepada Gonzalo Cabrera yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini dengan 7 gol peribadi. Pemain ini sentiasa menjadi tunjang penting kepada JDT.

Susah untuk memilih antara mereka berdua disamping Safawi Rasid yang sentiasa menyerlah. Gandingan ketiga-tiga mereka telah menghasilkan 16 daripada 25 gol yang telah dijaringkan oleh skuad Harimau Selatan sehingga kini.

Rekod 5 perlawanan terkini MSL 2019

Felda United (K-K-S-K-S)

  • Kalah 1-3 v Pahang (H)
  • Kalah 1-3 v JDT (A)
  • Seri 1-1 v Kuala Lumpur (H)
  • Kalah 1-2 v Terengganu FC (A)
  • Seri 1-1 v Melaka United (H)

JDT (S-M-M-M-S)

  • Seri 1-1 v Kedah (A)
  • Menang 3-1 v Felda United (H)
  • Menang 1-0 v PJ City FC (A)
  • Menang 3-1 v PKNS FC (H)
  • Seri 1-1 v Pahang (A)

Ramalan Semuanya BOLA

Dalam pusingan pertama, hanya 2 pasukan yang mampu untuk menghalang Felda United menjaringkan gol iaitu Kedah dan PKNS FC. Menentang pasukan seperti JDT dan Pahang, Felda United masih mampu meledak gol walaupun tewas.

JDT pula pastinya mahu terus menjarakkan diri dengan pencabar terhampir mereka, Pahang yang kini hanya ketinggalan dua mata. Pasukan kedudukan ke-3 dan 4 iaitu Kedah dan Selangor boleh dikatakan sudah agak jauh ditinggalkan.

Adakah Felda United akan mampu meledak gol seterusnya mengubah nasib mereka dan mampukah JDT mengekalkan rentak tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super musim ini?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN