Previu MSL: Selangor Dan Melaka United Terus Cari Rentak

Selangor akan melayan kunjungan Melaka United dalam saingan Liga Super hari ini.

Prestasi semasa

Selangor kini berada di tangga ke-4, manakala pasukan Melaka pula di tangga ke-6.

Dalam 5 perlawanan terakhir, kedua-dua pasukan boleh dikatakan tidak cukup konsisten.

Jadi pertarungan kali ini boleh dikatakan agak seimbang. Selangor hanya menang 2 kali dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua kompetisi. Manakala Melaka hanya menang sekali untuk proses yang sama.

Rekod pertemuan

Dalam 5 perlawanan terakhir, Melaka menang 2 kali, manakala hanya sekali sahaja untuk Selangor. Kedua-dua pasukan seri 2 kali dalam 5 perlawanan terakhir antara mereka.

Dalam liga Super, perlawanan terdahulu menyaksikan Selangor menang 4-3 di Stadium Hang Jebat dalam perlawanan yang agak dramatik.

Kualiti pasukan

Jika melihat kepada kualiti pemain yang dimiliki kedua-dua pasukan, tidak hairanlah pada pra musim 2 pasukan ini dicanang sebagai bakal pencabar kejuaraan.

Namun buat masa ini B. Sathianathan dan Zainal Abidin masih bergelut dengan prestasi pasukan terutama sekali isu konsistensi.

11 pemain yang baik belum menjamin 1 pasukan yang mantap. Boleh dirumuskan bahawa, Selangor dan Melaka masih dalam proses membentuk pasukan yang baik daripada sumber pemain yang mereka ada.

Sandro vs Reichelt

2 pemain ini merupakan penjaring gol yang utama untuk pasukan masing-masing.

Sandro lebih kepada yang kurang mobiliti berbanding dengan Reichelt. Sandro memiliki kualiti penyudah yang sangat baik terutama sekali dalam situasi bola mati.

Sandro
FOTO: MFL

Patrick Reichelt antara nama yang berada dalam kesebelasan pilihan kami untuk separuh musim MSL. Beliau pemain yang sentiasa berjuang di dalam padang.

Sandro dan Patrick Reichelt setakat ini sudah menjaringkan 4 gol untuk pasukan masing-masing.

Fakta perlawanan
  • 20 gol dihasilkan daripada 4 pertemuan terakhir di antara Melaka dan Selangor
  • Selangor tewas 6 daripada 10 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan di tempat sendiri
  • Melaka masih tak menang dalam 6 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan dalam semua pertandingan
  • Selangor masih tak tewas di tangan Melaka dalam 6 perlawanan terakhir di tempat sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN