Previu MSL 2019: Momentum Terbaik Iring Selangor Ke Darul Aman Bertemu Kedah

Sejak kembali ke saingan Liga Super Malaysia (MSL) bermula pada musim 2016, Kedah belum pernah tewas di tangan Selangor dengan meraih 3 kemenangan dan 3 lagi keputusan seri.

Ia rekod yang bagus menjelang pertembungan kedua-dua pasukan malam ini dalam aksi minggu ke-11 MSL 2019 di Stadium Darul Aman. Di Darul Aman, Kedah menang dalam 2 pertembungan.

Namun, harus diberikan perhatian, Gergasi Merah ketika ini dalam momentum terbaik mereka, belum tewas dalam 5 aksi terkini dengan 12 mata diraih daripada 15 mata maksimum.

Kedah wajib waspada

Dengan kebangkitan mendadak Selangor tersebut, Kedah harus malah sepatutnya wajib berwaspada kerana mereka mungkin akan menjadi mangsa seterusnya. Melaka United dan Terengganu FC adalah antara mangsa terbaru mereka dalam 5 aksi terkini.

Helang Merah yang di awal musim dikatakan sebagai pencabar kejuaraan, kini sudah semakin jauh ketinggalan dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), malah baru dipintas Selangor untuk kedudukan ketiga liga pada minggu ke-10 yang lalu.

Kedah
FOTO: Kedah FA

Tumbang dalam dua aksi wajib menang iaitu ketika menentang Melaka United dan Kuala Lumpur sebelum itu, skuad kendalian Aidil Sharin ini jelas berada dalam masalah mengekalkan konsisten.

Selangor dalam mood terbaik

Walaupun dilanda masalah kecederaan pemain, kem Gergasi Merah tampil positif dalam 5 perlawanan setakat ini. Selangor menang 4 daripadanya malah berjaya menumbangkan Melaka United dan Terengganu FC ketika melakar rekod tersebut.

Ia jelas me’roket’kan moral skuad B. Satiananthan ini dan mereka berjaya mendaki ke kedudukan ketiga liga ketika ini walaupun pada satu ketika Selangor pernah terperosok di tangga ke-10.

FOTO: FA Selangor

Namun, satu masalah Selangor adalah benteng yang rapuh dan merupakan antara 3 pasukan yang merekodkan bolos terbanyak dalam saingan liga apabila telah melepaskan sebanyak 18 gol.

Farhan Roslan dan Sandro da Silva

Bukanlah pemain yang berada dalam perancangan pasukan pada awal musim namun, nama Farhan Roslan kian mendapat tempat atas prestasi yang telah dipamerkannya. Kelincahannya di bahagian sayap boleh memberikan masalah buat benteng lawan.

Helang Merah tidak memiliki skuad kedua yang terbaik untuk menampung ketiadaan pemain-pemain pilihan utama yang mengalami kecederaan dan dengan kehadiran Farhan Roslan sedikit sebanyak dilihat akan membantu jentera serangan Kedah.

FOTO: Kedah FA

Pernah menjadi antara watak penting Kedah di era kebangkitan semula bermula musim 2015 lalu, Sandro da Silva kini bertukar wajah dengan menyertai kem Gergasi Merah pada musim ini – sudah beraksi dalam 6 perlawanan dan meledak 3 gol.

Kelebihan Sandro selain boleh diletakkan sebagai penyerang utama adalah kemampuan menyudahkan sepakan percuma dan jika Kedah tidak berhati-hati di kawasan benteng pada malam ini, pemain kelahiran Brazil ini mampu menjadi pemusnah.

FOTO: Selangor FA

Rekod 5 perlawanan terkini MSL 2019

Kedah (K-S-K-M-K)

  • Kalah 0-1 v Pahang (A)
  • Seri 1-1 v JDT (H)
  • Kalah 1-2 v Kuala Lumpur (A)
  • Menang 3-0 v Terengganu FC (H)
  • Kalah 0-1 v Melaka United (A)

Selangor (M-M-M-S-M)

  • Menang 3-2 v Kuala Lumpur (A)
  • Menang 1-0 v Terengganu FC (H)
  • Menang 4-3 v Melaka United (A)
  • Seri 1-1 v Perak (H)
  • Menang 2-1 v PKNP FC (H)

Ramalan Semuanya BOLA

Walaupun Selangor tidak pernah merekodkan kemenangan ke atas Kedah dalam 3 tahun terkini di saingan liga, namun pada malam ini hakikatnya ia berkemungkinan bakal menjadi pentas yang sukar buat Helang Merah dan juga menguji kemampuan Aidil Sharin.

Selangor mampu menggugat Kedah yang kehilangan khidmat dua tonggak penting iaitu Shakir Hamzah dan Zaquan Adha dengan Kedah jelas tidak memiliki skuad kedua yang terbaik dan ini yang boleh diambil peluang oleh skuad kendalian B. Satiananthan.

Jika tiada perubahan dari segi motivasi, rentak dan tampil goyah di beberapa posisi pada malam ini, Selangor pastinya akan selesa untuk membawa pulang 3 mata dari Darul Aman.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN