AL Tampil Teknologi smartDRY Pada Jersi Ketiga Terengganu Musim 2019

Seperti yang telah ramai penyokong Terengganu FC maklum, AL baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga (alternate kit) musim 2019 untuk pasukan Liga Super 2019 tersebut.

Jersi ketiga tersebut yang menampilkan dua warna yang tidak pernah dipakai oleh Terengganu FC sebelum ini – kuning emas dan ungu – membawa imej segar yang secocok dengan tema kempen AL, Be The Difference.

Selain itu, AL turut memperkenalkan teknologi fabrik terbaru mereka, smartDRY, dalam jersi ketiga ini. Teknologi yang dibangunkan sendiri oleh AL melalui kilang mereka di Taiwan ini bertindak memastikan pemain Terengganu mempunyai jersi yang sentiasa kering dan selesa semasa beraksi.

Teknologi fabrik smartDRY ini juga memastikan jersi ini kekal ringan dan regang untuk memaksimumkan mobiliti pemain Terengganu semasa menyarung jersi ini.

Selain itu, jersi home dan away Terengganu musim 2019 turut telah mula menggunakan teknologi fabrik smartDRY.

Jersi home Terengganu musim 2019
Jersi away Terengganu musim 2019

AL mengumumkan kesemua jersi ini boleh didapati di cawangan-cawangan Football Republic (KLCC dan Sunway Pyramid), butik-butik Al-ikhsanSPORTS sekitar Terengganu dan pengedar-pengedar sah seperti:

– TERENGGANU FC (OFFICIAL) – JALAN SULTAN OMAR K.TERENGGANU
– BERG SEPAKAT – TANAH LOT DUNGUN
– TURTLE STORE GONG KAPAS
– NAZRIZA SPORT..DUNGUN
– A& Y TEGUH EMPIRE
– NA & WAN ENTERPRISE

Ketiga-tiga jersi ini mempunyai dua gred iaitu Player Issue dan Ultra Fit. Jersi ini akal dijual dengan harga RM99.00 (Player Issue) dan RM139.00 (Ultra Fit).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN