Previu MSL 2019: PKNP FC Pasang Impian Rebahkan Red Giants Di Shah Alam

Minggu ke-10 saingan Liga Super Malaysia (MSL 2019) turut mempertemukan pasukan Selangor dan PKNP FC di Stadium Shah Alam.

Berikut adalah sedikit previu melibatkan kedua-dua pasukan menjelang perlawanan pada malam ini.

Selangor mahu kembali ke landasan kemenangan

Permulaan dengan prestasi tidak menentu pada awal musim, diikuti dengan tiga kemenangan berturut-turut dan satu seri dari empat perlawanan terakhir, berjaya melonjakkan Selangor ke kedudukan keempat saingan MSL 2019.

Seri menentang Perak pada minggu lalu, Selangor pasti mahu kembali bangkit ke landasan kemenangan pada minggu ini demi memastikan pasukan berada di dalam kelompok atasan liga.

Jika ada satu perkara yang merisaukan jurulatih B. Sathianathan, ia pastinya berkisar kepada barisan pertahanan yang telah dibolosi 17 gol – menjadikan Selangor pasukan ketiga bolos paling banyak di belakang Kuala Lumpur dan Felda United di kedudukan tercorot liga. Satu-satunya perlawanan yang menyaksikan Selangor tidak dibolosi ialah ketika menang 1-0 ke atas Terengganu pada Mac lalu.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri juga sedikit sebanyak akan turut memberikan tekanan. Dua kekalahan setakat ini adalah ketika mereka beraksi di gelanggang sendiri – tidak termasuk disingkirkan oleh Felda United di saingan Piala FA yang lalu.

PKNP FC impi lakukan kejutan

Berjaya mara sebagai antara lapan pasukan terbaik di saingan Piala FA sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat barisan pemain kendalian Abu Bakar Fadzim untuk melakar kejutan di perlawanan ini.

Berada di tangga ketujuh MSL 2019 selepas mencatatkan tiga kemenangan secara berturut-turut, dan satu seri, PKNP FC hanya dipisahkan dengan tiga mata berbanding Selangor yang berada di kedudukan keempat.

Berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan, tidak ada perkara yang mustahil buat PKNP FC melakar kejutan pada malam ini.

Pemain tumpuan

Tanpa Amri Yahyah dan Nurridzuan Abu Hassan, barisan serangan Selangor agak tempang selepas turut kehilangan penyerang utama, Rufino Segovia akibat kecederaan panjang. Namun kelibat Syazwan Zainon yang kembali cergas dan beraksi dalam perlawanan menentang Felda United di Piala FA pasti kembali ditagih.

B. Sathianathan turut mungkin akan memulakan Sean Selvaraj di perlawanan ini, dan digandingkan bersama Faiz Nasir dan Sandro sebagai penyerang utama pasukan. Selain daripada pengalaman, kemahiran penyerang import dari Brazil khususnya dari situasi bola mati turut menjadi senjata utama Selagor.

Selangor, Sandro, Syazwan
FOTO: MFL

Di kem PKNP FC, prestasi semasa kapten pasukan, Hafiz Ramdan pasti melegakan jurulatih, Abu Bakar Fadzim. Sepakan percuma pemain itu memberi kemenangan untuk PKNP FC ke atas PDRM di saingan Piala FA yang lalu. Hantaran Hafiz turut mencetuskan jaringan pertama pasukan dalam perlawanan lalu.

Bercakap kepada Berita Harian, Abu Bakar yakin Hafiz Ramdan sudah berjaya menunjukkan keserasian dan memikul dengan baik tanggungjawab sebagai ketua pasukan dan bertambah baik menjelang pertengahan musim.

Gambar: PKNP FC

Rekod pertemuan

  • 26.07.18 PKNP FC 0 -2 Selangor (MSL 2017)
  • 06.05.18 Selangor 1 – 1 PKNP FC (MSL 2018)
  • 26.07.18 PKNP FC 0 – 2 Selangor (MSL 2018)
  • 04.08.18 Selangor 0 – 3 PKNP FC (Piala Malaysia)
  • 16.09.18 PKNP FC 1 -4 Selangor (Piala Malaysia)

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN