Pep Guardiola Mahu Aksi Terbaik Dipamerkan Anak Buahnya

Pep

Aksi terbaik daripada anak buah itulah yang dimahukan oleh Pep Guardiola. Beliau dan skuadnya mahu bangkit kembali setelah dikejutkan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari.

Ubah fokus

Kedua-dua kelab ini bertembung sekali lagi dalam tempoh seminggu. Kali ini, kempen Liga Perdana Inggeris pula menjadi tumpuan.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Etihad, gelanggang yang sama pada aksi yang cukup dramatik pada Rabu lepas.

Pep memberitahu media bahawa memang sukar untuk mendapatkan kesempurnaan dalam sesebuah permainan. Tetapi, para pemainnya harus mencuba untuk mendapatkan kesempurnaan dengan membaiki kesilapan.

Sekiranya kesilapan itu tidak dibaiki, seharusnya pemain itu bertanggungjawab memperelokkannya.

Ada keletihan?

Pep sendiri tidak melahirkan perasaan risau kepada pemainnya yang letih dalam kepadatan jadual. Beliau juga mengakui telah menurunkan skuad terbaik dalam semua pertandingan yang disertai.

Pep Guardiola musim ini telah memenangi Piala Carabao bersama Manchester City. Phil Foden dan Eric Garcia antara anggota skuad Manchester City yang membantu kejayaan kelab dalam kempen kejohanan itu.

Menjawab mengenai isu VAR, Pep sendiri mengakui ia merupakan topik membosankan. Beliau memberitahu kadangkala VAR tidak membantu dan ada masanya ia membantu.

Selepas perlawanan menentang Spurs, Manchester City dijadualkan akan menentang Manchester United pada 24 April ini. Perlawanan itu menyaksikan Old Trafford menjadi gelanggang tuan rumah.

Tajaan bas

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 19: Manchester City’s Vincent Kompany
in action during training at Manchester City Football Academy on April 19, 2019 in Manchester, England. (Photo by Tom Flathers/Man City via Getty Images)

Dalam perkembangan lain, Vincent Kompany memberitahu bahawa setiap seorang pemain akan menaja sebuah koc untuk kemudahan para penyokong ke Stadium Wembley.

Stadium Wembley akan menjadi saksi pertemuan antara Manchester City menentang Watford pada 18 Mei pada perlawanan akhir Piala FA.

Kompany menyatakan usaha tajaan daripada para pemain ini sebagai tanda terima kasih mereka kepada para penyokong. Manchester City secara rasminya telah terlepas satu trofi daripada empat disasarkan musim ini.

Maka, tinggal lagi dua untuk direbut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN