Previu MSL 2019: Pertemuan Sang Phoenix VS KL Hawks Jadi Medan Pertarungan Untuk ‘Survival’

MSL 2019

Minggu ke-14 saingan Liga Super Malaysia (MSL 2019) menyaksikan dua perlawanan akan berlangsung pada malam ini. Salah satu venue tumpuan pada malam ini semestinya akan terarah ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, untuk pertemuan membabitkan Petaling Jaya FC dan juga Kuala Lumpur

PJ City semakin yakin

Dua kemenangan berturut-turut dicipta oleh anak buah K. Devan menentang pasukan yang dianggap lebih berpengalaman menyebabkan PJ City FC mendapat reputasi sebagai ‘The Giant Killer’.

Menang 2-0 ke atas Pahang di tempat sendiri pada 4 Mei lalu, skuad Sang Phoenix terus gagah apabila bangkit dari ketinggalan 3 gol untuk menang 3-5 menentang Terengganu FC.

FOTO: PJ City FC

Jika anak buah K. Devan mampu melakar satu lagi kemenangan pada malam ini, maka mereka berpeluang untuk menempatkan diri di pertengahan liga. Ia boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang baik buat pasukan yang hanya beraksi di divisyen atasan negara pada musim pertama. Tetapi kekalahan hanya akan menjurumuskan mereka kembali ke dalam zon bahaya.

Kuala Lumpur teruskan misi survival

Terdapat tanda-tanda kebangkitan dari persembahan Kuala Lumpur dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ini. Namun ia belum cukup untuk meletakkan mereka berada di zon selamat.

Berada di tangga ke-11, skuad kendalian Chong Yee Fat harus mengambil inspirasi dari kejayaan menewaskan PKNS FC 2-1 pada perlawanan Selasa lalu.

Tatkala bahagian serangan sudah menampakkan hasil, bahagian pertahanan harus menjadi tumpuan Yee Fat dan anak buahnya agar tidak mudah melepaskan gol mudah. Ketibaan pemain import baharu, Darko Markovic diharap mampu memberi penyelesaian kepada masalah di bahagian pertahanan.

Taktikal pasukan

K. Devan mempunyai reputasi sebagai ‘the giant killer’ ketika melakukan percaturan berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi di saingan Liga Malaysia. 3-4-3 adalah formasi pilihan K. Devan sejak beberapa perlawanan dan telah berjaya meraih beberapa keputusan positif sejak dua perlawanan lalu.

Di fasa bertahan, anak buah K. Devan akan membentuk 5-4-1. Dalam situasi ini, PJ City amat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas – sepertimana yang dibuktikan ketika menentang Pahang. Mereka pantas dan sangat direct untuk menhantar bole ke bahagian serangan.

Kuala Lumpur, PJ City
FOTO: MSL

Kuala Lumpur beraksi dengan formasi yang menyerupai 4-1-4-1 dalam beberapa perlawanan lalu, dengan pemain import baharu, Darko Markovic diharap dapat memimpin barisan pertahanan yang sudah dibolosi 31 gol – tertinggi di kalangan 12 pasukan.

Paulo Josue dan Indra akan menjadi tonggak utama untuk merencanakan serangan. Penyerang import, Guilherme De Paula juga perlu berada di prestasi terbaik untuk menghadirkan ancaman ke arah kubu lawan

Rekod pertemuan

Kuala Lumpur boleh dikatakan mempunyai rekod yang baik ketika berhadapan dengan PJ City FC, apabila memenangi kesemua lima pertemuan diantara dua pasukan sebelum ini.

  • Kuala Lumpur 1-0 PJ City (MSL 2019), 20.04.2019
  • PJ City FC 1-2 Kuala Lumpur (LPM 2017), 30.06.2017
  • Kuala Lumpur 2-1 PJ City FC (LPM 2017), 25.04.2017
  • PJ City FC 2-4 Kuala Lumpur (FAM Cup), 11.05.2014
  • Kuala Lumpur 2-1 PJ City FC (FAM Cup), 09.03.2014

Ramalan Semuanya BOLA

Kuala Lumpur mungkin boleh bermegah dengan rekod 100% yang dimiliki mereka menentang PJ City FC. Namun ia tetap perlawanan yang sukar buat mereka kali ini – apatah lagi dengan tekanan untuk terus kekal di saingan MSL pada musim hadapan.

Sukar untuk meramalkan keputusan pada malam ini. Namun kami percaya permainan taktikal kedua-dua jurulatih akan memainkan peranan utama dalam perlawanan pada malam ini.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN