Previu MSL 2019: Peluang Felda United Bina Momentum Kebangkitan, PJ City FC Harus Waspada

Hadin

Antara perkara yang terus menjadi tumpuan tatkala saingan Liga Super berbaki lima sehingga enam perlawanan sebelum melabuhkan tirai pada musim ini ialah saingan daripada pasukan-pasukan yang berada di kedudukan bawah untuk memburu sebanyak mungkin mata bagi mengelakkan disingkir ke Liga Premier pada musim hadapan.

Antara perlawanan yang menarik tumpuan pada saingan Liga Super 17 (LS17) ialah pertemuan diantara PJ City FC yang memanti kunjungan Felda United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada malam ini.

PJ City FC enggan kempunan

Ini adalah musim pertama PJ City FC bersaing di divisyen tertinggi negara, dan sudah pasti mereka tidak mahu terus kembali ke saingan Liga Premier pada musim hadapan, terutama selepas mencatatkan beberapa keputusan memberangsangkan dalam beberapa perlawanan lalu.

Barisan pemain PJ City FC ketika menentang PKNS FC bulan lepas. FOTO: PJ City

Berjaya mengejutkan beberapa pasukan yang dianggap lebih besar dan berpengalaman seperti Pahang dan Terengganu FC, anak buah K. Devan pasti mahu kembali ke landasan kemenangan selepas tewas dalam dua perlawanan terdahulu. PJ City FC kini menduduki tangga ke-9 dengan 19 mata – satu kedudukan yang boleh dianggap selamat untuk kekal di MSL pada musim hadapan.

The Fighters mahu terus melawan

Menduduki tangga tercorot MSL 2019, Felda United seharusnya memanfaatkan sebaik mungkin semua baki perlawanan yang mereka miliki. Dalam perlawanan lalu, skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya menjelmakan kejutan apabila menewaskan PKNS FC dengan jaringan 5-4 di Stadium Tun Razak, Jengka.

FOTO: Felda United

Namun konsistensi sepanjang 90 minit perlawanan turut harus diberikan perhatian oleh Felda. Misalya pada satu ketika, Felda selesa mendahului PKNS FC 5-1, tetapi membenarkan lawan mengejar sehingga menjadi jaringan 5-4. Mujurlah tiga mata tidak hilang dari genggaman pada ketika itu. Untuk itu skuad kendalian Nidzam Jamil bukan sahaja perlu bersedia dari aspek taktikal dan permainan, tetapi turut harus memiliki mental yang kuat untuk memastikan kejayaan memihak kepada mereka.

Taktikal pasukan

K. Devan mempunyai reputasi sebagai ‘the giant killer’ ketika melakukan percaturan berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi di saingan Liga Malaysia. 3-4-3 adalah formasi pilihan K. Devan sejak beberapa perlawanan dan telah berjaya meraih beberapa keputusan positif sejak dua perlawanan lalu.

Devan
Gambar: Malaysia Football League
Di fasa bertahan, anak buah K. Devan akan membentuk 5-4-1. Dalam situasi ini, PJ City amat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas – sepertimana yang dibuktikan ketika menentang Pahang. Mereka pantas dan sangat direct untuk menhantar bole ke bahagian serangan. Kelebihan ini mampu memerangkap pertahanan Felda pada malam ini.

Felda United pula tampil dengan identiti bola sepak yang berbeza – berdasarkan kemampuan pemain yang beliau miliki pada musim ini. Sistem 4-3-3 atau 4-2-3-1 adalah pilihan Nidzam, dan kedua-dua formasi ini sebenarnya tidak jauh berbeza. Dua pivot memberikan mereka lebih perlindungan kepada barisan pertahanan.

Foto: Felda United FC

Manakala serangan tiga serangkai membenarkan mereka bermain dengan corak permainan menyerang. Tiada banyak perbezaan dijangkakan dari pasuan Felda dari segi corak permainan berbanding perlawanan lalu. Hadin dan Chanturu akan dijadikan saluran utama pasukan untuk melancarkan serangan di bahagian sayap. Inspirasi dari Hadin tetap terus ditagih. Bukan sahaja tangkas di hadapan gawang, kematangan beliau sebagai kapten turut adalah aset utama Felda. Ketajaman Thiago Jr. dan penyerang Singapura, Khairul Amri turut akan ditagih untuk memastikan tiga mata dibawa pulang pada malam ini.

Ramalan Semuanya BOLA

Berdasarkan prestasi semasa dan walaupun beraksi di tempat sendiri, kami berpendapat PJ City FC tidak akan selesa berhadapan dengan Felda United. Faktor pengalaman pemain dan jurulatih turut mungkin akan memainkan peranan dalam perlawanan ini.

Namun misi ‘hidup dan mati’ Felda United juga tidak boleh dipandang sebelah mata oleh PJ City FC, setelah The Fighters tekad mahu memastikan mereka terus kekal di MSL pada musim hadapan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini. Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit Foto depan: Felda United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN