Previu MSL 2019: Melaka United Masuk ‘Gear Penuh’, PKNP FC Misi Sukar

Tiga perlawanan Liga Super (MSL 2019) minggu ke-20 akan berlangsung pada hari ini. Tumpuan kini lebih terarah kepada pasukan manakah yang akan menamatkan saingan liga pada musim ini di tangga kedua, di belakang JDT.

Begitu juga dengan pergelutan untuk mengelakkan penyingkiran ke saingan Liga Premier pada musim hadapan. Kerana itu, tumpuan kita turut akan terarah kepada perlawanan membabitkan Melaka United menentang PKNP FC di Stadium Hang Jebat pada malam ini.

Melaka masuk gear penuh

MSL 2019 sudah pun mempunyai pemenang untuk digelar sang juara. Namun ia tidak bererti saingan sudah terhenti tatkala ada beberapa perkara lagi boleh dijadikan taruhan, termasuklah maruah pasukan.

Kerana itulah baki beberapa perlawanan dalam saingan pada musim ini masih dianggap penting buat Melaka United. Berada di kedudukan ke-5 dengan 29 mata, anak buah Zainal Abidin Hassan sedar gelaran naib juara MSL2019 masih lagi berada di dalam jangkauan.

Melaka United
Patrick Reichelt, pemain import dari Filipina yang menyinar bersama Melaka United. Foto: MUSA

Ini peluang terbuka untuk Melaka untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik. Dengan barisan pemain seperti Luka Milunovich, Patrich Reichlet, dan David Angan semuanya berada di tahap terbaik, Melaka sepatutnya berada pada keadaan ‘high gear’ untuk setidak-tidaknya membina momentum untuk saingan Piala Malaysia nanti.

PKNP FC miliki misi sukar

Hanya satu mata memisahkan PKNP FC dari zon penyingkiran. Lebih menggusarkan, Felda United yang turut bergelut bersama PKNP FC mempunyai kelebihan satu perlawanan hanya dibezakan dengan tiga mata.

Ini menjadikan perlawanan pada malam ini sebagai amat penting untuk PKNP FC – dan dianggap sebagai perlawanan tidak boleh kalah – dalam misi mengumpul sebanyak mungkin mata untuk memastikan diri mereka terus kekal di saingan MSL pada musim hadapan.

FOTO: PKNP FC

Jika ada perkara positif yang boleh diambil oleh PKNP FC di perlawanan ini ialah kerana mereka mampu mengikat Kedah – juga di gelanggang lawan pada minggu lalu. Kali ini anak buah Abu Bakar Fadzim perlu mencari sumber motivasi yang lebih besar untuk menewaskan Melaka United.

Taktikal pasukan

Melaka United cenderung beraksi dengan formasi 4-2-3-1. Mempunyai bahagian tengah yang stabil dengan pemain seperti Safiq Rahim, skuad kendalian Zainal Abidin amat berbahaya ketika melakukan serangan dari bahagian sisi.

Sekiranya sebelah kanan serangan, mereka mempunyai Reichelt, Nazrin Nawi turut memberikan ancaman yang sama dari sebelah kiri. Kelibat Milunovic yang beraksi sebagai penyerang kedua di belakang Angan juga sering kali menghukum lawan.

PKNP FC, Melaka United
FOTO: PKNP FC

Jurulatih Abu Bakar Fadzim pula cenderung dengan sistem 4-1-4-1 sepertimana yang dipamerkan dalam perlawanan menentang Kedah tempoh hari. PKNP FC dijangka mengekalkan formasi serupa dalam perlawanan pada malam ini. Giancarlo akan terus dijadikan sandaran untuk memburu jaringan buat PKNP FC – terutama melalui set pieces.

Begitu juga dengan Ramon Da Silva dan Pedro yang diharap turut mampu menyumbangkan jaringan, selain daripada mencipta peluang buat rakan sepasukan yang lain.

Rekod pertemuan

  • 13.04.2019 PKNP 1-0 Melaka (Liga Super)
  • 19.06.2018 PKNP 1-2 Melaka (Liga Super)
  • 11.032018 Melaka 2-0 PKNP (Liga Super)

Ramalan Semuanya BOLA

Di atas kertas, Melaka United mempunyai segala kelebihan berbanding lawan, PKNP FC terutama kerana mereka beraksi di hadapan penyokong sendiri pada malam ini.

Namun bagi PKNP FC, pertaruhan mereka amat besar dalam baki saingan musim ini. Kerana itu setiap perlawanan, ibarat final bermula dengan Melaka United.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN