Previu MSL 2019: PKNS FC Harus Waspada Misi Hidup Mati The Fighters

Ketika pertemuan pertama di LS6 yang lalu, kedua-dua pasukan, Felda United hanya dipisahkan dengan dua mata oleh PKNS FC. Tewas 2-0 di perlawanan tersebut, Felda United terus ketinggalan 10 mata ketika kedua-dua perlawanan bakal melakukan perhitungan di pusingan kedua Liga Super Malaysia (MSL 2019).

Hidup mati The Fighters

Jika nama jolokan ‘The Fighters’ untuk Felda United boleh diterjemahkan, maka Felda United seharusnya menampilkan aksi melawan untuk bangkit dari kedudukan tercorot saingan Liga Super Malaysia (MSL 2019) mulai perlawanan menentang PKNS FC pada malam ini.

Felda United
FOTO: FELDA United

14 perlawanan telah dilalui setakat ini, skuad bimbingan Nidzam Jamil hanya mampu mencatat satu kemenangan, enam seri, dan tewas dalam baki tujuh perlawanan untuk mengumpul sembilan mata dan menghuni tangga tercorot MSL 2019. Ini menjadikan baki lapan perlawanan yang harus dilalui – bermula dengan perlawanan malam ini – amat penting buat Felda United, seandainya mengimpikan untuk terus kekal bersaing di divisyen utama negara pada musim hadapan.

Semut Merah perlu konsistensi

Di atas kertas, skuad Semut Merah sepatutnya tidak akan berhadapan masalah untuk membawa tiga mata berharga dari perlawanan ini. Namun ini tidak bermakna skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal boleh ke Jengka bersenang lenang dan mengambil mudah cabaran daripada Felda United.

FOTO: PKNS FC

Walaupun memiliki 19 mata dari 15 perlawanan yang dilalui setakat ini untuk berada di tangga ke-7, konsistensi merupakan masalah utama PKNS FC pada musim ini. Sepanjang April misalnya, PKNS FC hanya merekodkan satu kemenangan dari empat kemenangan yang dilalui. Begitu juga kisahnya sepanjang Mei lalu.

Taktikal pasukan

Dua sistem utama yang digunapakai oleh Datuk K. Rajagopal pada musim ini adalah sisem 4-4-2 dan juga 4-1-4-1. Kedua-dua sistem mampu memberi kestabilan kepada PKNS FC. 4-4-2 lebih sesuai sekiranya PKNS FC mahu corak permainan menyerang yang lebih agresif.

FOTO: PKNS FC

Manakala 4-1-4-1 lebih kepada corak permainan berhati-hati, sebelum menggempur lawan menggunakan serangan balas pantas – seperti mana yang dipamerkan ketika menundukkan PJ City 3-0, dalam perlawanan LS15 pada Mei lalu. Kpah Sherman adalah ancaman utama kepada kubu lawan. Namun kebijaksanaan Akram Mahinan yang merencakan serangan dari bawah turut harus diberikan kredit.

Felda United tampil dengan identiti bola sepak yang berbeza – berdasarkan kemampuan pemain yang beliau miliki pada musim ini. Sistem 4-3-3 atau 4-2-3-1 adalah pilihan Nidzam, dan kedua-dua formasi ini sebenarnya tidak jauh berbeza. Dua pivot memberikan mereka lebih perlindungan kepada barisan pertahanan.

Manakala serangan tiga serangkai membenarkan mereka bermain dengan corak permainan menyerang. Tiada banyak perbezaan dijangkakan dari pasuan Felda dari segi corak permainan berbanding perlawanan lalu. Hadin dan Chanturu akan dijadikan saluran utama pasukan untuk melancarkan serangan di bahagian sayap. Inspirasi dari Hadin tetap terus ditagih. Bukan sahaja tangkas di hadapan gawang, kematangan beliau sebagai kapten turut adalah aset utama Felda.

Ramalan Semuanya BOLA

Berdasarkan prestasi semasa dan walaupun beraksi di tempat lawan, kami berpendapat PKNS FC mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan Felda United. Faktor pengalaman pemain dan jurulatih turut mungkin akan memainkan peranan dalam perlawanan ini.

Namun misi ‘hidup dan mati’ Felda United juga tidak boleh dipandang sebelah mata oleh PKNS FC, setelah The Fighters tekad mahu memastikan mereka terus kekal di MSL pada musim hadapan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit Foto: PKNS FC & Felda United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN