Previu MSl 2019: Aura Berbeza Shahrel Fikri Mampu Lonjak Perak Berdepan PJ City FC

Kedua-dua pasukan, PJ City FC dan Perak ketika ini dalam misi yang sama, mahu melonjak pasukan untuk berada di kedudukan kelima terbaik apabila musim Liga Super Malaysia (MSL) 2019 tamat. Dan, segalanya akan bermula pada malam ini dengan kedudukan ke-6 milik Terengganu FC kini akan menjadi rebutan di antara mereka.

Beraksi di laman sendiri dengan ratio 42% kemenangan diraih, PJ City mahu manfaatkan aksi bertemu Perak dan kemudian FELDA United untuk mengutip mata maksimum sebelum berkunjung ke Darul Aman, menentang Kedah pada penghujung Jun depan.

Sehingga minggu ke-16, Perak sudah beraksi di kandang lawan dengan rentetan 7 perlawanan tanpa kalah sejak 2 Februari lalu, iaitu ketika tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Daripada 7 perlawanan, The Bos Gaurus merekodkan 6 keputusan seri.

PJ City mahu mata maksimum

Pengendali The Phoenix, K. Devan telah menyatakan skuadnya kini berada di prestasi terbaik untuk merekodkan dua kemenangan di Stadium MBPJ dan juga menganggap dua perlawanan tersebut sangat penting buat mereka bermula dengan aksi malam ini.

FOTO: PJ City FC

Jika menang berdepan Perak dan FELDA United pada Selasa, kedudukan mereka dalam liga bakal melonjak sehingga ke kedudukan ke-6, bergantung kepada keputusan perlawanan lain yang melibatkan Terengganu FC, Perak dan PKNS FC.

Kekalahan mengejut 0-3 kepada PKNS FC selepas 3 kemenangan berturut-turut mungkin adalah satu peringatan kepada PJ City untuk kembali fokus baki saingan liga musim ini. Ia penutup yang perit sebelum aksi liga berehat selama hampir 3 minggu.

Pakar seri, Perak juga mahu mata maksimum

The Bos Gaurus pula merupakan pasukan terbanyak merekodkan keputusan seri dalam saingan liga iaitu dalam 9 perlawanan musim ini. Begitupun, mereka juga adalah antara 5 pasukan yang paling sedikit tewas dengan hanya 3 kali tumbang kepada lawan.

Di gelanggang lawan, mereka hanya sekali tewas, itu pun pada Februari yang lalu ketika berdepan JDT. Selepas itu, anak didik Mehmed Durakovic ini gagal dikalahkan apabila 6 kali mereka diikat oleh lawan – 9 mata daripada 24 mata sepatutnya.

FOTO: PAFA

Merupakan naib juara MSL musim lalu, kedudukan Perak ketika ini seakan-akan memberi tafsiran yang mereka sedang melalui fasa sukar apabila berada di kedudukan ke-8 liga dengan 18 mata, 8 mata di belakang pasukan kedudukan kedua liga, Pahang.

Pedro Henrique dan Shahrel Fikri

Tiga gol dalam 4 penampilan, Pedro Henrique masih merupakan ancaman utama buat benteng The Bos Gaurus yang ditunjangi oleh Shahrul Saad dan pertahanan baharu, Hussien El Dor.

Ketika dikejutkan PKNS FC, Pedro Henrique telah gagal meledak gol biarpun dilihat bekerja keras, malah menambah luka buatnya adalah apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti. Adakah ia akan dilunaskan ketika berdepan Perak pada malam nanti?

Shahrel
FOTO: FAM

Penyerang baharu Perak, Ronaldo Henrique pastinya akan dirantai sepenuhnya oleh The Phoenix namun, penampilan cemerlang Shahrel Fikri dalam aksi antarabangsa bersama Harimau Malaya tempohari pasti akan mencetuskan aura berbeza buat Perak.

Berjaya meledak 4 gol dalam dua perlawanan bertemu Timor Leste, Shahrel Fikri adalah tonggak penyerang terbaik negara ketika ini. Ironinya, aksi Eky itu telah dipuji oleh penyerang PJ City, Safee Sali.

Ramalan Semuanya BOLA

Adakah keputusan seri bakal direkodkan lagi oleh The Bos Gaurus? Ia seakan-akan keputusan wajar buat kedua-dua pasukan.

Namun, sekiranya prestasi terbaik mampu dijelmakan oleh Shahrul Saad dan Shahrel Fikri sebagaimana aksi antarabangsa tempohari, 3 mata boleh menjadi milik Perak. Berbanding Shahrul Saad yang membuat 13 penampilan penuh dalam 15 aksi, Shahrel Fikri hanya membuat 4 penampilan penuh bersama skuad utama Perak.

PJ City pula memiliki masalah di jentera serangan apabila hanya merekodkan 16 gol dalam 15 perlawanan dan merupakan antara 3 pasukan yang memiliki rekod jaringan yang rendah selain PKNP FC (16 gol) dan FELDA United (10 gol). Adakah Pedro Henrique adalah solusi buat The Phoenix untuk memburu mata penuh malam ini?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN