Previu MSL 2018: Pembentukan Sistem Serangan JDT Dan Misi Lebih Besar

JDT masih lagi pasukan yang perlu ditewaskan oleh mana-mana pasukan yang mengimpikan mahu menjuarai Liga Super 2018.

Pembentukan pasukan

JDT mendapatkan semula sentuhan duo Jorge Pereryra Diaz dan juga Luciano Figueroa. Mereka juga berjaya mendapatkan khidmat Corbin Ong, Hariss Harun dan juga Bruno Gabriel Soares yang dalam senarai persaingan ke pasukan utama.

Beberapa nama pemain tempatan lain juga menyertai mereka seperti Syafiq Ahmad, Adam Nor Azlin dan Syamel Kutty Abba.

Secara asasnya mereka masih lagi memiliki pasukan terbaik di Malaysia buat masa ini. Mereka mengekalkan pemain seperti Natxo Insa yang dijangka akan membentuk trio dengan Shafiq Rahim dan juga Hariss Harun di tengah.

Misi lebih besar

JDT pastinya meletakan misi lebih besar pada 2018. Selain daripada mengidamkan kejuaraan Liga Super ke-5, mereka juga ada misi untuk bermain di ACL. Sesuatu yang tertangguh agak lama untuk mereka.

Mereka akan bermain dalam pusingan kelayakan ACL 2018. Jika berjaya melepasi pusingan tersebut mereka akan bermain di ACL pada 2018.

Pada masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk menjadi pasukan yang bermain di ACL menerusi tiket Liga Super jika mereka menjuarai Liga Super 2018.

Sistem serangan

Sesuatu yang menarik untuk dilihat pada 2018 adalah, aksi Luciano Figueroa. Adakah beliau masih memiliki sentuhan yang hebat di hadapan gol?

Atau, adakah beliau satu ‘downgrade’ kepada sistem serangan JDT selepas mereka memiliki pemain seperti Cabrera dan juga Guerra.

Secara sistematik, Luciano Figueroa adalah pemain target man yang berjaya membuktikan beliau boleh bermain dalam sistem bola sepak moden yang diterapkan di JDT.

Kegagalan pemain seperti Geronimo Baralles adalah kerana JDT memerlukan pemain penyerang moden seperti Diaz, Lucero dan musim lalu mereka juga bergelut untuk mendapatkan aksi terbaik daripada Mohamed Ghaddar.

Berdasarkan rekod, Luciano Figueroa pastinya sudah membuktikan beliau pemain ‘target man’ yang memiliki kualiti berbeza dan boleh beradaptasi dengan mana-mana sistem.

Mungkinkah JDT akan bermain dengan sistem 4-4-1-1 seperti mana yang mereka mainkan ketika 2016? Ini untuk mewujudkan peranan no.10 kepada Diaz yang akan beraksi di belakang penyerang utama, Luciano Figueroa?

Namun musim lalu, Ulisses Morais banyak menggunakan sistem 4-3-3. Ini memberikan bayangan yang Diaz akan bermain di bahagian sayap.

Bukan satu masalah untuk Diaz bermain di bahagian sayap kerana dia boleh bermain di mana-mana posisi serangan. Cuma beliau sangat tajam sebagai no.10 kerana dia adalah pemain sayap tengah (central-winger).

Persaingan

Dalam pasukan yang dibentuk di JDT, kami melihat tahun 2018 adalah cabaran besar untuk pemain-pemain tempatan di JDT.

Dengan kuota 5 pemain import di atas padang, ini akan membuatkan pemain-pemain tempatan di dalam pasukan JDT perlu meningkatkan usaha 100% untuk memenangi tempat di dalam pasukan utama.

Ini penting kerana ramai pemain tempatan di JDT adalah pemain kebangsaan. Pasti juga tugas itu terletak di bahu Morais untuk membantu bakat-bakat muda yang lain supaya dibangunkan dengan sebaik mungkin.

Bahagian pengambilan pemain JDT melakukan kerja mendapatkan pemain prospek ke dalam pasukan. Maka tugas jurulatih untuk membangunkan pemain ini untuk menjadi besar dalam Liga Malaysia.

Seterusnya, persaingan untuk menjadi utama pastinya lebih kuat pada kali ini. Beberapa pemain seperti Azrif Nasrulhaq, Nazmi Faiz, Hazwan Bakri pastinya mahu menjadikan musim 2018 sebagai musim ‘breakthrough’ mereka.

Persaingan juga wujud di bahagian pertahanan. Pemain seperti Fazly Mazlan dan juga Aidil kini sudah ada pesaing yang kuat untuk peranan mereka. Fadhli Shas berjaya menjadi pemain penting JDT pada musim lalu.

Adakah JDT akan merangkul kejuaraan ke-5?

Pasukan ini adalah jenis pasukan yang dibentuk untuk mendominasi kempen domestik serta cuba untuk mara ke ACL.

Slot AFC 2019 sangat istimewa untuk JDT kejar dengan menjuarai Liga Super. Mereka sudah lama berangan-angan untuk bermain di kejohanan kelab paling berprestij di Asia itu.

Jadi, inilah masanya untuk mereka menggunakan tiket juara Malaysia untuk ke ACL.

Seterunsya, penilaian KPI kepada Morais pastinya lebih tinggi musim ini. Beliau perlu jelas dalam pembentukan pasukan yang kompetitif di semua pentas persaingan JDT.

Musim lalu, Benjamin Mora diturunkan pangkat selepas aksi yoyo dalam kejohanan seperti Piala AFC.

Kredit foto: JST (kecuali dinyatakan)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN