Courtois: ‘Sikap Penyokong Kami Tidak Membantu Pasukan’

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois mengkritik sikap penyokong mereka di stadium ketika perlawanan menentang Leicester semalam.

Chelsea seri dengan Leicester dan merekodkan 3 perlawanan liga tanpa sebarang gol di Stamford Bridge secara berturut-turut.

Penyokong di Stamford Bridge telah mencemuh pasukan mereka sendiri dengan bunyi boo sepanjang perlawanan dan juga selepas perlawanan berakhir. Bercakap kepada Sky Sports Courtois, beliau berkata:

“Ia sesuatu yang tidak membantu pasukan langsung apabila penyokong sendiri menge-boo kami setiap kali hantaran gagal dan tamat perlawanan.”

“Ya, kami tidak bermain baik hari ini tetapi itulah masanya kami perlukan penyokong di belakang kami.”

Penyokong Chelsea jelas tertekan dengan kegagalan pasukan mereka menewaskan Leicester yang bermain 10 orang pemain lebih 20 minit di dalam padang.

Chelsea melakukan 7 percubaan tepat daripada 17 percubaan keseluruhannya. Namun tiada satu pun yang menerjah gawang.

Selepas tamat perlawanan, wartawan bertanya kepada Conte, adakah beliau mempertimbangkan untuk mendapatkan Alexis Sanchez yang disahkan Wenger ‘kelihatan’ tidak akan memperbaharui kontrak di Emirates.

Pemain itu cuma masih ada baki 6 bulan dalam kontrak beliau. Conte menjawab:

“Seperti yang anda semua sudah faham dengan jelas, topik yang seperti ini adalah topik yang saya tidak mahu bercakap dengan media.”

“Saya jurulatih, saya akan cuba yang terbaik dengan pemain yang saya ada, cuba memperbaiki prestasi pemain-pemain saya, cuba bekerja dan memberikan 100% setiap hari.”

“Namun kadangkala, ianya masih belum cukup. (Mendapatkan pemain) Itu bukan bidang kuasa saya.”

Ditanya tentang kegagalan Chelsea bermain baik dan memenangi perlawanan, Conte memberitahu yang anak-anak buah beliau keletihan.

“Selepas perlawanan Piala Carabao tengah minggu, saya melihat ramai pemain saya yang sangat letih. Mereka bermain dalam keletihan. Kami menderita pada separuh masa pertama dan permulaan babak kedua.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN