Previu MSL 2017 : Penyokong Kelantan Persoal Status Pasukan Kelantan

Pada beberapa hari yang lalu, KAFA melalui Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail telah mengumumkan akan menarik diri daripada Liga Malaysia pada musim hadapan.

Status penuh akan diumumkan pada 29 Disember ini. Kenyataan KAFA itu mengundang banyak reaksi. Tidak kurang juga resah dan kecewa oleh peminat bola sepak Kelantan.

Mereka rata-rata tidak bersetuju dengan penarikan diri ini. Bagi mereka, biarlah pasukan Kelantan terus bersaing dengan pasukan ‘murah’ sekalipun.

Maksudnya, mereka mencadangkan agar KAFA mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat pemain Piala Presiden dan pemain-pemain yang bergaji rendah.

Kredit gambar : asiana.my

Mana tidaknya, setelah berhempas pulas cuba keluar dari zon penyingkiran, tiba-tiba mahu menarik diri.

Dilema KAFA

KAFA menjelaskan mereka tidak dapat mencari tajaan untuk musim hadapan. Mereka juga  mendedahkan mereka cuma ada sekitar RM700,000.00 dalam akaun mereka.

Jumlah tersebut sangat sukar untuk menampung kos operasi pasukan apatah lagi mahu membayar gaji pemain. Mereka sebelum ini menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Vida.

Namun jutawan kosmetik tersebut seakan-akan sudah tawar hari untuk meneruskan kerjasama dengan Kelantan. Pelbagai masalah dan konflik salah faham berlaku di antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Pada pertengahan musim lalu KAFA mendakwa mereka cuma menerima RM4 juta sahaja daripada Datuk Seri Vida. Datuk Seri Vida membalas balik dengan berkata, pihak beliau tidak pernah menjanjikan tajaan sebesar RM8 juta kepada pasukan Kelantan.

Kini status penajaan dikatakan dalam masalah dan KAFA akan mengambil tindakan perundangan jika pihak Vida Beauty gagal menepati perjanjian yang masih berbaki semusim lagi.

Sathianathan : Bina Pasukan RM3 Juta

Bekas pengendali Kelantan, Datuk B. Sathianathan tampil dan mahu KAFA memikirkan semasak-masaknya isu penarikan diri ini.

Beliau kurang bersetuju dengan anggaran KAFA yang meletakkan angka RM15 juta sebagai kos minimum untuk mereka meneruskan persaingan dalam Liga M pada musim hadapan.

Petikan kenyataan beliau kepada Sinar Harian berbunyi :

“Apa yang penting adalah kewujudan pasukan Kelantan itu sendiri yang perlu ada dalam saingan Liga-M musim hadapan.”

“Kebanyakan orang tidak kira di Kelantan atau di negeri lain kenal dengan pasukan The Red Warriors selain ramai yang masih pakai jersi pasukan itu. Tolonglah jangan hampakan harapan peminat.”

“Jika tidak mampu sedia dana besar, cuba cari pemain muda dan bina kembali pasukan dalam masa dua atau tiga tahun ini. Tiada pemain import pun tak mengapa.

“Jelaskan pada peminat bahawa untuk musim ini, sasaran kejar piala terpaksa diketepikan dan fokus kepada pembentukan pasukan. Saya yakin ramai peminat yang faham,” katanya.

Mengulas  lanjut, Sathianathan turut mahu Kafa memikirkan implikasi penarikan diri pasukan kepada pemain dan jurulatih sedia ada.

“Saya rasa untuk cari dua atau tiga juta mungkin tiada masalah buat Kafa.”

Kemusykilan Peminat

Baru-baru ini heboh berita bahawa KAFA telah melantik pembantu jurulatih yang berasal dari Thailand iaitu Sathit Bensoh. 

Maka timbul keraguan, jika benar mahu menarik diri, kenapa masih melantik penolong jurulatih yang berprofail agak baik.

Namun, ada juga berita menyatakan keputusan melantik Shahit sudah dilakukan beberapa minggu yang lepas. Persoalan seterusnya, kenapa mereka tidak berbincang untuk menamatkan sahaja perjanjian awal.

Ini kerana, Shahit berisiko untuk tidak menerima bayaran berdasarkan terma yang dipersetujui di dalam kontrak beliau. Lantas, ada yang mengandaikan KAFA mungkin sedang main wayang seperti mana sebelum ini.

Teori mereka adalah, akan muncul satu nama yang menjadi adiwira sekali lagi dan melonjakkan populariti di mata penyokong Kelantan.

Selamatkan Bola Sepak Kelantan

Ada beberapa suara dari penyokong Kelantan yang mengajak penyokong-penyokong TRW yang masih sayangkan pasukan ini untuk menubuhkan Yayasan Bola Sepak Kelantan.

Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Jadi, jika ada kesedaran tentang kuasa penyokong melalui Yayasan bola sepak sebegini ia sudah pasti satu langkah besar.

Namun berdasarkan pemerhatian kami, cadangan ini kurang mendapat sambutan daripada penyokong-penyokong Kelantan.

Pandangan Kami

Secara umumnya, kita semua tahu KAFA terbeban dengan masalah kewangan sejak beberapa musim yang lalu. Mereka berhadapan dengan masalah pembayaran gaji pemain dan jurulatih.

Yang peliknya, hampir setiap kali jendela perpindahan pemain mereka membawa masuk pemain-pemain import yang baru. Ia melibatkan kos yang agak besar.

Pihak KAFA sudah pasti akan membayar pendahuluan kontrak dan bayaran khidmat ejen pemain yang tinggi. Pada masa yang sama, mereka perlu membayar pampasan kepada pemain yang ditamatkan kontrak.

Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, mungkin yang terbesar di Malaysia.  Di mana silapnya KAFA yang gagal untuk mendekati dan memanfaatkan lingkaran ini.

Kami bersetuju dengan pandangan B. Sathianthan yang mencadangkan pasukan lebih murah. Mungkin jumlah RM3 juta itu agak terlalu minima.

KAFA harus menyemak semula segala butiran dalam kos operasi dan juga perbelanjaan mereka yang meragukan dan cuba untuk menyiasat serta cuba optimumkannya.

Dari segi pemilihan pemain, cuba sedaya upaya mencari pemain yang mahu menerima gaji berdasarkan kemampuan yang diberikan pasukan.

Sebarang tindakan terlalu emosional dalam mendapatkan pemain akan memberikan impak seperti sebelum ini.

Seterusnya, mungkin KAFA harus duduk semeja dengan beberapa pemain senior untuk berbincang tentang rombakan kontrak yang membawa kepada pengurangan kadar gaji.

Jika mereka tidak mahu berbuat demikian maka KAFA harus menghormati keputusan mereka dan melepaskan mereka.

Ingat! Juventus dulu, ada beberapa pemain mereka yang datang dan meminta gaji dipotong atas dasar sayangkan kelab.

Kehilangan Kelantan dari kancah bola sepak Malaysia pada musim hadapan pastinya mengurangkan warna dan kemeriahan bola sepak domestik kita.

Kami mengharapkan pasukan ini kekal bersaing dan berjaya mencari penyelesaian kepada masalah semasa mereka.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga :North American Soccer League: Pengurusan Liga Lemah Dan Dibayangi Populariti MLS?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN