Previu Minggu 2 Terengganu Amateur League: Masa Untuk Pasukan Bawahan Bangkit!

Terengganu Amateur League (TAL) kembali lagi untuk minggu kedua. Selepas minggu pertama, 10 pasukan di Liga Super dan juga 10 pasukan di Liga Perdana akan berentap untuk terus berusaha mendapatkan 3 mata.

Seperti yang semua sedia maklum, hari cuti di Terengganu adalah pada hari Sabtu dan juga Jumaat. Oleh itu, minggu ini saingan TAL bagi Liga Perdana akan diadakan pada hari Jumaat iaitu 18 Ogos 2017 .

Gambar: Terengganu Amateur League

5 perlawanan yang dilangsungkan secara serentak pada 5 petang ini akan dilangsungkan di 5 lokasi berbeza iaitu:

  • Pikat FA lawan Besut FA (Padang Durian Burong)
  • Sixma FC lawan Ayahanda FC (Padang Banggol Katong)
  • Real Chukai lawan Young Titans (Padang Sintentik Gong Badak)
  • BTK FC lawan Curve FC (Padang B Gong Badak)
  • ETE FC lawan BGD FC (Padang Banggul Tukku)

Tumpuan nyata terarah kepada pendahulu Liga Perdana iaitu Real Chukai yang akan menentang Young Titans dalam misi untuk terus menjarakkan diri dalam saingan liga.

Sementara peluang terbuka luas untuk 2 pasukan tercorot iaitu BTK FC dan juga Curve FC untuk mengutip mata pertama dalam liga apabila mereka akan bertemu sesama sendiri patang ini.

BGD FC yang juga belum lagi mengutip sebarang mata berpeluang untuk mendapatkan mata pertama mereka. Namun, tugas sukar menanti apabila mereka menentang ETE FC yang kini berada di tangga kedua liga.

Jika anda terlepas, ini adalah kedudukan Liga Perdana TAL selepas 1 perlawanan.

Untuk saingan Liga Super, perlawanan akan dilangsungkan di 5 lokasi berbeza pada Sabtu, 19 Ogos 2017.

Dengan kesemua perlawanan juga dilangsungkan pada jam 5 petang, berikut merupakan jadual untuk perlawanan kedua Liga Super TAL:

  • Perkasa Alam lawan Gemuda FC (Padang Durian Burong)
  • Markless Kebilal ST lawan Island FC (Padang Banggol Katong)
  • PBSMT Lanjerket lawan Delima Warriors (Padang Sintetik Gong Badak)
  • Separa Elit ATFC lawan UMT-Pemanis FC (Padang B Gong Badak)
  • TFFC lawan CND FC (Padang Bonggul Tokku)

Selepas mencatatkan kemenangan selesa minggu lalu, Markless Kebilal ST dan juga UMT-Pemanis FC berpeluang untuk menambah 3 lagi mata apabila masing-masing menentang pasukan yang tidak berjaya memperoleh 3 mata pada minggu lalu.

Markless Kebilal ST akan menentang Island FC yang seri minggu lalu sementara UMT-Pemanis FC menentang Separa Elit yang tewas pada perlawanan minggu lalu.

Minggu kedua di Liga Super TAL ini cukup menarik untuk disaksikan kerana minggu ini penyokong berpeluang untuk menyaksikan bagaimana 4 pasukan yang tewas pada minggu 1 untuk bangkit semula memberikan cabaran.

CND FC, Perkasa Alam, Separa Elit dan juga Delima Warriors merupakan 4 pasukan yang gagal meraih sebarang mata minggu lalu.

CND FC akan menentang TTFC yang menang minggu lalu begitu juga Perkasa Alam yang akan menentang Gemuda FC yang turut menang pada minggu 1.

Delima Warriors pula akan menentang PBSMT Lanjerket yang mencatat keputusan seri minggu lalu.

Berikut merupakan kedudukan Liga Super TAL pada minggu 1:

Dan jika anda terlepas, berikut merupakan keputusan Liga Super dan Liga Perdana TAL pada minggu pembukaan:

Liga Super

  • CND FC 0-3 UMT-Pemanis FC
  • Kebilal Markless ST 3-0 Perkasa Alam
  • Island FC 0-0 PB Melayu Terengganu-Lanjerket
  • Gemuda FC 2-1 Separa Elit-ATFC
  • Delima Warriors 1-2 TFFC

Liga Perdana

  • Ayahanda FC 2-2 Young Titans FC
  • Besut FC 1-1 Sixma FC
  • BGD FC 2-4 Real Chukai
  • BTK FC 0-2 Pikat FA
  • Curve FC 0-2 ETE FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN