Ibrahimovic: “Adriano Adalah Pemain Terbaik Pernah Saya Main Bersama”

Satu masa dahulu, Adriano merupakan penyerang yang cukup tajam di hadapan pintu gol.

Kehebatan beliau memang tidak boleh disangkal sehinggakan statistik beliau di siri Pro Evolution Soccer 6, beliau mempunyai tahap rembatan sehingga 99!

Bekan pemain Inter Milan iaitu Zlatan Ibrahimovic menceritakan bagaimana gembiranya beliau dapat bermain disamping pemain yang cukup berbakat bagi beliau.

“Saya telah bermain dengan seorang juara. Saya telah bermain dengan pemain yang cukup hebat.”

“Saya juga pernah melihat pemain yang berbakat dan kemudianya menjadi seorang yang sangat hebat.”

“Tetapi satu-satunya pemain yang cukup hebat tetapi tidak bertahan lama adalah Adriano.”

Ibrahimovic menceritakan yang beliau pernah mendesak presiden Inter Milan untuk mengekalkan Adriano dalam pasukan.

“Ketika pertama kali saya tiba di Inter Milan, saya bertemu dengan presiden kelab dan saya mendesak beliau untuk kekalkan Adriano.”

“Saya katakan kepada presiden yang Adriano merupakan pemain yang saya mahu bermain bersama.”

“Lagak aksinya seperti seekor haiwan. Beliau boleh rembat bola dari mana-mana sudut yang beliau mahu.”

“Tiada siapa yang boleh ambil bola daripada beliau, lagak beliau ketika bermain memang seperti seekor haiwan pemangsa.”

Namun begitu, Ibrahimovic nyata kecewa apabila pemain yang beliau amat gemari itu tidak mampu bertahan lama.

“Dalam bola sepak, 50% keupayaan kita adalah di mental. Jika kita tak mempunyainya, kita tidak mampu melakukannya.”

“Sayang sekali masa saya dengan beliau hanya seketika. Tetapi saya gembira kerana saya pernah bermain dengannya dan menentang beliau.”

Sumber:

  1. 101 Great Goals (2017): Zlatan Ibrahimovic’s brilliant interview on former Inter Milan teammate Adriano (Video); http://www.101greatgoals.com/101ggvideos/zlatan-ibrahimovics-brilliant-interview-former-inter-milan-teammate-adriano/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN