Kumpulan D
Kumpulan D adalah lebih kepada perjuangan pasukan Melaka dan Negeri Sembilan. Melaka memiliki perbezaan jaringan 0, manakala Negeri Sembilan pula -1.
Ini memerlukan Negeri Sembilan hanya perlu seri untuk mara. Jika tewas, skuad Jang boleh tersingkir sekiranya Melaka mencatatkan kemenangan dengan sebarang skor.
Kedudukan Semasa
[table]
Pasukan ,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata,
1. FELDA United,5,4,0,1,9,3,12,
2. Negeri Sembilan,5,3,0,2,7,8,9,
3. Melaka United,5,2,0,3,7,7,6,
4. Terengganu,5,1,0,4,3,8,3,
[/table]
Negeri Sembilan v Felda United
Prestasi 6 Perlawanan Terakhir
Rekod 6 Pertemuan Terakhir
Negeri Sembilan menang-1(17%) Felda United menang-5(83%) Seri-0(0%)
Fakta Perlawanan
- Negeri Sembilan tewas dalam 2 perlawanan terakhir
- Felda United masih belum tewas dalam 8 perlawanan terakhir
- Sejak Mac 2016, Felda hanya tewas 3 kali dalam semua perlawanan domestik, kali terakhir tewas pada 27 Julai di tangan Terengganu
- Negeri Sembilan hanya tewas sekali di tempat sendiri musim ini
- Felda telah menang 6 kali dan seri sekali dalam 7 perlawanan away terakhir
Sebelum Wisel
Felda sedang memfokuskan kepada cabaran Liga Super dan mungkin akan merehatkan berberapa pemain terbaik mereka.
Negeri Sembilan hanya memerlukan 1 mata untuk mengesahkan kelayakan mereka ke peringkat suku akhir.
Terengganu v Melaka United
Prestasi 6 Perlawanan Terakhir
Rekod 6 Pertemuan Terakhir
Melaka menang-2(33%) Terengganu menang-4(67%) Seri-0(0%)
Fakta Perlawanan
- Terengganu hanya menang sekali daripada 11 perlawanan terakhir dengan 8 kekalahan dan 2 seri.
- Terengganu gagal melakukan clean sheet dalam 8 perlawanan terakhir
- Melaka hanya tewas sekali dalam 5 perlawanan terakhir
- Melaka tewas 2 daripada 5 perlawanan away terakhir
- Melaka menjaring 12 gol daripada 5 perlawanan terakhir mereka
Sebelum Wisel
Ini adalah perlawanan yang penting untuk Melaka. Mereka perlu menang untuk mengintai peluang mara sekiranya Negeri Sembilan tewas dalam satu lagi perlawanan.
Melaka dalam prestasi yang terbaik dalam kempen Liga Premier dan ia mungkin boleh menjadi motivasi berguna untuk mereka cuba melakukan keajaiban pada hari terakhir.
Terengganu masih belum ada formula untuk bangkit daripada prestasi hambar musim ini. Kemenangan mungkin akan menjadi penutup yang mereka inginkan.
Baca juga: Previu Matchday 6 Piala Malaysia 2016 – Kumpulan A