Previu Matchday 6 Piala Malaysia 2016 – Kumpulan A

Kumpulan A

Kumpulan ini lebih kepada penentuan siapakah akan menduduki tangga teratas dalam kumpulan, sama ada T-Team ataupun Kedah.

JDTII dan Sarawak sudahpun tersingkir daripada persaingan. Kedua-dua pasukan sudah pasti mahu mencetak sekurang-kurangnya 1 kemenangan dalam perlawanan terakhir ini.

Kedudukan Semasa
[table]
Pasukan,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata,
1. T-Team,5,3,1,1,11,5,10,
2. Kedah,5,3,1,1,7,7,10,
3. JDTII,5,0,4,1,5,6,4,
4. Sarawak,5,0,2,3,4,10,2,
[/table]

JDTII v T-Team

034831700_1461511810-Terengganu_FC_2

Prestasi 6 Perlawanan Terakhir

JDTS

Rekod 6 Pertemuan Terakhir

pl

JDTII menang-1(17%) T-team menang-4(66%) Seri-1(17%)

Fakta Perlawanan

  • JDT II masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir
  • Kekalahan JDTII di tangan Kedah pada perlawanan ke-4 adalah kekalahan di tempat sendiri yang pertama selepas 8 perlawanan
  • T-Team hanya memenangi 2 daripada 5 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan
  • JDTII telah melepaskan 10 bolos dan menjaringkan 10 gol dalam 5 perlawanan terakhir
  • T-team telah mencatat 5 clean sheet daripada 6 perlawanan terakhir mereka

Sebelum Wisel

T-team akhirnya mendapat rentak dalam kempen Piala Malaysia kali ini. JDTII pula agak goyah di bahagian pertahanan dan banyak mencatat keputusan seri. Mereka cuma tewas sekali.

T-team pula menjadi antara pasukan yang memiliki rekod pertahanan terbaik dalam berberapa perlawanan terakhir.

T-team pastinya mahu memenangi perlawanan ini untuk memastikan mereka memimpin kumpulan ini dan mengelakkan juara kumpulan dari kumpulan lain pada peringkat kalah mati.

JDTII masih belum memenangi mana-mana perlawanan dalam kempen Piala Malaysia musim ini

Sarawak v Kedah

PIALA_MALAYSIA___KEDAH_VS_SARAWAK.transformed

Prestasi 6 Perlawanan Terakhir

had2

Rekod 6 Pertemuan Terakhir

k12

Sarawak menang-1(17%) Kedah menang-5(83%) Seri -0(0%)

Fakta Perlawanan

  • Sarawak masih tidak menang dalam 4 perlawanan terakhir dengan 1 seri dan 3 kekalahan
  • Kedah pula menang 4 daripada 5 perlawanan terakhir mereka
  • Sarawak hanya menang sekali dalam 5 perlawanan home terakhir mereka
  • Tidak ada pasukan yang melakukan clean sheet dalam 5 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini
  • Sarawak masih belum memenangi mana-mana perlawanan dalam kempen Piala Malaysia musim ini

Sebelum Wisel

Kedua-dua pasukan mungkin akan menurunkan pasukan kedua dalam perlawanan kali ini. Sarawak berada dalam prestasi yang agak teruk dalam berberapa perlawanan terakhir.

Baca juga : Previu Matchday 6 Piala Malaysia 2016 – Kumpulan D

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN