Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Afghanistan akan berlangsung pada malam ini.
Malah perlawanan in juga bakal menjadi peluang terakhir untuk Dato’ Ong Kim Swee membentuk skuad sebelum bermulanya Piala AFF Suzuki pada November ini.
Ini kerana pemain perlu fokus kepada pertandingan domestik. Sedangkan Dato’ Ong Kim Swee masih tercari-cari kesebelasan skuad kebangsaan.
Terlalu ramai pemain berada dalam posisi sekunder. Baddrol atau Amri biasa dengan ruang kecil di sayap tetapi diletakkan lebih ke tengah. Azrif diletakkan di pelbagai posisi dalam 2 perlawanan. Di bek kiri dan sayap kanan malahan kebanyakkan masa beliau di Selangor pada separuh musim adalah bek kanan.
Lebih seronok dan bermakna jika kita sedikit mengenali pasukan lawan. Semua akan kenal Faysal Sayesteh, Pemain tengah menyerang dari Pahang. Sayesteh adalah pemain ke-3 terbanyak digunakan dalam 8 perlawanan kelayakkan Piala Dunia. Jadi Pemain ini penting.
Afganistan dan pemain kunci
Peter Sergt telah menggunakan 29 pemain dalam kelayakkan itu dan carta teratas adalah 10 pemain yang paling kerap digunakan. Kebanyakkan pemain Afganistan berpaksi di pertandingan domestik dalam Liga kelas 5 atau 6 Jerman, ataupun Liga peringkat wilayah.
Dato’ Ong Kim Swee masih berteka teki dengan susunan pemain
Jika skuad Dato’ Ong Kim Swee masih lagi tidak mampu membayangkan siapa jeneral di tengah, skuad Peter Sergt lebih mudah dijangka. 2 dari 3 yang mancatatkan minit permainan tertinggi adalah pemain tengah. Malahan Hassan Amin juga posisi kedua beliau adalah tengah.
Jika Malaysia dalam persediaan membina skuad untuk pertandingan rantau Asean, Afganistan baru sahaja muncul naib juara edisi terbaharu dalam pertandingan rantau Asia Selatan (Piala SAFF).
Mungkin Dato’ Ong Kim Swee terlalu lewat untuk menentukan beberapa asas pemain, kelihatan Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar sahaja bermain dalam 2 perlawanan terakhir.
Azhan Menggantikan Fahmi, Fadhli digantikan Shahrul, Ronny memberi laluan kepada Helmi dan Rizal diberi percubaan. Azrif dari kiri ke peranan kanan, Sapawi ditolak ke tepi. Amri ke tengah, Baddrol lebih kebawah.
Mungkin perlawanan pada malam ini boleh sedikit memberi gambaran kepada peminat bagaimana bentuk pasukan Dato’ Ong Kim Swee pada pertandingan AFF nanti.
Malaysia kebanyakan masa sentiasa merudum
November cuma tinggal sebulan lagi.Dalam masa 24 tahun purata ranking Malaysia jauh lebih baik berbanding Afghanistan. Secara puratanya Malaysia berada di tangga ke 129 berbanding Afghanistan di tangga ke 175.
Bagaimanapun ketika ini Afghanistan berada di ranking ke-149 . Manakala Malaysia berada di ranking ke-158.
Baca juga: 5 Perkara Daripada Perlawanan Persahabatan Singapura v. Malaysia