Previu Liga Super 2016: Sarawak Tidak Boleh Tewas Di Tangan Felda United

Ia bukan perlawanan yang mudah untuk Sarawak. Ini kerana lawan mereka, Felda United adalah antara pasukan paling kompetitif musim ini dalam liga domestik meskipun prestasi mereka agak merosot sejak 5 perlawanan terakhir.

Untuk Sarawak, perlawanan ini adalah misi wajib menang untuk mencerahkan peluang mereka status kekal dalam Liga Super untuk musim 2017.

Prestasi Semasa

Kedua-dua pasukan dalam prestasi yang agak suram. Felda United masih belum menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Manakala pasukan Sarawak masih belum menang dalam 8 perlawanan terakhir untuk semua pertandingan.

Untuk Liga Super pula, Felda United tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka dan hanya menang sekali dalam 5 perlawanan Liga Super terakhir mereka.

Sarawak pula gagal memenangi sebarang perlawanan daripada 4 perlawanan Liga Super terakhir mereka. Hanya 2 mata yang berjaya dikutip daripada 4 perlawanan terakhir.

Ini adalah rekod enam perlawanan terakhir mereka.

fu

Rekod Pertemuan

Sejak 2011, kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 13 kali. Felda United menang sebanyak 6 kali manakala Sarawak menang sebanyak 4 kali. Baki 3 pertemuan lagi adalah seri.

23 gol dijaringkan oleh Felda United sepanjang tempoh tersebut dan hanya 13 sahaja yang berjaya dijaringkan oleh pasukan Sarawak.

Ini pula rekod 6 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan.

fu2
Felda United menang – 2 (33%)
Sarawak menang – 1 (17%)
Seri – 3 (50%)

Fakta Perlawanan

  • Felda United masih belum tewas dalam 5 pertemuan menentang Sarawak dan memenangi 2 perlawanan terakhir dalam perlawanan ini
  • Felda United tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri
  • Pada tempoh yang sama, Sarawak turut tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan
  • Sarawak masih gagal memenangi mana-mana 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan
  • Felda United turut gagal menang mana-mana 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan
  • Sarawak hanya menang 3 daripada 10 perlawanan dan dibolosi 21 kali untuk perlawanan Liga Super di tempat lawan musim ini

Sebelum Wisel

Sarawak ada misi sukar untuk memastikan mereka kekal dalam Liga Super. Sukar untuk menilai skuad Irfan Bakti buat masa ini.

Kami merumuskan perlawanan ini sebagai perlawanan tidak boleh tewas untuk Sarawak.

Jika seri mereka akan membuat perhitungan hidup mati dalam perlawanan terakhir mereka menentang PDRM yang turut bertarung untuk mengelakkan penyingkiran.

Felda United agak serba tidak menjadi sejak akhir akhir ini dan sudah terlepas kejuaraan liga dan juga Piala Malaysia.

Namun ia mungkin akan dijadikan asas kepada kebangkitan dalam perlawanan ini. Felda United memiliki kualiti pasukan yang lebih baik. Namun Sarawak tetap memiliki pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan.

Baca juga : 3 Sebab Utama Kegagalan Projek Mega Sarawak Musim 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN