3 Sebab Utama Kegagalan Projek Mega Sarawak Musim 2016

Bertarung di zon penyingkiran Liga Super pada baki 2 lagi perlawanan dan tersingkir pada pusingan ke-2 Piala FA, itulah nasib Sarawak pada musim ini.

Lebih parah lagi buat Sarawak, mereka menamatkan kempen Piala Malaysia 2016 di kedudukan tercorot kumpulan A. Sarawak hanya mengutip 2 mata dari 6 perlawanan.

Pra musim 2016

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengumumkan projek mega pada musim 2016. Ia bermula dengan pengumuman K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih yang baru sebelum musim 2016 bermula.

Gambar oleh Zaini Ahmat / www.asiana.my
Gambar oleh Zaini Ahmat / www.asiana.my

Ia kelihatan satu aspirasi dan cita-cita yang jelas daripada FAS untuk menjadi persaing kejohanan domestik pada 2016.

Mereka turunt membawa masuk nama-nama yang dikenali dalam bola sepak Malaysia seperti Ndumba Makeche, K. Gurusamy, Gilmar dan berjuang untuk mendapatkan hak ke atas Syahrul Azwari.

Sarawak turut mendapatkan khidmat Junior Aparecido yang turut memiliki reputasi yang baik di Asia Tenggara.

Berdasarkan ramuan yang ada, ramai pemerhati mulai meletakkan Sarawak sebagai pesaing dalam Liga Super dan paling tidak berada di 5 tangga teratas.

Namun segala-galanya serba tidak menjadi. Berikut adalah sebab-sebab kenapa Sarawak gagal dalam musim ini berdasarkan kaca mata kami.

1. Tidak sabar

Mahukan kejayaan segera! Itulah istilah yang sesuai. Pengurusan tidak ada sasaran yang realistik dalam menghadapi kempen musim ini.

Pasukan yang ada skuad besar seperti JDT mengecilkan skop kempen mereka dengan meletakkan 2 Piala sebagai keutamaan, Liga Super dan Piala AFC. Pertandingan lain mempunyai keutamaan rendah bagi JDT.

FAS melantik jurulatih yang ada karisma dalam bola sepak Malaysia. Namun mereka tidak mampu untuk percaya kepada jurulatih yang mereka sendiri lantik.

Tak sampai 6 bulan mereka sudah merasakan mereka membuat pilihan yang salah.

sarawak-usop

Maka persoalan yang besar adalah: atas dasar apa mereka menggantikan jurulatih lama dan melantik jurulatih yang baru?

Dalam memilih ketua jurulatih yang sesuai, ia memerlukan analisis data yang terbaik. Kaji kesesuaian DNA dan falsafah mereka untuk pasukan yang ada.

Itu yang dilakukan Borussia Dortmund ketika melantik Thomas Tuchel yang menggantikan Jurgen Klopp. Ini kerana asas falsafah bola sepak yang hampir sama walaupun cara pengurusan pasukan dan perlawanan yang berbeza.

Sebab itu juga Klopp boleh mengambil alih Liverpool kerana asas yang ada pada falsafah bola sepak Brendan Rodgers. Begitu juga dengan Ronald Koeman yang menggantikan Roberto Martinez di Everton.

Pasukan seperti Manchester United sendiri sukar mendapatkan pengurus terbaik selepas era Ferguson kerana falsafah Ferguson terlalu kuat dalam United.

Ferguson terkenal dengan 4-4-2, beliau digantikan David Moyes yang menggemari 4-5-1.

Ferguson menuntut kesabaran dari peminat United dan berikan masa kepada Moyes kerana bukan tugas mudah untuk menerapkan model falsafah baru dalam sesebuah kelab.

Kemudian mereka melantik Louis Van Gaal yang memang terlalu jauh bezanya dengan DNA United.

Apa kita pelajari adalah, tidak semua jurulatih berprofil tinggi akan memberikan impak. Apa yang perlu dilakukan adalah, FAS perlu yakin dengan dan tahu apa yang mereka buat.

2. Pengurusan skuad

Asas pengurusan pasukan adalah mudah: dalam jendela perpindahan pemain, pasukan perlu menambah kekuatan skuad. Bukannya mengubah skuad.

Ini yang tidak dilakukan oleh Sarawak (malah pasukan Liga Super lain juga).

Mereka hilang terlalu ramai pemain utama mereka musim lalu kerana tamat kontrak dan FAS sendiri memang ada perancangan untuk merombak skuad ini besar-besaran.

Bermula dengan pengambilan Gilmar yang dibawa masuk untuk menggantikan Billy Mehmet, Sarawak turut membawa masuk Davide Grassi yang beraksi sangat hambar.

Isu utama di sini adalah scouting! Ini adalah tahun kedua Sarawak gagal mendapatkan bek tengah import yang menepati ‘spesifikasi’.

Junior Apareceido dan Ndumba Makeche berjaya beraksi baik. Itupun tiada kepastian sama ada mereka akan terus bersama-sama Sarawak pada musim hadapan.

Gambar oleh Zaini Ahmat / www.asiana.my
Gambar oleh Zaini Ahmat / www.asiana.my

Kedua-dua pemain ini memang sudah terbukti kualiti mereka terutamanya Makeche yang sebelum itu cemerlang bersama dengan Felda.

Selain itu, Sarawak juga kehilangan pemain seperti Joseph Kalang Tie. Namun gagal mencari pengganti beliau.

3. Pengurusan taktikal dan pasukan ketika perlawanan

Hingga ke hari ini Sarawak tidak ada DNA yang jelas.

Perubahan jurulatih yang kerap menyukarkan pasukan untuk membina kesefahaman yang hanya diperolehi dari satu DNA yang jelas. Sarawak sememangnya bukan pasukan yang stabil dan sentiasa berada dalam proses pembinaan.

Isu ini berbalik kepada isu pemilihan jurulatih dan pembentukan skuad yang tidak cukup kukuh dari segi kekuatan keseluruhan pasukan.

Memiliki lebih ramai pemain yang lebih baik daripada musim lalu bukan jaminan kepada pembentukan pasukan yang lebih baik.

jin_4543a-1
Gambar oleh Zaini Ahmat / www.asiana.my

Ia memerlukan perancangan yang jelas. Jika isu persediaan pincang, maka ia akan melarat kepada setiap kali hari perlawanan.

Bak kata Mauricio Pochettino: sebelum jurulatih memikirkan soal taktik, pastikan dahulu pemain anda bermain betul dan faham apa yang mereka perlu lakukan.

Ia adalah sesi latihan berterusan yang merangkumi aspek kecergasan fizikal dan kecerdasan mental pemain.

Dalam pasukan Sarawak yang ada, mentaliti untuk menang agak rendah!

Baca juga: Surat Terbuka Kepada PBNJ Dari Seorang Peminat Bola Sepak Sarawak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN