Previu Kelayakan Pusingan Ke-3 UCL 2017/18, Celtic Antara Pasukan Yang Turun

Saingan berprestij bola sepak peringkat kelab di Eropah, UCL 2017/18 sudah memasuki pusingan ketiga kelayakan. Minggu ini, perlawanan pertama pusingan tersebut telah diadakan.

Aksi Celtic menentang Rosenborg awal pagi tadi. Sumber: BBC dan SNS.

Antara yang mencuri tumpuan ialah Celtic Glasgow gagal memanfaatkan bermain di laman sendiri. Mereka terikat seri tanpa jaringan ketika bertemu juara dari Norway, Rosenborg.

Selain itu, Mario Balotelli menyumbangkan 1 gol pada minit ke-32 untuk Nice semasa perlawanan bertemu Ajax Amsterdam.

Namun, kelebihan gol Nice itu dipadamkan apabila Donny van de Beek menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-49.

Panas

3 gol dijaringkan dan 3 gol dibalas. Itulah aksi memukau ketika perlawanan antara Club Brugge (Belgium) menentang Istanbul Basaksehir (Turki).

Club Brugge mendahului dengan 2 gol sehingga rehat separuh masa. Namun, Istanbul Basaksehir itu bangkit daripada ketinggalan dengan menjaringkan 3 gol. Mossoro menjaringkan dua gol untuk kelab Turki itu.

Namun, pemain tuan rumah, apabila Stefano Denswil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.

Keputusan lain

Berikut keputusan perlawanan lain yang turut diadakan pada minggu ini. Aksi kedua akan diadakan pada minggu hadapan.

Pemenang dalam perlawanan ini akan bertarung dalam pusingan play-off ke UCL 2017/18, seterusnya akan mara ke peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN