Steven Gerrard Sudah Bersedia Persiapkan Lebih Banyak Bintang Untuk Liverpool

Steven Gerrard kini sudah bersedia dalam misi mempersiapkan pemain muda Liverpool untuk disalurkan ke skuad utama Juergen Klopp.

Bekas kapten Liverpool itu kini ditugaskan untuk mengendali  skiad Liverpool B-18 dan bersedia untuk mengharungi musim pertamanya bersama pemain-pemain sebagai ketua jurulatih.

Setelah menjawat tugasan tersebut pada awal bulan ini, Gerarrd sudah mengemudi skuad muda Liverpool itu memenangi dua perlawanan, menewaskan Burton Albion dan juga Rapid Vienna dalam perlawanan persahabatan pra musim.

Gerrard sudah tentu mengharapkan untuk mampu menggunakan pengalaman luasnya sebagai pemain untuk membentuk bakat yang terdapat di Akademi Kirby.

Sudah pasti Gerrard mengharapkan pemain bimbingannya menjadi nadi utama skuad utama Liverpool satu hari nanti.

Gerrard dipetik sebagai berkata:

“Klopp hanya akan memberikan peluang kepada pemain yang benar-benar bersedia. Pemain yang beliau sendiri akan lihat dan perhatikan untuk mendapat perhatian beliau sendiri.

“Klopp sedia memberikan peluang kepada pemain baharu. Tetapi mereka perlu menarik perhatian beliau terlebih dahulu.”

“Saya telah mencapai impian saya di kelab bola sepak ini. Sudah tentu saya memahami apa maknanya untuk menyertai skuad utama dan beraksi di dalam kesebelasan utama pada setiap minggu.”

“Saya faham perasaan mencapai kejayaan bersama skuad utama.”

“Sudah tentu saya mahu melihat lebih ramai pemain muda daripada akademi ini berjaya dipanggil ke skuad utama, beraksi di dalam kesebelasan utama dan membawa kejayaan kepada pasukan.”

“Sudah ramai pemain yang berasal daripada akademi dan berjaya mencapai kejayaan bersama skuad utama. Di Liverpool, mereka akan mendapat peluang sebegitu di bawah kendalian Juegen Klopp.”

“Jika mereka cukup bagus dan bersedia untuk bekerja keras untuk meningkatkan prestasi diri, saya pasti Klopp akan menyerap mereka masuk. Kita sudah melihat buktinya di kelab ini,” jelas Gerrard.

Gerrard turut berkata:

“Tugas saya ialah untuk meningkatkan prestasi pemain muda ini di atas padang, secara individu, dan secara kolektif untuk menjadikan mereka pemain profesional yang mempunyai sikap yang betul.”

“Kami perlu memastikan pemain ini tampil bukan sahaja dengan disiplin, tetapi turut tampil dengan disiplin seorang profesional di hadapan Klopp jika mereka dipanggil ke skuad utama.”

“Tidak ada gunanya jika mereka mempunyai bakat, dipanggil untuk menyertai skuad utama, namun lambat untuk menghadiri latihan,” ujar Gerrard lagi.

Gerrard menjelaskan untuk seorang pemain muda mencapai kejayaan, aspek teknikal bola sepak bukanlah satu-satunya perkara yang perlu dibangunkan.

Lebih daripada itu, ia bersifat holistik kerana seorang pemain bola sepak yang berjaya harus mempunyai sifat dan mentaliti untuk berjaya secara menyeluruh.

Sumber:

1. Glenn Price, ESPN FC (2017): Steven Gerrard preparing Liverpool’s U18 players for Jurgen Klopp; http://www.espnfcasia.com/liverpool/story/3166397/steven-gerrard-preparing-liverpools-u18-players-for-jurgen-klopp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN