Previu Kelayakan Piala Dunia 2018: Malaysia vs UAE

Malaysia vs UAE

  • Tarikh: 17 November , 2015
  • Masa: 20:45
  • Tempat: Stadium Shah Alam

Adakah Ong Kim Swee boleh melakukan keajaiban untuk menang perlawanan yang berlangsung di stadium kosong kali ini?

Rekod pertemuan

head

Pertemuan terakhir

UAE 10-0 Malaysia

Jumlah gol dalam 4 pertemuan

Malaysia: 1, UAE: 19

Rekod persembahan dalam 5 perlawnaan terakhir

last5

Nisbah jaringan gol setiap perlawanan (dalam 6 perlawanan terakhir)

Malaysia: 0.8 gol setiap perlawanan
UAE: 4.8 gol setiap perlawanan

Nisbah gol bolos setiap perlawanan (dalam 6 perlawanan terakhir)

Malaysia: 4.0 gol setiap perlawanan
UAE: 0.6 gol setiap perlawanan

Pemain tumpuan

Safiq Rahim

KAMZ1182-compressed

Pemain ini masih menjadi pemain penting skuad Malaysia dalam perlawanan besar. Namun ia bukan tugas mudah untuk Safiq Rahim untuk berdepan dengan pasukan yang meratah skuad negara 10-0.

Omar Abdulrahman

Antara pemain Asia yang mendapat perhatian media global dengan skil dan kreativiti di atas padang. Pemain licik ini sukar dikawal secara zonal atau man marking.

Analisis corak permainan

Malaysia

  • Cenderung bertahan sebelum melancarkan counter attack
  • Gemar bermain dengan hantaran direct ke arah penyerang utama
  • Agresif ketika bertahan

UAE

  • Gemar bermain dengan hantaran pendek yang fluid
  • Gemar menyerang melalui sayap kanan
  • Gemar bertahan dengan garisan defensif yang tinggi (high defensive line)
  • Setiasa melihat peluang untuk memegang penguasaan bola

Kekuatan

Malaysia

  • Mencipta gol melalui situasi set-pieces atau direct free kick

UAE

  • Mempunyai pemain dan corak permainan yang laju
  • Mampu memecah organisasi pertahanan lawan dengan corak permainan yang fluid
  • Tajam di depan gol
  • Mempunyai jentera tengah dan serangan yang boleh mencipta peluang gol secara berterusan
  • Bijak mengatasi perangkap offside

Kelemahan

Malaysia

  • Melakukan foul di kawasan bahaya
  • Kerap tewas dalam situasi 1v1
  • Lemah bertahan menentang pemain lincah dan berskil
  • Kurang kreatif di bahagian final third
  • Kurang dominan di bahagian tengah
  • Kurang tenaga dan stamina

UAE

  • Tidak ada kelemahan signifikan

Sebelum wisel

Jelas sekali ini perlawanan yang sukar untuk Malaysia. Namun saya memetik ayat klise, dalam bolasepak semua boleh terjadi.

Agak janggal untuk mengalah sebelum turun ke padang. Namun persediaan dari segi teknikal skuad kita serba pincang dengan penggantungan dan kecederaan.

Dari segi taktikal saya masih tak nampak identiti dan DNA taktikal skuad negara kita tahun ini. Dengan perubahan pada struktur jurulatih , ia menjadi lebih sukar.

Adakah Malaysia sudah ada plan khas berdepan sistem fluid football dengan kemampuan UAE mengubah taktik dengan cepat dan pantas?

Counter attacking yang berkesan adalah kunci utama disamping cuba mencipta peluang berterusan.

Saya sering menyatakan isu, jangan terbawa bawa ‘pace’ Liga M dalam peringkat setinggi ini.

Pemain perlu lebih segera (urgent) dan cepat berfikir dan bertindak bila ada bola. Perbaiki sistem bila tanpa bola.

Ini adalah pertarungan menentang pasukan yang lebih baik dari segi teknikal dan taktikal.

Saya berharap Malaysia dapat memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan ini.

Baca juga: Mengapa Kita Tak Bermain Free Flowing Football?

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN