7 Pemain Yang Mencipta Skill Mereka Sendiri: Zlatan, Quaresma, Berbatov, Zidane

Skill bola adalah antara satu sebab mengapa kita menonton perlawanan bola sepak.

Kebolehan pemain ‘menari’ dengan bola di kaki adalah satu kemahiran yang sangat berguna untuk menewaskan pemain lawan dalam situasi 1v1.

Terdapat beberapa pemain yang sangat berbakat sehingga mampu mencipta skill mereka sendiri (signature skill). Oleh itu, kami kumpulkan 10 pemain yang mempunyai signature skill mereka sendiri.

1. Carlo Costly (Honduras)

Skill: Fake back heel

Penyerang Honduras ini mungkin bukan penyerang terkenal bagi peminat bola sepak Eropah.

Tetapi di Honduras dan Mexico, Costly terkenal kerana gemar menipu pemain pertahanan dengan mengacah-acah untuk membuat backheel.

2. Ricardo Quaresma (Portugal)

Skill: Trivela

Ketika di zaman puncaknya, Quaresma terkenal dengan skill trivela – membuat hantaran/rembatan dengan bahagian kekura kaki.

Luka Modric dan Tomas Rosicky adalah antara pemain lain yang gemar menggunakan skill ini. Tetapi tak sekerap Quaresma.

3. Zlatan Ibrahimovic (Sweden)

Skill: Taekwondo pass/shot

Sebagai pemegang tali pinggang hitam dalam teakwondo, tidak hairanlah penyerang yang mempunyai ketinggian 1.95 meter ini mampu menggunakan kakinya untuk menyambut hantaran yang tinggi.

4. Alessandro del Piero (Itali)

Skill: Del Piero zone

Media Itali memanggil skil ini gol alla Del Piero kerana kekerapan del Piero menjaringkan gol dengan melakukan sepakan lambung yang melencong ke arah top corner pintu gol dari sayap kiri.

Skill beliau hampir sama dengan skill Thierry Henry ketika menjaringkan gol dari sayap kiri. Cuma Henry lebih gemar menyasarkan rembatannya ke arah bottom corner pintu gol.

5. Dimitar Berbatov (Bulgaria)

Skill: Berba spin

Ketika perlawanan menentang West Ham pada musim 2008/2009, Dimitar Berbatov melakukan skill ini untuk menyumbang 1 assist untuk Cristiano Ronaldo.

6. Zinedine Zidane (Perancis)

Skill: Zidane roulette

Mula-mula dipopularkan oleh Diego Maradona, Zidane roulette adalah skill yang membolehkan Zinedine Zidane mengubah arah lariannya tanpa dijangka oleh marker beliau.

Skill ini sentiasa membuatkan lawan berada di belakang badan Zidane – posisi yang anda tak mahu berada jika anda mahu merampas bola daripadanya.

Aiden McGeady adalah antara pemain yang kerap menggunakan skill ini. Tetapi beliau melakukan pusingan badannya pada 120 darjah, berbanding 180 darjah seperti yang dilakukan oleh Zidane.

7. Johan Cruyff (Belanda)

Skill: Cruyff turn

Dicipta oleh Johan Cruyff untuk menipu Jan Olsson ketika Belanda menentang Sweden dalam Piala Dunia 1974, skill ini digunakan untuk menipu pemain pertahanan yang menyangka anda mahu membuat hantaran.

Sebaliknya, anda menarik bola 180 darjah ke arah berlainan dan meninggalkan pemain pertahanan yang tertipu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN