Perlawanan pembukaan Kumpulan C diadakan seawal jam 6pm (waktu Malaysia) bertempat di Kazan Arena, Rusia.
Dua pasukan, dua gaya bola sepak yang berbeza akan bertembung apabila Perancis bertemu dengan Australia.
1. Bert van Marwijk
Kisah Bert van Marwijk dilantik sebagai jurulatih Australia selepas Ange Postecoglou meletakkan jawatan pada November tahun lalu agak dramatik.
Seleas Belanda gagal mara melepasi peringkat suku akhir, Euro 2008, Van Marwijk pantas dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaaan negaranya.
Dua tahun kemudian, Van Marwijk berjaya mengemudi Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan sejak kali terakhir Belanda tampil di perlawanan akhir ialah pada 1978.
Namun demikian, dua tahun kemudian kisahnya berbeza apabila Belanda tewas tiga perlawanan peringkat kumpulan secara berturut-turut.
Akhirnya Van Majwick terpaksa meninggalkan jawatan beliau bersama Belanda. Kemudian pengalaman bersama Hamburg terus mencalarkan reputasi beliau, sebelum akhirnya Van Majwick membawa diri ke Arab Saudi.
Akhirnya selepas dua tahun melatih Arab Saudi, Van Marwijk berjaya membawa negara tersebut layak ke Piala Dunia 2018 sejak kali terakhir tampil di pentas tersebut pada edisi 2006. Dalam perjalanan mengesahkan tempat ke Rusia, Arab Saudi bimbingan Van Wijk turut menafikan Australia.
Namun selepas tidak bersetuju dengan isu tuntutan gaji, Van Marwijk meninggalkan Arab Saudi pada September tahun lalu, sebelum menerima tawaran Australia dengan baki masa 4 bulan untuk mempersiapkan skuad Australia di Piala Dunia.
2. Paul Pogba
Konsistesi adalah musuh utama kepada Paul Pogba pada ketika ini.
Pemain berusia 25 tahun ini telah beroperasi di pelbagai posisi baik di bahagian tengah pertahanan dan juga serangan ketika bersama Manchester United.
Pengkritik sentisa berdebat mengenai posisi terbaik Griezmann. Kemampuan beliau sehingga menjaringkan dua gol ketika membantu United menewaskan City 3-2 sebagai pemain tengah menyerang akan sentiasa dikenang; sebagai antara yang terbaik pernah dipamerkan pada musim lalu.
Namun di dalam pasukan Perancis ini, Pogba bukan satu-satunya bintang utama. Mereka memiliki pemain lain seperti Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan juga Ousmane Dembele yang turut mempunyai sentuhan penyudah yang baik.
Mungkin Pogba harus mengambil kira kritikan Frank Lampard beberapa bulan yang lalu.
Kurangkan fancy football, lakukan hantaran mudah, atau dengan kata lain, Pogba harus tampil lebih matang secara individu di dalam permainannya.
3. Taktikal
Didier Deschamps dijangka akan menggunakan formasi 4-3-3 untuk pasukan Perancis. Berdasarkan pemain yang ada, formasi ini adalah yang terbaik untuk memastikan Perancis beraksi dengan bola sepak yang mempunyai fludity dalam free flowing football.
Tiga trio utama di hadapan mempunyai peranan yang besar untuk menjaringkan gol.
Kemudian ianya adalah gandingan Kante, Pogba, dan seorang lagi pemain dengan kemungkinan akan diberikan kepada Tolisso.
Di era Postecoglu, Australia gemar menggunakan formasi 3-4-2-1. Namun Van Marwijk mengubah struktur Australia kepada bentuk yang lebih dinamik dalam sistem moden 4-2-3-1.
Bezanya 4-2-3-1 Van Marwijk bertujuan untuk memastikan setiap bahagian stabiliti dan fungsi, berbanding bola sepak free flowing.
Australia beraksi dengan lebih agresif serta robust di dalam sistem ini berpandukan disiplin yang diterapkan oleh jurulatih dari Belanda itu.
Pemain tumpuan
Pada usia 38 tahun, Piala Dunia 2018 hampir pasti adalah pentas terakhir buat pemain veteran, Tim Cahill di pertandingan ini untuk Australia.
Jika dahulunya Cahill adalah seorang pemain tengah, di Rusia Cahill akan diturunkan pada babak kedua perlawanan dan akan mengambil peranan sebagai penyerang, ataupun sebagai penyerang kedua pasukan.
Pengalaman dan keupayaan beliau pasti masih boleh memberi nilai tambah kepada bahagian serangan Australia.
Di kem Perancis, mata pasti tertumpu kepada kemunculan sulung Kylian Mbappe di kejohanan utama pentas antarabangsa.
Selepas dua musim menakjubkan bersama Monaco dan kemudiannya Paris Satint-Germain, kini tiba masanya pemain muda ini membuktikan dirinya juga boleh beraksi di peringkat tertinggi bersama Perancis.
Sebelum sepak mula
Ia adalah pertembungan dua bola sepak berbeza. Di atas kertas, Perancis serba serbi mempunyai kelebihan.
Namun Piala Dunia adalah pentas berbeza, dan istilah underdog milik Australia dalam perlawanan ini seharusnya menjadi sebab mengapa Perancis harus lebih berhati-hati.