Rating Pemain Portugal vs Sepanyol, Ronaldo Hampir Sempurna, De Gea Menghampakan

Ronaldo menyamakan kedudukan pada detik akhir perlawanan untuk mengikat Sepanyol 3-3. Berikut adalah rating pemain yang kami berikan.

Portugal

Rui Patricio – 6.5

Tidak banyak melakukan aksi menyelamat pada malam ini.

Cedric – 6

Ada memberikan sokongan kepada bahagian sayap serangan. Tetapi secara defensif agak mudah ditewaskan oleh Isco dan Iniesta.

Jose Fonte – 6

Gagal mematikan beberapa ancaman di zon beliau. Bermasalah dengan bertahan bola rendah.

Pepe – 6

Bergelut untuk berkawal di pertahanan selepas Sepanyol mendapat rentak. Mudah ditewaskan Diego Costa untuk gol pembukaan dan gol kedua.

Raphael Guerreiro – 6

Beliau berhadapan dengan isu kurang sokongan ketika bertahan kerana Bruno Fernandes yang malas turun lebih kerap.

William Carvalho – 6.5

Secara defensif beliau kental untuk duel. Tetapi ketika menyerang, beliau kerap melakukan hantaran yang tak tepat

Joao Moutinho – 6

Sukar untuk menyaingi dominasi Sepanyol di bahagian tengah membuatkan Portugal kurang cengkaman di bulatan tengah.

Bruno Fernandes – 5.5

Ada masalah dengan ‘track back’ ataupun malas bertahan. Tidak hairanlah beliau dikeluarkan awal dalam perlawanan ini.

Bernardo Silva – 5.5

Gagal memberikan aksi lebih baik untuk memberikan servis kepada penyerang seperti mana yang beliau kerap lakukan di kelab musim ini.

Gonçalo Guedes – 5.5

Tidak pasti kenapa Fernando Santos tidak mengeluarkan beliau lebih awal. Malam ini beliau sangat gugup. Tidak terlibat dalam binaan serangan dan sangat lemah ‘connection’ dengan Ronaldo.

Mujur sempat melakukan assist kepada Ronaldo, beliau patut berterima kasih kepada kesilapan penjaga gol David De Gea.

Cristiano Ronaldo – 9.0

Hampir sempurna. Beliau meletakkan pasukan beliau di hadapan menerusi sepakan penalti dan kemudian menjaringkan hatrik dengan sepakan percuma kelas dunia untuk menyelamatkan Portugal daripada kekalahan sekali lagi.

Pemain gantian:

Joao Mario – 6

Beliau dimasukkan untuk membantu barisan pertahanan. Agak terhad aksi pada kali ini

Ricardo Quaresma – 6

Hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini selepas satu kawalan bola dan gelecekan yang kemas.

Andre Silva – N/A

Sepanyol

De Gea – 5.5

Bukan David De Gea yang kita kenal. Anda mungkin tak percaya dengan rating ini jika anda tak menonton perlawanan awal pagi tadi.

Melakukan kesilapan penjaga gol. Kemudian hampir dihukum kerana teragak-agak selepas keluar daripada garisan beliau.

Nacho – 6.5

Nacho adalah racun, dan dia juga penawar. Melakukan kesilapan pertahanan dengan gaya ‘lazy defending’. Namun beliau menebusnya dengan gol pendahuluan menerusi ‘screamer’.

Hanya gol sepakan percuma Ronaldo membuatkan orang tak bercerita pasal gol tersebut.

Pique – 6.5

Hilang fokus membuatkan beliau melakukan kesilapan memberikan sepakan percuma kepada Portugal pada minit akhir perlawanan. Dan mereka dihukum.

Sergio Ramos – 7

Banyak melakukan pintasan. Beliau banyak membantu serangan dengan gerakan yang dinamik. Pemain pertahanan terbaik pada malam ini.

Jordi Alba – 7

Memberikan ancaman menerusi larian lewat yang bertenaga. Beliau juga bertahan dengan baik dalam perlawanan ini membuatkan Bernardo Silva tak mampu melakukan lebih banyak dalam perlawanan ini.

Busquets – 6.5

Tidak beraksi tahap terbaik ketika bertahan. Tetapi mencetuskan 2 gol Diego Costa dalam perlawanan ini.

Koke – 6

Perlu lebih cepat di dalam gerakan di kawasan padat. Koke juga tidak berada dalam prestasi optimum kali ini.

David Silva – 7

Menjadi salah satu pusat kreativiti Sepanyol dalam perlawanan ini. Beliau juga aktif melakukan tekanan kepada pemain lawan.

Isco – 7.5

Selesa dengan bola di kaki beliau. Menjadi pemain penting dalam usaha Sepanyol mencari rentak pada awal perlawanan. Hampir menjaringkan gol, sayangnya bola melantun atas garisan.

Iniesta – 7.5

Pemain paling veteran untuk Sepanyol ini membuktikan beliau masih ada sesuatu untuk ditawarkan kepada pasukan. Melakukan 2 percubaan bahaya yang hampir menerjah gawang. Beliau aktif memasuki kawasan penalti lawan.

Diego Costa – 8

Ini aksi terbaik Diego Costa dalam persalinan baju La Roja. Beliau bertindak sendiri untuk gol pertama. Pada gol kedua beliau berada di kawasan pada masa yang tepat.

Pemain gantian

Thiago Alcantara – 5.5

Gagal memberikan perubahan ataupun mengekalkan intensiti pasukan. Beliau dimasukkan untuk ‘caj’ semula tenaga pasukan di bahagian tengah.

Iago Aspas – 5.5

Tidak begitu banyak untuk diceritakan. Kerana pada fasa beliau dimasukkan, Sepanyol sudah menurunkan intensiti untuk mempertahankan kedudukan 3-2.

Lucas Vazquez – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN