Previu Fantasy Premier League: Minggu 35

Jika pada gameweek lepas terdapat 15 perlawanan yang berlangsung, pada gameweek ini cuma ada 7 perlawanan yang berlangsung.

Hal ini berikutan disebabkan untuk memberi laluan kepada beberapa pasukan seperti Everton, Man Utd, Watford dan Crystal Palace yang terlibat dengan FA Cup.

Mampukah Riyad Mahrez menyerlah buat Leicester selepas ketiadaan Jamie Vardy?

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 35 nanti:

Penjaga Gol

joehart-getty0110-750

Stoke City sedang mengalami pertahanan yang teruk ketika ini.

Ketiadaan Jack Butland benar-benar telah menghukum mereka.

Untuk 2 perlawanan terakhir, Stoke City bolos dengan 8 goal dan hanya berjaya menjaringkan 1 goal.

Berbeza dengan Joe Hart (£5.6) yang berjaya mendapatkan clean sheet ketika menentang Chelsea.

Pada minggu ini, Man City bakal bertemu Stoke City dimana sedikit sebanyak bakal memberi peluang buat Joe Hart mencatatkan clean sheet sekali lagi.

Spurs juga antara pasukan yang mempunyai rekod yang baik dalam pertahanan.

Memilih Hugo Lloris (£5.4) yang bakal bertemu West Brom pada minggu ini bukanlah pilihan yang silap.

Pertahanan

LIVERPOOL, ENGLAND - Sunday, March 22, 2015: Liverpool's Mamadou Sakho in action against Manchester United during the Premier League match at Anfield. (Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

West Brom, Swansea, Aston Villa antara pasukan yang gagal untuk menyerang dengan baik.

Pemilihan Van Dijk (£5.7), Fuchs (£5.1) dan Toby Alderweireld (£6.4) merupakan pilihan yang baik memandangkan mereka akan bertemu pasukan-pasukan ini.

Selain itu, prestasi Mamadou Sakho (£4.7) ketika ini juga boleh dikatakan sangat baik serta kerap menjaringkan gol. Liverpool bakal bertemu dengan squad kendalian Rafa Benitez yang kemungkinan akan memberi saingan untuk kekal berada di EPL.

Anda juga boleh mempertimbangkan Hector Bellerin (£6.5) yang akan bertemu dengan Sunderland.

Pemain Tengah

1738822-36774666-2560-1440

Tidak dinafikan, Alexis Sanchez (£11.0) sedang berada di dalam prestasi yang sangat baik ketika ini.

Sanchez berjaya menjaringkan 3 goal semasa gameweek lepas sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kami percaya Riyad Mahrez (£7.3) mampu mengisi kekosongan Jamie Vardy dengan baik. Claudio Ranieri juga yakin di dalam temuramah terbaru beliau.

Leicester bakal bertemu dengan Swansea pada minggu ini di halaman sendiri.

Selain Alexis Sanchez, Dele Alli (£6.3) antara pemain tengah yang sedang berada di dalam prestasi yang baik.

Beliau berjaya membantu Spurs untuk mendapatkan 2 gol menentang Stoke City pada gameweek lepas.

Roberto Firmino (£8.2) berjaya mengutip 14 mata pada gameweek lepas.

Beliau berjaya menjaringkan gol serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Dengan kelebihan kelebihan bermain di halaman sendiri kemungkinan Liverpool dapat buktikan sesuatu

Penyerang

Harry Kane

Jika pada bahagian tengah pemain yang sedang menyerlah ketika ini adalah Alexis Sanchez dan Dele Alli, pada bahagian penyerang pemain yang sangat menyerlah ketika ini adalah Harry Kane dan Sergio Aguero.

Harry Kane (£10.4) sekali lagi berjaya mendapatkan 2 gol semasa menentang Stoke City tempoh hari.

Dengan rekod 24 gol pada musim ini, Harry Kane benar-benar menunjukkan beliau sedang berada di dalam prestasi yang baik serta mendahului takhta sebagai penjaring terbanyak EPL musim ini.

Sergio Aguero (£13.6) berjaya menjaringkan 22 gol musim ini. Apa yang lebih menarik adalah Aguero berjaya lakukannya dengan kurang beberapa perlawanan berbanding Harry Kane dan Jamie Vardy.

Pada gameweek lepas, Aguero berjaya mendapatkan 4 gol termasuk jaringan hat-trick semasa menentang Chelsea.

Pilihan Kapten :Sergio Aguero (Man City) , Alexis Sanchez (Arsenal), Harry Kane (Spurs)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN