Minggu yang sangat memenatkan buat pemain EPL.
Di dalam masa 8 hari mereka harus berdepan dengan 3 perlawanan.
Beberapa kejutan yang berlaku pada gameweek lepas apabila beberapa pasukan yang berada di takhta liga tewas.
Minggu ini pastinya match of the week akan lebih tertumpu kepada perlawanan North London Derby antara Spurs menentang Arsenal
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 29 nanti:
Penjaga gol
Fraser Forster (£5.0) menjadi pilihan kami setelah berjaya mendapatkan 6 clean sheet daripada 8 perlawanan.
Meskipun 2 perlawanan terakhir mereka, Southampton bolos dengan 4 goal kami yakin Southampton mempunyai peluang untuk bangkit semula apabila bermain di halaman sendiri pada minggu ini.
Tambahan pula Sunderland mengalami masalah untuk mendapatkan gol apabila menentang di tempat pihak lawan.
Joe Hart (£5.5) bakal menentang Aston Villa pada minggu ini di halaman sendiri.
Aston Villa sedang mengalami masalah untuk mendapatkan gol dan berada di tercorot liga memberi peluang yang besar buat Man City mendapatkan clean sheet.
Pertahanan
Ivanovic (£6.6) antara pemain yang bermain dengan baik pada gameweek lepas menentang Norwich City.
Beliau berjaya mendapat gol kemenangan pada perlawanan tersebut.
Man Utd nampaknya berjaya untuk menahan asakan serangan Watford tempoh hari.
Marcos Rojo (£5.0) antara pemain yang beraksi dengan baik berjaya mendapatkan clean sheet.
Masalah Newcastle untuk menjaringkan gol bakal memberi kelebihan buat Bournemouth pada minggu ini.
Charlie Daniel (£4.8) antara pilihan yang baik dengan harga yang rendah serta berjaya mengutip 17 mata buat Bournemouth.
Pemain Tengah
Michail Antonio (£5.4) telah menjadi hero buat West Ham di dalam 2 perlawanan dimana kedua dua perlawanan tersebut berakhir dengan gol tunggal.
Kualiti yang ditampilkan oleh Antonio juga sangat baik dan harganya yang rendah antara sebab anda perlukan dapatkan beliau.
Lennon (£5.6) antara pemain yang semakin rajin menjaringkan gol buat Everton.
Lennon berjaya mendapatkan 3 goal dan 1 assist di dalam 4 perlawanan terakhir.
Kelebihan bermain di halaman sendiri pada minggu ini bakal memberi kelebihan buat Lennon.
Dimitri Payet (£8.3) antara pemain yang beraksi dengan baik untuk beberapa minggu ini.
Payet berjaya mendapatkan 1 gol dan 2 assist di dalam 3 perlawanan terakhir. Statistik ini juga dikongsi bersama pemain tengah Bournemouth iaitu Matt Ritchie (£4.8) yang berjaya mendapatkan 2 assist di dalam perlawanan terakhir.
Penyerang
Setelah beberapa minggu sunyi tanpa gol nampaknya Lukaku (£8.8) kembali kepada prestasi yang baik apabila berjaya mendapatkan 2 gol di dalam 3 perlawanan terakhir.
Pada minggu ini, penyerang berbisa Man City iaitu Sergio Aguero bakal berdepan dengan pihak lawan yang mempunyai masalah di bahagian pertahanan iaitu Aston Villa.
Kami yakin Aguero (£13.5) bakal mendapatkan gol apabila berdepan dengan Aston Villa, lebih-lebih lagi apabila bermain di halaman sendiri.
Anda juga boleh mempertimbangkan pemain muda Manchester United iaitu Marcos Rashford (£4.6) berikutan prestasi beliau yang baik akhir-akhir ini serta harganya yang murah.
Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) , Romelu Lukaku (Everton) , Michail Antonio (West Ham)