Previu Fantasy Premier League: Minggu 27

Hampir 2 minggu FPL berehat berikutan perlawanan FA Cup.

Minggu ini cuma 8 daripada 10 perlawanan yang akan berlangsung. Pada masa yang sama perlawanan Final Capital One Cup juga pada minggu ini diantara Manchester City menentang Liverpool.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 27 nanti:

Penjaga Gol

4awAT

Kasper Schmeichel (£4.6) antara pemain yang beraksi dengan cemerlang semasa perlawanan menentang Arsenal.

Terdapat beberapa save yang menjadi penyelamat buat Leicester daripada bolos lebih banyak.

Minggu ini Leicester City akan beraksi di halaman sendiri menentang Norwich City yang mempunyai prestasi yang kurang menentu pada musim ini.

Kami jangkakan Kasper Schmeichel bakal mendapatkan clean sheet.

Boaz Myhill (£4.5) berjaya menyekat serangan Everton pada gameweek lepas di Goodison Park.

Myhill yang mempunyai harga rendah juga bakal menentang pasukan yang kurang konsisten akhir-akhir ini iaitu Crystal Palace.

Pertahanan

Felix-11

Antara pemain pertahanan yang wajib anda dapatkan adalah pemain pertahanan dari Southampton.

Kami cadangkan anda dapatkan Jose Fonte (£5.5).

Antara sebab utama kami cadangkan anda dapatkan pemain pertahanan Southampton adalah disebabkan Southampton berjaya mendapatkan 6 clean sheet di dalam 6 perlawanan terakhir.

Suatu rekod yang susah untuk dibuat oleh pasukan di dalam EPL  pada musim ini.

Selain itu, Fonte pada musim ini sudah berjaya meraih 13 mata bonus serta konsisten bermain di dalam setiap perlawanan.

Pertahanan Leicester City boleh dikatakan agak baik walaupun terpaksa menerima kekalahan pada minit-minit akhir keatas Arsenal.

Kami cadangkan Robert Huth(£4.6) memandangkan beliau rajin menyerang dan konsisten bermain buat Leicester.

Spurs bakal bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Swansea dimana gagal untuk mengutip sebarang mata pada gameweek sebelum ini

Eric Dier(£5.4) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini. Harganya juga boleh dikatakan agak rendah iaitu (£5.4)

Pemain Tengah

Dimitri-Payet-West-Ham1

Dimitri Payet (£8.3) nampaknya kembali kepada prestasi sebenar setelah beberapa minggu sunyi tanpa sebarang gol.

Payet berjaya menjaringkan 1 gol dan 1 assist pada minggu lepas. 3 mata penuh bonus diberikan berikutan prestasi beliau yang baik.

Kad merah yang diberikan kepada Danny Simpson pada gameweek lepas telah memaksa Leicester City untuk bermain dengan 10 orang dimana peluang untuk Leicester City menyerang agak terbatas.

Untuk 4 perlawanan terakhir, Riyad Mahrez (£7.2) telah berjaya menjaringkan 1 gol dan 3 assist buat Leicester City.

Kami yakin Riyad Mahrez mampu buktikan kemampuan beliau apabila bertemu Norwich City pada minggu ini.

Mesut Ozil (£9.9) beraksi dengan sangat cemerlang menentang Leicester City.

Beliau berjaya mendapatkan assist ke-17 beliau pada musim ini.

Menentang pasukan Man Utd yang mempunyai masalah di bahagian set piece bakal memberi peluang buat Ozil mendapatkan assist dan gol.

Penyerang

ighalo-deeney

Dengan ketiadaan Lukaku dan Aguero bermain pada minggu ini, kami memilih Jamie Vardy dan Troy Deeney sebagai penyerang.

Prestasi Jamie Vardy (£7.6) boleh dikatakan agak baik dengan 4 gol dalam 4 perlawanan terakhir.

Troy Deeney (£5.2) dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan minggu lepas selepas berjaya menjaringkan 2 gol buat Watford menentang Crystal Palace.

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk dapatkan Ighalo (£6.2) memandangkan Ighalo lebih konsisten menjaringkan gol buat Watford.

Tambahan pula, Bournemouth ketika ini dilanda masalah pertahanan bakal memberi peluang yang besar buat Watford menjaringkan gol.

Harry Kane (£10.1) dikatakan fit untuk bermain pada minggu ini selepas terlepas perlawanan Europa League menentang Fiorentina.

Kesemua mereka ini akan bermain di halaman sendiri pada minggu ini.

Pilihan Kapten : Jamie Vardy (Leicester City) ,  Dimitri Payet (West Ham) , Riyad Mahrez (Leicester City)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN