Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Panduan Memilih Sarung Tangan Penjaga Gol

Teknologi sarung tangan penjaga gol sudah banyak berubah sejak kepopularan penggunaannya dalam dunia bola sepak pada era 1970-an.

Ketika ini terdapat banyak jenis sarung tangan yang berbeza-beza untuk penjaga gol.

Ada yang menawarkan cengkaman yang bagus. Ada yang menawarkan perlindungan kepada jari. Ada yang boleh melakukan kedua-duanya.

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda jenis-jenis sarung tangan yang ada, bagaimana nak memilih sarung tangan yang paling sesuai untuk anda dan perbezaan sarung tangan yang berharga RM50 dengan RM500.

Anatomi sarung tangan penjaga gol

1) Backhand (bahagian belakang tangan)

75317.163-719x480

Pembuat sarung tangan penjaga gol tahu kepentingan melindungi bahagian backhand kerana kadang kala, penjaga gol perlu menumbuk keluar bola dari kawasan berbahaya.

Sarung tangan yang murah biasanya hanya mempunyai satu lapisan busa (foam) di bahagian backhand.

Sarung tangan yang mahal dan berkualiti tinggi pula mempunyai lapisan getah (latex) yang jauh lebih tebal berbanding lapisan busa. Jadi apabila anda menumbuk bola, taklah tangan anda terasa sakit.

2) Palm (bahagian tapak tangan)

rolled

Fungsi utama bahagian palm dalam sarung tangan penjaga gol adalah untuk memberi perlindungan dan cengkaman yang baik kepada tapak tangan.

Sarung tangan yang mahal biasanya dilapisi oleh lapisan getah untuk memberi cengkaman yang baik. Lapisan getahnya pula tebal untuk menyerap kuasa sepakan bola dan memberi perlindungan kepada tapak tangan penjaga gol.

Sarung tangan yang murah pula kurang cengkamannya tetapi lebih tahan lama. Oleh itu, ia banyak digunakan oleh penjaga gol dalam latihan saja.

3) Closure (bahagian ikatan sarung tangan)

IMG_0215-720x480

Aspek ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah penjaga gol, tetapi ikatan sarung tangan yang selesa membolehkan anda sentiasa fokus kepada perlawanan. Bukannya sentiasa membetulkan ikatan sarung tangan.

Ada 3 jenis ikatan:

(a) Hook and loop

Ikatan hook and loop adalah ikatan paling ringkas dan selalu digunakan.

(b) Bandage

Seperti bandage dalam rawatan kecemasan, tali ikatannya panjang dan boleh diregangkan. Jadi anda boleh membuatkan ikatan sarung tangan menjadi lebih ketat dan kukuh.

(c) V-notch

vnotch1

Berbeza dengan tali ikatan bandage yang panjang dan boleh diregangkan, tali ikatan V-notch lebih pendek, tebal dan tak boleh diregangkan.

4) Fingers (bahagian jari)

Ada sarung tangan yang longgar potongannya di bahagian jari untuk memberi keselesaan kepada jari penjaga gol untuk bergerak.

Ada pula sarung tangan yang lebih ketat potongannya di bahagian jari untuk memberi kawalan lebih kemas kepada jari penjaga gol apabila menangkap bola.

Aspek ini tidak bergantung bajet, sebaliknya lebih bergantung kepada keselesaan dan pilihan peribadi penjaga gol.

Jenis-jenis potongan sarung tangan penjaga gol

Potongan sarung tangan merujuk kepada cara bahagian tapak tangan dibina.

1) Flat

Potongan flat adalah potongan yang tradisional dan biasa digunakan oleh kebanyakan penjaga gol.

Dalam potongan ini, bahagian palm sarung tangan yang diperbuat daripada sekeping lapisan busa yang dijahit dari luar dengan sekeping lagi lapisan busa di bahagian backhand.

Apabila disarung, ia memberi rasa longgar. Dan ia juga kelihatan seperti ‘kotak’ di bahagian jari.

2) Rolled

Berbanding potongan flat yang nampak seperti kotak di bahagian jari, potongan rolled nampak lebih ‘bulat’.

Potongan rolled juga membuatkan sarung tangan nampak lebih besar dan ‘gemuk’ berbanding potongan flat daripada saiz sama.

Potongan ini bukan sahaja memberi rasa selesa dan fit apabila dipakai, malah memberikan cengkaman terbaik terhadap bola kerana adanya permukaan getah yang sangat besar.

3) Negative

Potongan negative hampir sama dengan potongan flat. Cuma bezanya, bahagian palm dan backhand dijahit dari dalam. Bukannya dari luar seperti potongan flat.

Jika potongan flat nampak macam ‘kotak’ dan potongan rolled nampak ‘gemuk’, potongan negative pula nampak paling hampir dengan tangan sebenar.

Potongan ini sesuai untuk penjaga gol yang mempunyai jari yang kurus kerana ia membolehkan jari mereka mendapat kawalan yang lebih baik.

Bagaimana tentukan saiz sarung tangan yang sesuai?

glove sizing

Apabila memilih sarung tangan penjaga gol, anda perlu pastikan ianya tak terlalu ketat.

Sarung tangan yang terlalu ketat bukan sahaja membuatkan anda tidak selesa, malah membuatkan sarung tangan cepat rosak.

Untuk menentukan saiz sarung tangan anda:

1. Kira ukur lilit tapak tangan anda dalam inci (seperti gambar bawah).

sizing glove

2. Kemudian tambah 1 inci untuk kepada saiz tapak tangan anda. Contohnya jika saiz tangan anda adalah 8 inci, saiz sarung tangan yang anda patut beli adalah saiz 9 inci.

3. Jika saiz tapak tangan anda adalah 8.5 inci, genapkan kepada perpuluhan terhampir (dalam kes ini saiz 9). Jadi saiz sarung tangan anda adalah saiz 10.

3. Jika anda tidak mempunyai pita pengukur, gunakan saiz kasut anda (saiz US) sebagai rujukan.

4. Jika saiz kasut anda adalah saiz 7 US, saiz sarung tangan yang anda patut beli adalah saiz 8. Jika saiz kasut anda adalah saiz 7.5 US, saiz sarung tangan yang anda perlu beli adalah saiz 9.

Mengapa harga saiz sarung tangan penjaga gol berbeza-beza?

Harga sarung tangan penjaga gol berbeza-beza mengikut kualiti cengkaman yang ditawarkan.

gripping

Dengan sarung tahan yang mahal, anda mendapat cengkaman yang sangat baik tetapi kurang lasak dan cepat rosak.

Manakala dengan sarung tangan murah, cengkamannya mungkin tak bagus tetapi tahan lasak dan lambat rosak.

Sarung tangan mahal

  • lebih lembut permukaan tapak tangannya untuk memberi lebih banyak cengkaman
  • direka untuk memberi persembahan maksimum dalam jangka masa pendek

Sarung tangan murah

  • lebih keras permukaannya sekaligus membuatkannya tahan lasak
  • sesuai untuk futsal
  • sesuai untuk penjaga gol amatur dan tak berpengalaman

Sarung tangan dengan teknologi finger protection

Guard_Finger_Protection_System

Kadang-kala, anda akan terjumpa sarung tangan penjaga gol yang mempunyai teknologi perlindungan jari (finger protection) di bahagian backhand.

Secara asasnya sarung tangan ini dilengkapi dengan kepingan plastik (keras atau fleksibel) di bahagian jari dalam sarung tangan untuk menghalang jari daripada tercedera.

Fingersave_Allround_CL_main

Sarung tangan yang dilengkapi teknologi ini popular dan direkomendasi untuk penjaga gol muda (di peringkat sekolah) dan penjaga gol yang kerap mendapat kecederaan jari apabila menepis dan menangkap bola.

Adidas menamakan teknologi ini sebagai Fingersave pada sarung tangan keluaran mereka.

Baca juga: Panduan Memilih Kasut Bola Dengan Studs Yang Betul

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!