Sedar tak sedar FPL sudah sampai ke Minggu 23
Maknanya tinggal 15 gameweek sahaja lagi
Minggu 22 menunjukkan Man City berada di dalam prestasi yang baik setelah berjaya menundukkan Crystal Palace dengan 4 – 0
Man Utd pula berjaya mengalahkan Liverpool di dalam Match of the week.
Berikut adalah tips FPL untuk minggu 23 nanti:
Penjaga Gol
Kami memilih Jack Butland (£5.3) untuk penjaga gol pada minggu ini.
Jack Butland merupakan penjaga gol yang mempunyai kutipan mata tertinggi di FPL dengan 12 mata bonus.
Butland memaparkan aksi yang baik semasa menentang Arsenal pada minggu lepas.
Stoke City akan bertemu Leicester pada minggu ini di halaman lawan.
Faktor prestasi Leicester yang kurang baik ketika ini kemungkinan akan memberi peluang untuk Jack Butland mendapatkan clean sheet ke-10 beliau.
David De Gea (£5.6) berjaya menghalang Liverpool dari mendapatkan gol di Anfield pada minggu lepas.
De gea juga berjaya mendapatkan 2 mata bonus untuk perlawanan tersebut.
Bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Southampton sedikit sebanyak memberi peluang buat De Gea mendapatkan clean sheet.
Pertahanan
Leighton Baines (£6.2) antara pemain yang banyak membantu Everton pada minggu lepas.
Baines berjaya mendapatkan 2 assist hasil jaringan Mirallas dan Funes Mori.
Charlie Daniels (£4.6) dari Bournemouth antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik.
Daniels berjaya mendapatkan 1 goal, 1 assist serta clean sheet sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Harganya jugak murah untuk kualiti yang pada beliau.
Glen Johnson (£5.3) antara pemain yang bermain dengan baik semasa menentang Arsenal.
John berjaya mendapat clean sheet serta 2 mata bonus.
Pemain Tengah
Wijnaldum (£7.0) muncul sebagai wira semasa menentang West Ham.
Wijnaldum berjaya mendapatkan 1 goal , 1 assist serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.
Setakat ini beliau berjaya mendapatkan 115 mata untuk FPL musim ini.
Menentang pasukan Watford yang sudah bolos 8 goal di dalam 5 perlawanan bakal memberi peluang yang lebih buat Wijnaldum menambah koleksi gol beliau pada musim ini.
David Silva (£9.9) antara pemain yang menyerlah semasa perlawanan menentang Crystal Palace pada minggu lepas.
Silva berjaya mendapatkan 1 goal dan 1 assist untuk perlawanan tersebut.
Ross Barkley (£7.3) antara pemain yang konsisten bermain pada musim ini.
Prestasi Barkley semasa bermain di halaman sendiri juga agak baik dengan 3 assist di dalam 3 perlawanan terakhir.
Everton bakal berdepan dengan lawan yang tidak begitu sukar selepas ini iaitu Swansea, Newcastle, Stoke dan West Ham
Dusan Tadic (£6.7) dan Ward Prowse (£5.5) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.
Masing masing berjaya mendapatkan 2 gol di dalam 2 perlawanan terakhir.
Selain Man City, Spurs juga antara pasukan yang berjaya mendapatkan kemenangan besar pada minggu lepas.
Eriksen (£8.3) berjaya menyumbat 2 goal sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Penyerang
Nampaknya Aguero (£13.3) kembali bermain di dalam prestasi yang baik setelah berjaya mendapatkan 2 goal dan 1 assist semasa menentang Crystal Palace.
Walaupun harganya agak mahal, prestasi beliau semasa top form sangat berbaloi untuk anda dapatkan.
Man City bakal untuk West Ham, Sunderland, Leicester selepas ini memberikan peluang yang lebih buat Aguero mendapatkan gol.
Wayne Rooney (£10.0) muncul sebagai penyelamat buat Man Utd di Anfield setelah berjaya mendapatkan gol tunggal untuk perlawanan tersebut.
Setakat ini, Rooney berjaya mendapatkan 5 goal dan 1 assist untuk 4 perlawanan terakhir.
Meskipun sudah sunyi tanpa gol untuk 3 perlawanan terakhir, kami masih percaya Lukaku (£9.2) mampu buktikan sesuatu semasa menentang Swansea nanti.
Tambahan pula, prestasi Swansea ketika ini tidak begitu baik.
Swansea sekadar berjaya mendapatkan 1 kemenangan untuk 4 perlawanan terakhir.
Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) , Romelu Lukaku (Everton) , Wijnaldum (Newcastle)