Previu Fantasy Premier League: Minggu 16

Minggu ini kita dapat saksikan pasukan pasukan yang berada di tangga teratas bakal berdepan dengan pasukan yang berada tercorot liga.

Hat-trick dari Raheem Sterling, Olivier Giroud dan Erik Lamela semasa kejuaraan liga eropah benar benar menunjukkan mereka berada di dalam pretasi yang terbaik.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 16 nanti:

Penjaga Gol

football-stokes-jack-butland-celebrates

Siapa sangka penjaga gol Stoke City ini telah berjaya mendapatkan 6 clean sheet daripada 8 perlawanan terakhir di BPL. Minggu lepas Butland sekali lagi berjaya mendapatkan clean sheet apabila Stoke City berjaya menghalang Man City daripada mendapatkan goal di Brittania Stadium.

Harga bagi Butland juga agak releven iaitu £4.9 dan setakat ini beliau sudah berjaya mengutip 74 mata untuk FPL musim ini.

Masalah menjaringkan gol dan moral pasukan yang sedang teruk kemungkinan dapat memberi kelebihan buat Joe Hart mendapatkan clean sheet.

Bukan itu sahaja, Swansea City juga telah gagal mendapatkan sebarang goal untuk 2 perlawanan berturut turut dan pengurus mereka, Gary Monk telah digugurkan jawatan.

Pertahanan

PALACE_2175460a

Pilihan: Toby Alderweireld (£5.6, Tottenham), Hector Bellerin (£5.9, Arsenal) , Scott Dann (£5.3, Crystal Palace)

Alderweireld sudah berjaya menjaringkan 2 goal dan 2 assist juga mendapat 7 markah bonus untuk musim ini.

Menentang pasukan ketiga tercorot liga iaitu Newcastle sudah pasti sedikit sebanyak dapat memberi peluang buat pasukan Tottenham Hotspurs yang bermain di halaman sendiri menambah bilangan clean sheet mereka.

Prestasi Arsenal semasa menentang Olympiacos menceritakan segalanya. Mereka berjaya mendapatkan clean sheet di gelanggang lawan serta berjaya mendapatkan 3 goal.

Minggu ini Arsenal akan berdepan dengan Aston Villa yang kini sedang mengalami masalah dan dijangka peluang Arsenal untuk mendapatkan clean sheet akan lebih mudah.

Scott Dann pemain yang berjaya menjaringkan gol pada minggu lepas semasa menentang Everton bukan sahaja murah tetapi efektif.

Setakat ini Dann berjaya memperoleh 3 goal, 1 assist dan 10 markah bonus. Crystal Palace yang bermain di halaman sendiri untuk minggu ini sedikit sebanyak memberi kelebihan buat mereka.

Pemain Tengah

Manchester-City-v-Roma

Pilihan: Erik Lamela (£6.8, Tottenham), Raheem Sterling (£8.9, Man City),  Mesut Ozil (£9.6, Arsenal) , Riyad Mahrez (£7.6, Leicester)

Pemain yang berasal dari Argentina ini baru sahaja menyelesaikan Hat – trick pada kejohanan Uefa Europa League menentang Monaco.

Apa yang lebih menarik beliau berjaya mendapatkan hat – trick sebelum separuh masa pertama tamat. Dengan harganya yang murah , pemain ini antara pemain yang berbaloi untuk diambil.

Jika anda sedang mencari pemain tengah yang murah tetapi efektif, Dele Alli (£5.0) merupakan pilihan yang baik. Setakat ini Dele Alli sudah berjaya menjaringkan 3 goal dan 3 assist.

Raheem Sterling juga antara pemain yang berjaya mendapatkan hat trick di kejuaraan peringkat eropah pada minggu ini. Boleh dikatakan Pemain yang baru berusia 21 tahun ini sedang berada di dalam pretasi yang baik.

David Silva (£10.0) juga antara pemain menyinar untuk perlawanan Manchester City menentang Borussia Mönchengladbach. Kehadiran beliau di dalam squad sedikit sebanyak dapat menambah peluang gol buat Manchester City.

Mesut Ozil meneruskan prestasi terbaik beliau pada minggu lepas juga di UCL. Ozil kini merupakan pemain yang mempunyai jumlah assist tertinggi BPL dengan 12 assist.

Minggu lepas kita dapat perhatikan pemain tengah Leicester City iaitu Riyad Mahrez menyambut hat trick pertama di dalam karier beliau.

Minggu ini Mahrez akan berdepan dengan pasukan yang tidak begitu konsisten iaitu Chelsea dan dijangka dapat meneruskan rekod baik beliau di halaman sendiri.

Penyerang

Olivier-Giroud-Arsenal-Middlesbrough-FA-Cup

Pilihan: Olivier Giroud (£8.9, Arsenal), Romelo Lukaku (£9.1, Everton), Jamie Vardy (£7.6, Leicester City)

Olivier Giroud muncul hero di Greece buat Arsenal di saingan UCL setelah berjaya menjaringkan hat – trick pertama beliau untuk Arsenal. Bukan itu sahaja, prestasi Giroud di BPL juga boleh dikatakan konsisten.

Romelo Lukaku juga tidak kurang hebatnya, Lukaku berjaya menjaringkan gol di dalam 5 perlawanan berturut turut. Setakat musim ini sahaja Lukaku sudah berjaya mendapatkan 11 goal dan 4 asisst.

Masih belum terlambat jika anda belum mendapatkan Lukaku kerana 3 perlawanan Everton selepas ini bukanlah daripada pasukan yang besar.

Jamie Vardy menamatkan rekod jaringan berturut turut pada minggu lepas. Namun begitu, harga Vardy yang boleh dikatakan masih murah untuk rekod dan prestasi beliau, masih releven untuk berada di dalam pasukan anda.

Cadangan kapten: Olivier Giroud (Arsenal), Mesut Ozil (Arsenal), Romelo Lukaku (Everton)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN