Pesta Bola Inter ANSARA Medan Bekas Pelajar MRSM Membentuk ANSARA FC

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) berhasrat untuk menubuhkan pasukan rasmi pertama mereka, ANSARA FC selepas Pesta Bola Inter ANSARA 2015 nanti.

Menurut ANSARA, ANSARA FC akan menyertai kejohanan bola sepak di seluruh negara dan liga-liga profesional.

Pesta Bola Inter ANSARA 2015 yang bakal dilangsungkan pada 12 Disember 2015 (Sabtu) di kampus Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari jam 8 pagi hingga 6 petang itu bakal menjadi medan pemilihan pemain ANSARA FC.

Pesta Bola - Backdrop 20ft x 6ft-01 (1) (1)

ANSARA yang ditubuhkan pada 1978 dan mempunyai 50 cawangan MRSM di seluruh negara berhasrat untuk memilih 80 pemain terbaik.

80 pemain ini akan melalui saringan sebelum dapat mewakili ANSARA FC yang terdiri daripada 2 pasukan.

Acara sulung ini bakal dianjurkan oleh ANSARA Jelebu/Kuala Klawang yang terdiri daripada bekas pelajar MRSM Jelebu/Kuala Klawang.

Sebanyak 32 pasukan yang terdiri daripada bekas pelajar MRSM seluruh Malaysia akan beraksi dalam 68 perlawanan sepanjang Pesta Bola Inter ANSARA 2015.

PestaBola - Scoreboard Banner 10 x 8ft (Schedule - Sponsors)-01-compressed

Pesta Bola Inter ANSARA 2015 ini turut dimeriahkan dengan khemah jualan makanan, minuman, fesyen dan aksesori. Bekas pelajar MRSM dan orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara.

Pesta Bola - Poster Promo Sponsor-01-compressed

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN