PREVIU FANTASY PREMIER LEAGUE: MINGGU 15

Minggu ini Arsenal, Chelsea dan Liverpool bakal bertemu dengan pihak lawan yang agak mudah.

West Ham pula impikan kemenangan di gelanggang Old Trafford setelah berjaya menumpaskan pasukan pasukan besar yang lain sebelum ini di gelanggang pihak lawan.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 15 nanti:

Penjaga Gol

De-Gea

Pilihan: David De Gea (£5.6, Manchester United) , Simon Mignolet (£5.0, Liverpool)

David De Gea kini sudah berjaya mendapatkan 5 clean sheet di dalam 7 perlawanan. Suatu rekod yang sangat cemerlang buat penjaga gol.

Minggu ini mereka akan bertemu dengan West Ham di Old Trafford. Meskipun West Ham hebat di tempat lawan, harus diingat David De Gea juga kebal di tempat sendiri.

Liverpool meneruskan prestasi cemerlang mereka dibawah kendalian Jurgen Klopp dengan kemangan bergaya 6 – 1 keatas Southampton.

Liverpool akan bertemu dengan pasukan yang menjaringkan gol iaitu Newcastle dimana sedikit sebanyak bakal memberi kelebihan buat pertahanan Liverpool mendapatkan clean sheet.

Apa yang bagusnya, dalam 5 perlawanan akan datang, Liverpool akan tidak akan bertemu pasukan besar (Newcastle, West Brom, Watford, Leiceter, Sunderland).

Pertahanan

1758172

Pilihan: Chris Smalling (£6.8, Man United), Hector Bellerin (£5.9, Arsenal), Danny Rose (£5.2, Tottenham Hotspur)

Smalling bukan saja kerap melakukan clean sheet, malah persembahan beliau juga sering diberikan markah bonus. Ketika ini beliau sudah mengumpul 9 mata bonus, kedua tertinggi di liga selepas Aleksandar Kolarov (11).

Minggu ini juga akan menyaksikan kembalinya Hector Bellerin dalam kesebelasan utama Arsenal selepas pulih daripada kecederaan.

Jadi sesiapa yang mahu membeli full back yang banyak mencipta assist, anda boleh membeli Bellerin semula.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba Danny Rose dan Ryan Bertrand (£5.3, Southampton).

Pemain Tengah

Ross-Barkley-Everton-Player-Profile_2823705

Pilihan: Roberto Firmino (£8.1, Liverpool), Ross Barkley (£7.3, Everton),  Manuel Lanzini (£5.3, West Ham)

Ketika ini anda pasti pening kepala untuk mencari pengganti di bahagian tengah setelah Payet, Sanchez dan Coutinho. Bukan itu sahaja, Cazorla dikhabarkan akan direhatkan selama 3 bulan setelah mengalami kecederaan.

Pemain tengah yang sedang meningkat naik iaitu Ross Barkley juga sedang berada di dalam prestasi yang baik. Barkley berjaya menghasilkan 3 gol dan 2 assist di dalam 2 perlawanan.

Kecederaan Coutinho bermakna sedikit sebanyak memberi kelebihan buat Firmino untuk menyerang. Firmino berjaya mendapatkan 1 gol dan 2 assist di dalam 2 perlawanan terakhir di BPL.

Jika anda mahu alternatif yang lebih murah, anda juga boleh pilih James Milner yang hanya berharga £6.6 sahaja.

Kecederaan Payet juga bermakna, Manuel Lanzini akan menggantikan tugas Payet di tengah. Prestasi Lanzini juga tidak kurang hebatnya dengan 4 gol, 2 assist dan 9 mata bonus.

Oh sudahkah kami beritahu, Mesut Ozil £9.5 wajib berada dalam skuad FPL anda? Prestasi beliau untuk beberapa minggu ini menceritakan segalanya.

Penyerang

maxresdefault

Pilihan: Harry Kane (£9.7, Tottenham Hotspur), Romelo Lukaku (£9.0, Everton), Jamie Vardy (£7.6, Leicester City)

Ketika ini, tiga penyerang ini merupakan 3 penyerang yang berada di dalam prestasi yang sangat cemerlang.

Harry Kane yang mengalami rekod yang hambar di awal musim tampil dengan prestasi berbeza pada 5 perlawanan terakhir ini. Kane sudah berjaya menjaringkan 7 gol di dalam 5 perlawanan.

Romelo Lukaku juga tidak kurang hebatnya, Lukaku berjaya menjaringkan gol di dalam 4 perlawanan berturut turut. Setakat musim ini sahaja Lukaku sudah berjaya mendapatkan 10 goal dan 4 asisst.

Masih belum terlambat jika anda belum mendapatkan Lukaku kerana 4 perlawanan Everton selepas ini bukanlah daripada pasukan yang besar.

13 gol berturut turut di dalam 11 perlawanan terakhir. Jamie Vardy akhirnya berjaya memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Ruud Van Nisterooy iaitu menjaringkan gol di dalam 10 perlawanan berturut turut.

Sangatlah rugi jika Vardy tidak berada di dalam pasukan anda kerana harga beliau sangat rendah jika nak dibandingkan dengan prestasi beliau ketika ini.

Cadangan kapten: Mesut Ozil (Arsenal), Jamie Vardy (Leicester City)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN