Previu Fantasy Premier League: Minggu 1

Musim terbaru Liga Perdana Inggeris kembali lagi. Musim yang penuh dengan ‘hype’ serta perbincangan mengenai manager baru tidak kurang hebatnya berbanding pemain.

Sebagai permulaan untuk musim yang sangat ‘unpredictable’ ini, seharusnya sebagai pemain FPL harus menyediakan strategi dimana meletakkan target pemain manakah yang dijangkakan skor. Jika harganya mahal, pastikan berbaloi untuk anda dapatkan khidmat beliau.

Berdasarkan pemerhatian awal kami, dilihat kelab-kelab EPL musim ini banyak berbelanja untuk mendapatkan nama-nama besar di bahagian penyerang. Pelan terbaik untuk membolehkan anda tidak mempunyai masalah menukar pemain di bahagian penyerang adalah dengan berbelanja besar serta kurangkan perbelanjaan di bahagian midfield.

Contohnya, jika anda dapatkan Ibrahimovic (Man Utd) dan Sergio Aguero (Man City), anda tidak mempunyai masalah untuk menukar kepada striker lain yang lebih rendah harganya.

Masalah akan timbul jika anda seorang yang banyak berbelanja di bahagian pemain tengah seperti Payet dan Hazard dan tidak mempunyai baki wang yang cukup untuk mendapatkan striker yang berada di dalam prestasi yang baik pada harga yang tinggi.

Itu sahaja sedikit sebanyak pengenalan untuk musim terbaharu FPL 16/17, berikut merupakan tips sempena minggu pertama ini:

Penjaga gol

18A8045B259548BE91BA7FDB72580D16

Memandangkan musim ini masih baru, kami lebih berminat untuk menggunakan penjaga gol yang dapat digunakan secara long term atau dalam erti kata lain boleh diharap sepanjang musim. Berdasarkan rekod musim lepas, Petr Cech (Arsenal) , Joe Hart (Man City) , Schmeichel (Leicester) dan David De Gea (Man Utd) merupakan antara penjaga gol yang berjaya mengutip rekod clean sheet yang tertinggi.

Pada minggu ini kami lebih memihak kepada Joe Hart (£5.5) dan David De Gea (£5.5). Antara sebabnya adalah Petr Cech (£5.5) kemungkinan bakal berdepan masalah berikutan beberapa pertahanan Arsenal mengalami kecederaan begitu juga Schemeichel (£5.0) yang bakal bermain tanpa Robert Huth di hadapan beliau.

Dalam pada itu, David De Gea sebagai pemain yang paling banyak dipilih pemain FPL sebanyak 43.7%.

Pertahanan

341318b8-f9b1-11e5-91e4-cb0759506578_1280x720

Meskipun ketiadaan N’golo Kante’, kami yakin Leicester bukanlah pasukan yang sangat teruk. Claudio Ranieri masih mempunyai pelan atau peluang untuk bersaing di EPL. Jika gagal untuk merebut gelaran juara sekali lagi, berada di top 7 dilihat agak realistik. Memilih Christian Fuchs (£5.5) dan Wes Morgan (£5.0) antara pilihan yang baik.

Pastinya anda juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan salah seorang pemain pertahanan di bawah kendalian Pep Guardiola. Antara masalah yang sering dibincangkan adalah pemain manakah yang bakal digunakan Pep secara konsisten di Man City. Sebagai langkah selamat, kami memilih John Stones (£5.0) berikutan beliau merupakan pemain yang baru dibeli Man City. Beserta tanda harga yang mahal, kami pasti Man City tidak sabar untuk menggunakan khidmat beliau sepenuhnya.

Jose Mourinho sememangnya pengurus yang terkenal dengan sikap sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan kemenangan. Begitu juga mendapatkan clean sheet kecuali musim lepas. Dengan kehadiran Eric Bailly (£5.5) dan Luke Shaw (£5.5), Man Utd dilihat sebagai pasukan yang lebih solid di bahagian pertahanan. Peluang untuk Man Utd mendapatkan lebih banyak clean sheet berbanding Van Gaal juga dilihat lebih besar.

Crystal Palace bakal berdepan dengan pihak lawan yang tidak begitu sukar pada minggu ini iaitu West Brom. Mengukur daripada prestasi musim-musim sebelum ini, Scott Dann (£5.5) dan Damien Delaney (£5.0) antara pemain yang konsisten dan sesuai digunakan sebagai pelan jangka masa panjang. Berdasarkan harga yang tidak begitu mahal, mungkin mereka antara pemain yang perlu anda pertimbangkan.

Pemain tengah

West-Ham-vs-Newcastle

Dimitri Payet (£9.5) dipilih sebagai pemain yang paling banyak dipilih manager FPL. Berdasarkan rekod beliau pada musim lepas, Payet merupakan pilihan yang baik untuk jangka masa panjang. Apa yang lebih menarik, Slaven Bilic selaku pengurus West Ham berjaya untuk menambah attacking option yang lebih lagi buat West Ham pada musim ini dengan kehadiran Andre Ayew dan Sofiane Feghouli. Kami jangkakan Payet mampu menyumbang lebih banyak gol dan assist pada musim ini.

Kami tertarik untuk menantikan bagaimana pelan Antonio Conte untuk menyerang pada musim ini. Jika Eden Hazard (£9.5) terlalu mahal buat anda dengan tanda harga 10 juta, kemungkinan Willian merupakan pilihan yang berbaloi dengan harga (£7.5).

Ketiadaan Sadio Mane di Southampton mungkin memberi peluang buat Dusan Tadic (£7.5) untuk menyerlah. Southampton juga tidak membeli sebagai pemain lain untuk menghantar bola kepada penyerang seolah-olah meletakkan tugas tersebut kepada Dusan Tadic.

Sadio Mane (£9.0) dan Coutinho (£8.0) mungkin merupakan pemain yang hebat. Masalah fixture pada 5 perlawanan pertama melibatkan Arsenal, Spurs, Leicester dan Chelsea mungkin bakal memberi masalah buat mereka untuk mendapatkan point yang tinggi. Dinasihatkan untuk kurangkan risiko dengan mengurangkan pemain Liverpool di dalam team FPL anda untuk permulaan musim ini.

Buat anda yang sudah berbelanja besar di bahagian penyerang serta buntu untuk mendapatkan pemain tengah pada harga yang rendah, Andros Townsend, Nathan Redmond dan Victor Fischer merupakan pilihan yang baik.

Penyerang

Football Soccer Britain - Leicester City v Manchester United - FA Community Shield - Wembley Stadium - 7/8/16 Manchester United's Zlatan Ibrahimovic celebrates scoring their second goal Reuters / Eddie Keogh Livepic EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. Please contact your account representative for further details.

Anda mungkin tidak mempunyai masalah langsung di bahagian penyerang. Hampir kesemua kelab berjaya mendapatkan nama-nama besar buat kelab mereka termasuk pasukan underdog.

Zlatan Ibrahimovic (£11.5) dan Sergio Aguero (£13.0) merupakan pemain penyerang yang banyak dipilih majoriti pemain FPL. Hampir 40% pemain FPL memilih duo striker ini. Meskipun harga yang mahal, kualiti yang harapan yang diletakkan buat kedua-dua penyerang ini sangatlah tinggi.

Zlatan Ibrahimovic mungkin agak baru di EPL, gol kemenangan beliau di Community Shield pada minggu lepas berjaya memberi keyakinan buat orang ramai untuk mendapatkan beliau. Dalam pada itu, Aguero dan Zlatan bakal berdepan dengan pihak lawan yang tidak begitu sukar iaitu Sunderland dan Bournemouth.

Jamie Vardy dengan tanda harga 10) masih releven untuk dipilih. Begitu juga Harry Kane dan Diego Costa. Masalah fixture Leicester yang agak sukar kemungkinan bakal menyukarkan Vardy untuk mendapatkan gol. Leicester terpaksa berdepan dengan Arsenal, Liverpool, Man Utd, Spurs dan Spurs pada setiap 2 gameweek bermula gameweek 2.

Untuk pilihan penyerang dengan harga yang lebih rendah, Alvaro Negredo, Fernando Llorente dan Andre Gray antara pilihan yang baik. Untuk pengetahuan anda, Andre Gray merupakan pemain terbaik pemain terbaik Skybet Championship dengan rekod 25 gol semusim.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN