Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Previu Seputar EPL 2016/17-Musim Baru Bermula!

Musim Baru Akhirnya Bermula!

1462460033113

Liga Perdana Inggeris (EPL) akan membuka tirai hari ini. 6 perlawanan pada 13 Ogos, dan 1 perlawanan pada awal pagi 14 Ogos akan berlangsung.

Ia adalah musim EPL diberi nafas baru. Justeru EPL 2016/17 tanpa nama penaja seperti sebelum ini yang disebut Barclays Premier League.

Perlawanan kick off awal adalah melibatkan penyandang juara, Leicester yang akan berkunjung ke KC Stadium untuk menentang Hull City. Sepak mula pada pukul 7.30 malam ini.

Ia diikuti 4 lagi perlawanan yang akan berlangsung pada 10.00 malam:

  • Burnley v Swansea
  • Crystal Palace v West Brom
  • Everton v Tottenham
  • Middlesbrough v Stoke City
  • Southampton v Watford

Sepak mula tengah malam pula melibatkan

  • Manchester City v Sunderland

Tumpuan Hari Ini

Leicester Dengan Tag Juara England

Leicester City akan membawa tag juara England dalam kempen liga dan mana mana kempen mereka musim ini. Skuad Ranieri tewas dalam pelawanan perisai komuniti minggu lalu.

684ebbda621c912e4cc06fc7aecaf62d

Jelas sekali skuad ini perlu memulakan kehidupan mereka tanpa ‘jantung’ mereka musim lalu, N’golo Kante. Hull City pula agak hambar dalam pasaran jual-beli pemain kali ini.

Sukar untuk dijelaskan setelah mereka memenangi hadiah lumayan pada play-off musim lalu. Hull dilabel media England sebagai pasukan yang paling teruk dalam persediaan pra-musim kali ini.

Kepulangan Middlesbrough

Apa yang akan disajikan oleh Middlesbrough setelah jendela perpindahan yang sibuk kali ini. Mereka memiliki skuad yang agak baik di atas kertas selepas berberapa nama besar menyertai mereka termasuk, Victor Valdez dan Alvaro Negredo.

_MG_7038JPG

Namun, lawan mereka adalah pasukan yang memiliki kualiti pemain yang tidak kurang hebat iaitu Stoke City. Kedua-dua pasukan ada isu dengan pertahanan pada musim lalu.

Tugasan Pertama Koeman Di Goodison Park

Ronald Koeman mengambil alih daripada Roberto Martinez. Ia dianggap langkah ke belakang oleh pengkritik kerana beliau memiliki pasukan yang lebih baik di Southampton.

Beliau ada tugas sukar pada perlawanan pertama iaitu berhadapan dengan pencabar liga musim lalu Tottenham Hostpur. Koeman baru kehilangan bek tengah utama John Stone yang menyertai Manchester City.

Mauricio Pochettino pula mendapat tambahan yang kuat dalam skuad dengan kemasukan pemain seperti Wanyama dan pemain berbakat Vincent Janssen.

wanyama-koeman-1

Pertarungan terbuka dijangka akan berlangsung kali ini dengan pendekatan permainan menyerang oleh kedua dua pengurus.

6 pertemuan terakhir berakhir dengan 3 kemenangan Spurs dan 3 keputusan seri.

Sentuhan Pertama Guardiola Di EPL

Genius taktikal ini akan memulakan kempen di tempat sendiri. City akan melayan kunjungan pasukan yang diterajui David Moyes, Sunderland.

Borussia-Dortmund-v-Manchester-City-International-Champions-Cup

City masih belum kalah di tangan Sunderland sejak 2013. Manchester City berada dalam prestasi yang kurang meyakinkan dalam persediaan pra-musim kali ini.

Gary Neville meramalkan Pep akan berdepan kesukaran musim ini. Beliau perlu memperbaiki banyak isu dan menetapkan isu pasukan utama.

Sebelum Wisel

Ia sudah pasti sepak mula yang dinati-nantikan oleh peminat EPL di negara kita dan seluruh dunia. EPL pada musim ini menguatkuasakan 12 peraturan baru dan dijangka akan lebih banyak drama.

532641048-1465205630-800

Selamat menikmati musim baru EPL 2016/17 daripada kami di semuanyaBOLA.

Baca juga: Kad Merah Boleh Diberi Sebelum Perlawanan, EPL Ubah 12 Peraturan Bermula Musim 2016/2017