Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 15

Premier League kembali lagi minggu ini dengan perlawanan untuk minggu ke-15.

Beberapa aksi menarik tumpuan kami antara pertarungan Watford dan Everton di Vincrage Road pada Sabtu dan Manchester United menentang Tottenham Hotspur pada hari Ahad.

Dan seperti biasa, scout kami telah menyediakan laporan mengenai pemain mana yang patut menyertai pasukan FPL anda minggu ini. Jom lihat senarainya!

Penjaga gol

Di gol, scout kami telah memberikan cadangan untuk anda semua memilih Thibout Courtois (Chelsea) sebagai calon pilihan.

Menentang West Bromwich Albion di laman sendiri menjadi penyebab mengapa beliau menjadi pilihan. Courtois telah melakukan 9 saves dalam 2 perlawanan terakhir serta menjana purata 16.3 mata dalam 4 perlawanan terakhir beliau di laman sendiri.

Selain Courtois, Fraser Forster (Southampton) juga menjadi pilihan untuk minggu ini.

Walaupun pada musim lepas Forster beraksi cukup teruk tetapi itu ketika di tempat lawan. Namun pada minggu ini, Forster boleh mendapatkan semula prestasi cemerlangnya apabila menentang Middlesbrough di tempat sendiri.

Hal ini kerana, penjaga gol England itu cukup cemerlang apabila beraksi di tempat sendiri. Forster telah mencatatkan 2 clean sheet berturut-turut dalam 2 perlawanan terakhir di tempat sendiri.

Pertahanan

Di benteng pertahanan, scout kami mencadangkan Gareth McAuley (West Bromwich Albion) untuk diletakkan di bahagian pertahanan.

McAuley telah mencatatkan 15 mata untuk CBI pada minggu lepas, menjadikan beliau kini sudah memiliki 51 mata CBI secara keseluruhan.

Beliau bukan sahaja ampuh dibahagian pertahanan, malah mampu memberikan mata tambahan sekiranya McAuley berjaya menjaringkan gol. Hal ini kerana, beliau juga cukup berbahaya ketika situasi bola mati.

Selain McAuley, Bruno Martins Indi (Stoke City) juga boleh dijadikan pilihan.

Prestasi beliau yang cukup baik di tempat lawan membuatkan kami memilih beliau menjelang perlawanan antara Arsenal dan Stoke City di Emirates.

Purata mata yang dikumpul beliau adalah 19 dari 4 perlawanan. Beliau telah mencatatkan 25 clearance dengan 10 darinya adalah ketika di tempat lawan.

Selain itu, kami juga mencadangkan Winston Reid (West Ham United) dan Marcos Rojo (Manchester United)

Pemain tengah

Di bahagian tengah, Eden Hazard (Chelsea) menjadi pilihan utama pada minggu ini.

Musim ini sahaja, beliau sudah menjaringkan 6 gol di tempat sendiri dan menghasilkan 10 percubaan tepat di pintu gol.

Dengan prestasi yang cukup cemerlang minggu ini, jadi kami menjangkakan beliau akan teruskan prestasi hebat beliau minggu ini.

Walaupun pasukanya sedang mengalami prestasi tidak menentu, namun Glyfi Sigurdsson (Swansea City) tetap menjadi antara pemain paling menyerlah untuk kelab dari Wales ini.

Sigurdsson sudah menjaringkan 2 gol dan 3 assist dalam 4 perlawanan terakhir di tempat sendiri.

Kunci utama Sigurdsson adalah ketika situasi bola mati, hantaran beliau mampu mengundang bahaya kepada Sunderland. Hal ini kerana, Sunderland merupakan ‘lubuk’ untuk pasukan lawan mendapatkan peluang menjaringkan gol dari situasi bola mati.

Mereka telah melepaskan 65 percubaan ke arah pintu gol dari situasi tersebut dan rekod itu adalah yang terburuk di dalam liga. Hanya Burnley (68) sahaja yang lebih teruk dari mereka.

Kami juga mencadangkan Alexis Sanchez (Arsenal) menjadi tumpuan untuk diletakkan di dalam skuad FPL anda.

Sanchez cukup cemerlang pada minggu lalu apabila menjaringkan hatrik ketika menentang West Ham United. Untuk rekod, Sanchez sudah menjaringkan 5 gol serta 1 assist pada musim ini.

Selain itu, beliau juga telah mencipta 10 peluang untuk rakan-rakan serta 6 percubaan ke arah pintu gol untuk dirinya.

Selain itu, kami juga mencadangkan nama-nama seperti Kevin De Bruyne (Manchester City) dan Sadio Mane (Liverpool).

Penyerang

 

Di bahagian serangan, Diego Costa (Chelsea) untuk dimasukkan dalam senarai kami. 3 gol dan 3 assist dari 4 perlawanan yang lepas sudah cukup untuk mengatakan Costa adalah penyerang yang berada dalam prestasi yang terbaik.

Jika anda inginkan penyerang dengan harga yang lebih murah, kami cadangkan anda memilih Jermaine Defoe dan Victor Anichebe (Sunderland) serta Christian Benteke (Crystal Palace).

Senarai pergantunggan:

  • Sergio Aguero (Manchester City)
  • Danny Drinkwater (Leicester City)
  • Fernandinho (Manchester City)

Senarai kecederaan:

  • Santi Carzola (Arsenal)
  • Aaron Cresswell (West Ham United)
  • Daniel Sturridge (Liverpool)
  • Jack Butland (Stoke City)
  • Saido Berahino (West Bromwich Albion)

Pilihan kapten:

    • Thibout Courtois (Chelsea)
    • Eden Hazard (Chelsea)
    • Alexis Sanchez (Arsenal)

Baca juga: 4 Kisah Pelik Pemain Bola Sepak & Kerakyatan Negara Yang Dipilih

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN